Tuesday, November 16, 2010

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK



Sebahagian daripada Ahli Jawatan Kuasa Kelab Boling 2010 yang menerima cenderahati daripada Kelab. Bagi pihak guru-guru penasihat, ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK sepanjang musim latihan pada tahun ini. Semoga Allah sahaja yang akan membalas budi dan jasa baik kalian.

Sekurang-kurangnya sebanyak 19 kali sesi latihan (termasuk kejohanan) telah dapat dijalankan pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada semua.

Thursday, November 11, 2010

TAHNIAH !!! 5A'S UPSR 2010





Jutaan Ucapan Tahniah dirakamkan buat semua 89 orang murid-murid SK Bertam Indah yang telah berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2010 terutamanya kepada semua ahli dan AJK Kelab Boling SKBI Tahun 6. Jasa anda bersama Kelab Boling akan dikenang selamanya... Terima kasih di atas segala...

(SK Bertam Indah telah dinobatkan sebagai Sekolah Kebangsaaan (SK) Terbaik di negeri Pulau Pinang dalam UPSR 2010)

CONGRATULATIONS !!!

PENGERUSI
Noor Eza Shazwana Bt. Elias (6B) : 5A

NAIB PENGERUSI
Muhammad Farwiz B. Abdul Halim (6M) : 5A

SETIAUSAHA
Nur Farhanah Bt. Rodzi (6D): 3A2B

BENDAHARI
Wan Nur Husna Khaleeda Bt. Wan Yazman (6B) : 5A

AJK TAHUN 6
Muhd Hanif B. Hizam (6B) : 5A
Nursyafiqah Bt. Zainal Abidin (6B) : 5A
Nur Najwa Syifaa' Bt. Mahamud (6M) : 4A1B

Sunday, November 7, 2010

SEKITAR LAWATAN DI TERENGGANU DAN KELANTAN




Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.00 pagi rombongan Kelab Boling selamat tiba di Masjid Terapung, Teluk Ibai. Suasana pagi ini amat cerah dengan kerdipan jutaan bintang bercahaya di angkasa. Jam 9.00 pagi, kami terus ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man. Terdapat sebanyak 13 rombongan dari seluruh negara pada hari ini dan kami merupakan rombongan paling awal tiba di pusat pelancongan tersebut.



Sebanyak 21 monumen menarik seluruh dunia telah kami lawati. Antaranya Taj Mahal yang terletak di negara India, Masjidil Haram (Mekah), Kubah As-Sakhrah (Palestin), Masjid Biru (Turki) dan lain-lain. Di TTI juga, kami telah menyaksikan 4 tayangan yang kebanyakkan merupakan dokumentari tentang sejarah dan asal usul monumen yang dibina.

Sepanjang hari pertama lawatan di Terengganu ini keadaan cuaca amat baik.

Gambar-gambar lawatan akan diupload sedikit demi sedikit... harap bersabar.. :)
































MENAIKI RIVER CRUISE DI TAMAN TAMADUN ISLAM
















PLANETARIUM KUALA TERENGGANU












Gambar-gambar di Kelantan masih dalam proses utk dikemaskinikan. Harap maklum.