Wednesday, February 27, 2013

Gerak Gempur Juara MSSPP : Siri 4

Gerak Gempur Juara (GGJ) 2013 yang telah memasuk Siri 4 pada hari ini berlangsung dengan jayanya di arena boling Megalanes. Program yang membariskan seramai 12 orang atlit itu bakal menyaksikan mereka berentap untuk merebut 8 tempat terbaik bagi menghadapi Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada April nanti. Dalam pada itu, ia juga berjalan serentak dengan latihan boling yang juga memasuki edisi Ke-4. Seramai 40 orang yang kebanyakkannya ahli kelab telah menyertainya.

Pada hari ini, sebanyak 3 sekolah iaitu SK Seberang Jaya II dan SK Pmtg. Binjai selain SK Bertam Indah turut sama menjalankan aktiviti permainan boling di tempat yang sama. Ekoran daripada itu, berlaku sedikit masalah yang menyebabkan beberapa orang ahli bermain boling tanpa memakai kasut.

Wednesday, February 6, 2013

LATIHAN BOLING : EDISI 3

Seramai 51 murid SKBI telah menyertai Latihan Boling Edisi Ke-3 pada hari ini. Latihan yang dimulakan pada jam 3.30 petang itu turut disertai 8 orang peserta GGJ-MSSPP 2013 yang telahpun masuk Siri Ke-3.

Program GGJ-MSSPP 2013 adalah suatu program pembangunan sukan boling tenpin yang dibangunkan untuk melatih barisan atlit SKBI yang akan bertanding dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada April nanti. Dalam pada itu, ia juga sebuah program yang membantu murid memahami asas-asas permainan sukan boling.

Menurut jurulatih GGJ-MSSPP 2013 En. Mohd Izham dari SK Seberang Jaya II, program yang diadakan ini amat baik untuk melatih murid bermain dan mendedahkan mereka kepada permainan sukan boling secara yang lebih dekat. Ia juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara dua buah sekolah.

Program GGJ-MSSPP 2013 ini akan berlangsung selama 6 kali. Selepas selesai sahaja Kejohanan Boling Tenping MSSPP 2013 satu program lagi akan menyusul iaitu Gerak Gempur Juara - SBT 2013 yang bakal dilaksanakan dalam 20 versi sesi latihan.