Saturday, December 31, 2011

TERIMA KASIH 2011 !!


Kurang 2 jam lagi, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya. Pastinya berbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 12 bulan ini membawa pergi sejuta kenangan yang akan menjadi memori indah dalam hidup.

Yang pasti 2011 telah melakar sejarah indah bagi Kelab Boling SKBI kerana berjaya menjalankan aktiviti kelab dengan penuh bergaya. Seawal Januari, program Gerak Gempur Juara yang dirangka bagi melatih dan menyaring ahli kelab untuk dipilih ke Kejohanan Tenpin Boling MSSPP 2011 telah dijalankan. Natijahnya seramai 8 orang ahli telah dihantar ke kejohanan tersebut pada penghujung Februari. Walaupun hanya 8 butir gangsa yang dibawa pulang, sekurang-kurangnya SKBI tidak tercicir dalam senarai penerima pingat 2011 sekaligus menjadi saingan kepada sekolah-sekolah lain pada masa hadapan.

Di awal Mac, Program Pembangunan Sukan mengambil tempat merancakkan aktiviti. Untuk kesekian kalinya, sebanyak 20 kali latihan telah dijalankan meliputi semua ahli kelab. Program yang turut dibuka kepada bukan ahli untuk menyertainya telah berlangsung hingga pertengahan November. Dalam pada itu, kelab juga telah menghantar seramai 4 orang ahli ke Kejohanan Pembangunan Tenpin Boling Peringkat Negeri P.Pinang 2011. Menerusi gandingan mantap pasukan lelaki iaitu Muhd. Rasyiqi Roslan, Muhd. Syafiq Halimi, Aliff Danial Badrul Akamal Hisyam dan Ahmad Izzat Ahmad Nizman, mereka berjaya membawa pulang pingat gangsa dengan pungutan markah yang agak memberangsangkan.

Pada Oktober pula, kelab telah menganjurkan 2 aktiviti sampingan iaitu Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Tahun 6 dan Kejohanan Boling SKBI Bersama SK Paya Terendam. Kedua-dua aktiviti itu berlangsung dengan penuh kemeriahan. Sebagai penutup acara 2011 sekali lagi Kelab Boling SKBI telah membawa ahli dan guru-guru kelab pergi melancong. Kalau 2010 Taman Tamadun Islam dan Kota Bharu menjadi pilihan, pada 2011 pula Pulau Lagenda menjadi sasaran.

Apapun, tanpa sokongan semua pihak kesemua aktiviti ini tidak dapat dijalankan. Oleh itu, di kesempatan ini pihak kelab ingin merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada semua terutama kepada pihak pentadbir dan guru-guru yang merancang dan mengatur kesemua aktiviti tahun 2011. Tidak dilupakan juga kepada semua AJK Kelab Boling 2011 yang dipimpin oleh Muhd. Iman Najmi dan semua ahli yang tidak jemu mengikuti latihan demi latihan. Semoga jasa kalian akan dibalas Allah dengan ganjaran pahala. Selamat Maju Jaya untuk semua dan Jumpa Lagi di tahun hadapan... Insya Allah.

Thursday, November 24, 2011

JEJAK LAGENDA 2011

Seramai 30 orang murid dan 5 guru telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 November 2011. Program yang diberi nama "Jejak Lagenda" itu turut disertai oleh 3 orang murid luar iaitu SMK Bertam Indah, SMKA Nibong Tebal dan SMKA Baling.

Alhamdulillah, selama 3 hari berada di sana cuaca dalam keadaan amat baik sekaligus melicinkan perjalanan dan lawatan yang telah dirancang. Sekalung ucapan terima kasih dirakamkan buat semua guru yang terlibat dalam menjayakan misi terakhir Kelab Boling bagi tahun 2011 ini. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang turut sama.

LihatVideo...



Syukran Jazilan wa Ilal Liqa'.... Jumpa lagi di tahun hadapan.
Menaiki bot laju mengelilingi Kilim Geoforest Park selama hampir 45 minit
Menyaksikan ketangkasan sang helang menangkap ikan

Memberi makan ikan dengan jari

"Penyambut Tetamu" di pintu masuk Gua Kelawar

Seronok nampak .....

Kota Mahsuri

"Cable Car" Gunung Mat Cinchang


"Tak sabar nak naik ..."






Bebas di angkasa ...


Pemandangan menarik dari pelantar udara

Ambil angin di Pantai Chenang

3 dara pingitan :)

Membina istana pasir


4 jejaka malaya idaman

Sahabat sejati



Underwater World

Eh..eh, ada penguin warna orenlah... :)



Pantang singgah, habis semua nak dibeli.. Itulah SKBI..



Dataran Lang

Sebelum balik, kita makan dulu !