Friday, May 13, 2016

KEPUTUSAN ACARA MASTERS

Keputusan acara Masters yang dilakar peserta tunggal kita hari ini masih tidak mampu untuk membuatkan SKBI menyaingi acara Roll-Off (6 terbaik) dalam merebut kedudukan 4 tempat terbaik ke MSSM 2016. Acara Roll-Off yang dijadualkan pada Ogos nanti harus dilupakan sekali lagi untuk kali ini. Tahniah diucapkan kepada Ros Ainin Sarah yang berjuang sebagai wira tunggal SKBI sebaris dengan peserta-peserta hebat dari sekolah lain. Apapun, nama peserta SKBI tetap berada dalam kedudukan 8 terbaik dalam senarai pemain boling MSSPP 2016.

Acara Masters diadakan untuk memilih peserta terbaik untuk mewakili negeri ke MSSM. Format perlawanan adalah sebanyak 8 games (bertukar lanes selepas setiap 2 games). Markah acara Masters akan digabungkan dengan markah All Event (Individu dan Bergu) untuk mendapatkan nilai diperolehi secara keseluruhan. 6 pemain terbaik akan berentap dalam acara Roll-Off seterusnya hanya 4 terbaik sahaja akan mewakili Pulau Pinang ke MSSM 2016.

Friday, May 6, 2016

SENARAI NAMA MURID MSSPP 2016

A. PESERTA LELAKI

1. FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDIN ALAM
2. MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
3. MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
4. MUHAMMAD IZZAT AZRI BIN MUHAMED RIZAL

B. PESERTA PEREMPUAN

1. NUR ALYA SHAZWANI BINTI SHAZRIL KHAIRY
2. NURUL HAZWANIE BINTI HASMADI
3. ROS AININ SARAH BINTI MOHAMMAD ROZAIMI
4. AUNI SUFI BINTI ZAMZURI



Wednesday, May 4, 2016

LATIHAN AKHIR MSSPP

Hebat? taklah hebat sangat kan..." kalau setakat average bawah 100 tu.. tak payahlah berangan nak jadi wakil sekolah "..

Itulah "tagline" yang sering kita dengar setiap kali muncul pesta boling peringkat MSSPP. Kata-kata ini akan kedengaran lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang memang diketahui telah membuat rekod yang baik berbanding orang-orang lain. Peduli apa dengan dia. Biarlah dia berkata macam tu. Nanti penat, diamlah.. : )

Walau apapun yang berlaku, pada hari ini anak-anak SKBI tetap hebat dalam latihan terakhir menjelang pemilihan skuad sekolah untuk kejohanan minggu hadapan. Seramai 46 murid telah menyertai latihan termasuk beberapa orang tahun 6.

Latihan yang bermula pada jam 3.40 petang tadi telah berakhir 2 jam kemudian. Rata-rata murid bermain dengan baik walaupun ada beberapa murid yang agak corot dari pungutan mata. Namun, terdapat juga murid yang mencatat skor 142 (Nur Alya Syazwani) dan 141 (Mifzal Airil) dalam satu game. Apapun, semangat sukan yang ditunjukkan mereka amat dipuji. Tahniah diucapkan.

Sunday, May 1, 2016

HOOK 3 - Bagaimana Adjust Games

***SISTEM 534

Satu lagi sistem yang anda boleh gunakan untuk menukar line strike anda sekiranya line yang sedia ada kurang berkesan. Anda boleh ubahkan target 3 board ke kanan dan tukarkan posisi tempat anda berdiri 5 board ke kanan dan angle anda baling bola itu adalah 4 board ke kanan.

ii. ROTATION

Lebihkan axis rotation (kedudukan ibu jari anda lebih tinggi - dari jam 10 ke jam 11) anda mewujudkan lebih geseran untuk bola pergi lebih jauh dan hook yang lebih kuat. Dalam situasi lane yang banyak minyak (heavy oil) anda kena turunkan kedudukan ibu jari anda (ibu jari ke jam 10 atau 9) untuk mengurangkan rotation bola.

iii. SPEED 

Untuk lane yang kering, dengan meningkatkan kelajuan bola anda dapat membuatkan bola anda pergi lebih ke belakang lane sebelum bola itu hook. Perhatikan pemandu kereta lumba yang memperlahankan kereta mereka dalam hujan kerana dalam hujan agak kurang grip dan kurang geseran antara tayar dan permukaan jalan. Bola anda memerlukan geseran untuk hook. Oleh itu, jika di lane yang mempunyai banyak minyak (heavy oil) bola yang lebih perlahan akan membantu geseran yang lebih awal dan akan mewujudkan hook yang lebih awal yang anda perlukan.

iv. EQUIPMENT 

Untuk mengubah rotation dan speed memerlukan kemahiran dan latihan. Serupa juga dengan permainan golf adalah lebih mudah untuk menukar alat permainan anda. Untuk lane yang banyak minyak anda memerlukan lebih geseran. Oleh itu, pilihlah bola yang mempunyai permukaan yang pudar (dull surface) dan bila lane semakin kering, gunakan bola yang mempunyai permukaan yang berkilat.

Sekarang lebih mudah oleh kerana pengeluar bola biasa nya akan memberi statistic bola tersebut dan bola itu lebih sesuai untuk keadaan lane yang bagaimana.


Nota : Kesemua maklumat di atas adalah hasil perkongsian idea rakan-rakan internet di laman blog boling. Ia telah diadaptasi semula atau kekal dalam bentuk asal bagi sesetengahnya sesuai dengan aras para pembaca.