Tuesday, July 26, 2011

KEJOHAHANAN PEMBANGUNAN TENPIN BOLING 2011

Mengalanes Perai 25 Julai 2011 Pasukan Tenpin Boling SK Bertan Indah hari ini meneruskan lagi kemaraan mereka dalam sukan boling SKBI apabila berjaya menyumbang pingat dalam Kejohanan Pembangunan Tenpin Boling Peringkat Negeri P.Pinang 2011.

Menerusi gandingan mantap pasukan lelaki iaitu Muhd. Rasyiqi Roslan, Muhd. Syafiq Halimi, Aliff Danial Badrul Akamal Hisyam dan Ahmad Izzat Ahmad Nizman, mereka berjaya membawa pulang pingat gangsa dengan pungutan markah yang agak memberangsangkan. Dalam pada itu, seramai 48 orang peserta daripada 12 buah sekolah seluruh P. Pinang mengambil bahagian dalam acara yang amat berprestij ini.

Sekalung tahniah dan penghargaan dirakamkan kepada pasukan boling SKBI. Semoga kejayaan ini akan menyemarakkan lagi semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan.