Tuesday, December 31, 2013

Terima Kasih Semua !!!

Kurang 4 jam dari sekarang, kita akan meninggalkan tahun 2013 untuk memasuki tahun baru 2014. Sudah pastinya, tahun baru yang disambut tidak berapa lama lagi akan diwarnai dengan pelbagai peristiwa menarik yang bakal memahat memori indah untuk diingati sepertimana tahun ini.

Kelab Boling SK Bertam Indah sememangnya terkenal dengan sebuah kelab sukan permainan yang paling aktif menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang 2013. Seawal 9 Januari lagi, kelab ini telahpun menjalankan aktiviti pertamanya iaitu program pencarian bakat baru untuk serapan ke dalam Skuad Boling MSSPP-SKBI 2013. Ia dimantapkan lagi dengan 5 program susulan yang digelar "Gerak Gempur Juara" yang membariskan atlit berkebolehan untuk bermain dalam MSSPP itu nanti.

Sejajar dengan hasrat memperkasakan SK Bertam Indah melalui visinya sebagai sebuah sekolah yang bakal cemerlang dan gemilang dalam semua bidang di peringkat kebangsaan menjelang tahun 2015, Kelab Boling tampil di bawah bidang kokurikulum untuk menerima jemputan pakej S.B.T. dengan peruntukan lebih RM13,000.00. Rentetan itu, 2 program kelab berskala tinggi yang disusun secara intensif dinamakan program "YES" (Young Potentiel Bowler) dan "BOS" (Bowler Of Straight) telah diadakan. Peserta dipilih di peringkat awal dan disaring terlebih dahulu sebelum kesemua pemainnya yang seramai 20 orang dilatih oleh seorang jurulatih untuk bermain secara "hook" dan "straight" sebanyak 25 sesi. Alhamdulilah, kedua-dua program yang disasarkan untuk murid tahun 4 ke bawah itu dimulakan pada bulan April dan telah tamat pada penghujung Oktober. Hasilnya seramai 4 orang daripada mereka telah memenangi pingat perak untuk kategori berkumpulan perempuan dalam Kejohanan Pembangunan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada bulan Oktober. Diharap mereka ini akan menjadi pelapis masa hadapan sekurang-kurangnya untuk 2 tahun mendatang bagi mengukir nama sekolah di mana-mana kejohanan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Sebagai rekod, sebanyak 20 sesi latihan biasa telah dijalankan pada 2013. Ini tidak termasuk program S.B.T. iaitu YES dan BOS. Sebagai penutup kepada semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun, Kelab Boling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 November iaitu semasa minggu kedua cuti persekolahan. Program yang dijadualkan selama 3 hari itu berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik di kalangan ahli kelab dan bukan ahli.


Untuk itu, pihak kelab ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada barisan pentadbir SKBI, guru penasihat sesi 2013, AJK kelab, kesemua ahli kelab dan bukan ahli, ahli YES dan BOS, para waris dan juga kepada mereka yang membantu sama ada dari segi kewangan dan buah fikiran. Tanpa kalian, Kelab Boling SK Bertam Indah tidak akan berupaya untuk menjalankan pelbagai aktiviti bagi melakari sejarah dan warna-warni tahun 2013.

Terima kasih semua !!!

Thursday, December 19, 2013

Tahniah : Kelab Boling Terima Anugerah

Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Kelab Boling hari ini menerima Anugerah Pengurusan Kelab Sukan Permainan Terbaik Tahun 2013 sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun. Anugerah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Bertam Indah, Hjh. Halimatun Sa'adiah bt. Said kepada pengerusi Kelab Boling En. Rasyiddin Mohd. Tahniah kepada semua ahli dan barisan guru penasihat !

Sunday, December 1, 2013

HARI KE-3

Harap maaf.. gambar masih belum sempat untuk dimuat naik.

HARI KE-2

1. KidZania (Nantikan Klip Video)
 




HARI PERTAMA

1. Berjaya Times Square (Theme Park)



















2. Taman Rekreasi KLCC







Thursday, November 28, 2013

KUALA LUMPUR 2013

LAWATAN Kelab Boling SKBI ke Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam. Seawal jam 2 pagi hari Isnin 25/11/2013, bas yang memuatkan seramai 39 murid dan 5 orang guru telah meluncur laju membelah lebuhraya sebelum tiba jam 10.00 pagi di Theme Park, Berjaya Times Square.

Kelab Boling yang menjadikan KL sebagai destinasi pilihan pada kali ini adalah trip yang ke-3 selepas Kuala Terengganu pada 2010 dan Langkawi pada 2011. Insya Allah pada masa hadapan, Legoland yang mendiami selatan tanah air bakal menerima kunjungan seterusnya.

Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat semua murid yang terlibat dalam lawatan ke KL ini, para guru yang membantu juga para waris sekelian. Semoga lawatan ini akan memberikan pengalaman yang berguna kepada kita semua pada masa akan datang.

semua!

Thursday, November 21, 2013

TENTATIF : Lawatan Ke Kuala Lumpur





" WELCOME TO KUALA LUMPUR "

NOTIS PENTING : Semua peserta hendaklah mendaftar-masuk (check-in) selewat-lewatnya Ahad ini. Peserta yang telah berbuat demikian akan disahkan namanya pada bahagian "Nama Peserta Lawatan". Sila klik pada ikon (WEB Check-In) di sebelah kanan blog :


25 / 11 / 2013 - ISNIN


 MASA
Berkumpul di SKBI - Pendaftaran1.30 am
Bertolak Ke KL2.00 am
Dijangka tiba7.00 am
Berjaya Times Square - BTS (Theme Park)9.00 am
Taman Rekreasi Suria KLCC5.00 pm
Ampang Superbowl (BTS)8.00 pm
Penginapan (Shah Alam)10.00 pm


26 / 11 / 2013 - SELASA
KidZania, Mutiara Damansara9.00 am
Planetarium Negara4.00 pm
i-City Shah Alam8.00 pm
Penginapan (Shah Alam)10.00 pm


27 / 11 / 2013 - RABU
Tugu Negara / Dataran Merdeka9.00 am
Jejantas Udara (Sky Bridge) KLCC12.15 pm
Petrosains, KLCC1.30 pm
Bertolak pulang ke P. Pinang5.30 pm
Dijangka tiba di SKBI10.00 pm

**Sepanjang program, kita akan melaksanakan solat secara jama' dan qasar. Oleh itu, peserta perempuan disarankan agar membawa bersama kain telekung. Solat akan dilakukan di mana-mana sahaja masjid berdekatan tempat lawatan sama ada secara jama' taqdim ataupun jama' takhir.

**Pihak kelab tidak menggalakkan peserta untuk membeli makanan ringan semasa dalam perjalanan kerana dikhuatiri harganya yang mungkin mahal. Jika mahu, anda bolehlah membelinya sebelum hari lawatan dan membawanya bersama.

: ) itu sahaja, pesanan buat masa ini.

NOTA :

1. Sila berkumpul pada masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan masa bertolak.
2. Salinan surat beranak / KP perlu diserahkan bersama borang kebenaran waris.
3. Sila bawa bersama ubat-ubatan bagi murid yang berkeperluan peribadi.
4. Bawa pakaian yang sekadar dan secukupnya sepanjang lawatan (Hari pertama : t-shirt rumah sukan)
5. Barang-barang peribadi seperti HP, dompet dan kamera adalah tanggungjawab sendiri.
6. Bawa wang saku yang mencukupi (boleh serah kepada guru untuk disimpankan).
7. Makan dan minum disediakan sebanyak 4 kali sehari.
8. Semua jadual dan tempat lawatan tertakluk kepada pindaan.

NAMA PESERTA LAWATAN

1. MUHAMAD DANIAL B. SHAMSUL ANUAR L 6N disahkan
2. ALIFF MUHAIMIN B. MOHD NOR AZLAN L 6M disahkan
3. MUHAMMAD AIMAN HAIKAL B. ZAFRI L 6M disahkan
4. MUHAMMAD DANIAL BIN GAZMAN  L 6D disahkan
5. MUHAMMAD HAZIQ FIKREY B. RASHIDI L 6B disahkan
6. RIYAD MAQAIL ZALMAN B. RONNY ZALMAN L 6B disahkan
7. RAIMY DANIEAL B. AMIRUDDIN L 5N disahkan
8. MIFZAL B. ABDUL RAFID L 5M disahkan
9. MUHAMMAD AIMAN B. MOHD NASIR L 5M disahkan
10. MUHAMMAD ASHRAFF B. ABU BAKAR L 5M disahkan
11. MUHAMMAD FARHAN B. MOHD FITRI L 5M disahkan
12. MUHAMMAD HAZIQ NAJWAN B. MOHD FIRDAUS L 5M disahkan
13. MUHAMMAD MIFZAL ZHAFRAN B. MOHD NAZIR L 5M disahkan
14. MUHAMMAD NA'IM B. MOHAMMED L 5M disahkan
15. MUHAMMAD SOLEHIN B. JUNID L 5M disahkan
16. MUHAMMAD SYAFIQ BIN NADZRI L 5M disahkan
17. MUHD. MIFZAL ADRIAN BIN AHMAD L 5M disahkan
18. AHMAD NAUFAL AMIN L 5M disahkan
19. MUHAMMAD FAIZ SYAHMI B. ZAINI L 5B disahkan
20. MUHAMMAD ZULHANIF B. ZAIRUDIN L 5B disahkan
21. MUHAMMAD HARIZ B. TAJOLA'AURUS L 4N disahkan
22. MUHAMMAD NUR AKMALHADI B. KHAIRON ANUAR L 4M disahkan
23. WAN AHMAD QAYYIM B. WAN YAZMAN L 4M disahkan
24. AHMAD FIRDAUS B. AZHARI L 4D disahkan
25. MUHAMMAD ANNAS IKHSAN B. MOHD BUKHO'RI L 4B disahkan
26. MUHAMMAD AMIR B. AZZIS L 4B disahkan
27. NAAZHIM B. ROSLAN L 4B disahkan
28. DARWISYAH FAQIHAH BT. MOHD SHAHBODIN P 6B disahkan
29. ALIA ZULAIKHA BT. HARISHARDY P 5M disahkan
30. NUR  JANNATUL NAIM BT. MOHD NOR P 5M disahkan
31. NUR ALIAH IZZATI BT.  MOHAMAD HAFIZ P 5D disahkan
32. NURLISA BT IBRAHIM P 5D disahkan
33. NURALIA SARA BT. SULAIMAN P 5B disahkan
34. NUR HANNA SOFEA BT.  HASAN P 5B disahkan
35. NURUL IZZAH AMANINA BT. IBRAHIM P 5B disahkan
36. NUR HUDA BT. ESHAIFOL AZAM P 5B disahkan
37. NUR SYAZWANI AFIFAH BT. KAMSAN P 5B disahkan
38. DHIYA FARHANAH BT. MOHD SHAHBODIN P 4B disahkan
39. MUHAMMAD HAMZAH BIN AMIR L F1 disahkan
40. MOHD IZHAM BIN MOHD ZAIN L G disahkan
41. RASYIDDIN B. MOHD L G disahkan
42. ASWAD B. AHMAD L G disahkan
43. MOHD BUKHO'RI B. ZAINAL  ABIDIN L G disahkan
44. ZURAINI BT. ISHAK P G disahkan 




Thursday, November 14, 2013

NOTIS : Kuala Lumpur

Kepada semua peserta lawatan sambil belajar ke K. Lumpur, sila hadir ke sekolah pada esok pagi (15/11/2013 - hari akhir persekolahan 2013) untuk taklimat lawatan. Bawa bersama surat kebenaran waris dan salinan surat beranak atau K/P atau MyKid.

Murid yang masih mempunyai baki bayaran, sila jelaskan pada esok hari.

Sebarang maklumat dan info terkini mengenai lawatan, akan dikemaskini dalam blog ini sehingga hari lawatan.

Terima kasih.

Wednesday, November 13, 2013

Keputusan : KEJOHANAN BOLING TENPIN YES-BOS 2013

Kejohanan Boling Tenpin YES-BOS 2013 yang dilangsungkan pada petang tadi berakhir dengan jayanya. Ia merupakan acara kemuncak program yang bernaung di bawah peruntukan S.B.T. yang telah berjalan sebanyak 25 sesi dengan YES 15 sesi sementara BOS 10 sesi.

Pertandingan yang dijayakan oleh kesemua peserta YES-BOS seramai 20 orang ini adalah untuk mengukur sejauh mana pencapaian individu terbabit dalam mengikuti latihan. Ia diterjemahkan ke dalam satu perlawanan yang bakal melihat peserta manakah yang akan mendominasi acara.

Untuk kategori lelaki, program YES telah membariskan ramai pesertanya dalam barisan pemenang. Seperti yang dijangka, peserta BOS pula mengungguli senarai pemenang bagi kategori perempuan.

TAHNIAH kepada semua pemenang :










**RALAT : gambar johan dan naib johan perempuan tertukar. Proses memperbaiki akan dijalankan sedikit masa lagi.

Tuesday, November 12, 2013

Keputusan : KEJOHANAN BOLING TENPIN TAHUN ENAM 2013

Seramai 43 orang murid tahun 6 SKBI menyertai Kejohanan Boling Tenpin Tahun Enam 2013 hari ini. Mereka terdiri daripada peserta boling yang telah menyertai kejohanan pada peringkat kelas masing-masing sebelum ini dan mendapat skor yang tinggi.

Kejohanan yang bermula pada jam 3.30 petang itu telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kesemua pemenang daripada tempat pertama hingga tempat ke-8 telah menerima kalungan pingat daripada PK Kokurikulum SK Seri Penanti iaitu En. Mohd Izaham dan juga Pengurus Megalanes Perai, Pn. Julia.

TAHNIAH kepada semua pemenang !




*Gambar-gambar pemenang masih dalam proses. 

Saturday, November 9, 2013

Makluman : KEJOHANAN BOLING TENPIN YES-BOS 2013


Tarikh : 13 November 2013 (Rabu)
Masa Bertolak : 2.00 Petang
Pakaian : YES - Oren Baru / BOS - Biru Baru
Borang Kebenaran : Sila Dapatkan Daripada Teacher Zuraini (Isnin 11/11/2013)
*Semua Peserta Akan Bermain Sebanyak 3 Games Secara "CROSS LANE"





Hadiah :
A-Kategori Lelaki 
1- Medal Tempat Pertama Hingga Ke-8
2- Sijil Pemenang / Sijil Penyertaan
3- Hadiah Iringan Untuk Johan, Naib Johan & Ke-3

B-Kategori Perempuan 
1- Medal Tempat Pertama Hingga Ke-8
2- Sijil Pemenang / Sijil Penyertaan
3- Hadiah Iringan Untuk Johan, Naib Johan & Ke-3

Makluman : KEJOHANAN BOLING TENPIN TAHUN ENAM 2013
















Tarikh : 12 November 2013 (Selasa)
Bayaran : RM15.00
Masa Bertolak : 2.00 Petang
Pakaian : T-Shirt Kuning-Hitam Tahun 6 (Perempuan Bertudung Hitam)
Borang Kebenaran : Sila Dapatkan Daripada Teacher Zuraini (Isnin 11/11/2013)
*Semua Peserta Akan Bermain Sebanyak 3 Games Secara "CROSS LANE"

Hadiah :
A-Kategori Lelaki 
1- Medal Tempat Pertama Hingga Ke-8
2- Sijil Pemenang / Sijil Penyertaan
3- Hadiah Iringan Untuk Johan dan Naib Johan
4- Hadiah Permainan Percuma (3 Games - 13/11/2013/YES-BOS) Untuk Tempat Pertama hingga Ke-4

B-Kategori Perempuan 
1- Medal Tempat Pertama Hingga Ke-8
2- Sijil Pemenang / Sijil Penyertaan
3- Hadiah Iringan Untuk Johan dan Naib Johan
4- Hadiah Permainan Percuma (3 Games - 13/11/2013/YES-BOS) Untuk Tempat Pertama hingga Ke-4

Berikut adalah nama-nama peserta yang layak bertanding dalam Kejohanan Boling Tenpin Tahun Enam 2013 :

KATEGORI LELAKI :

Calon Layak Bertanding :    *Telah Disahkan
(Berdasarkan Skor Terbaik 2 Games Sebelum Ini)

1 Muhd. Ilya Faris 6B 223
2 Muhd. Danial Samsul Anuar 6N 211
3 Muhd Luqman Hashim 6D 208
4 Aliff Muhaimin 6M 204
5 Isyraf Imran 6D 171
6 Amir Darnish 6M 169
7 Muhd. Iqbal Amin 6B 168
8 Muhd. Ikhwan Alif 6N 168
9 Muhd Aiman Haikal 6M 167
10 Mohd. Luqman Haziq 6B 161
11 Irfan Azraei 6Z 159
12 Muhd Aidid 6N 158
13 Ahmad Mustaqim 6B 153
14 Aqil Azizi 6N 151
15 Farhan 6B 150
16 Muhd. Aqil Iman 6N 149
17 Mizal 6N 147
18 Ali Iskandar 6B 145
19 Muhd Athif Danial 6M 145
20 Muhd Umar Fateh 6M 144
21 Muhd Iqbal Hakim 6B 137
22 Muhd Ammar Haikal 6M 136
23 Muhd Alif Nazhan  6D 135
24 Muhd Ikram 6M 133
25       Muhd Danial Gazman                              6D      ...


KATEGORI PEREMPUAN :

Calon Layak Bertanding :    *Telah Disahkan
(Berdasarkan Skor Terbaik 2 Games Sebelum Ini)


1 Nur Liyana Fatihah 6B 210
2 Nurul Izzah 6B 204
3 Nur Alia Ellyana 6B 197
4 Nur Hana 6D 186
5 Darwisayh 6B 173
6 Fatin Adriana 6B 166
7 Long Adarisa 6B 161
8 Izzara 6D 143
9 Siti Nur Shuhaidah 6D 142
10 Nuraishah Emily 6B 140
11 Raja Liya Maziyyah 6M 129
12 Alya Faiqa Raihan 6B 125
13 Izzatul Nadia 6B 124
14 Nor Awatif 6M 123
15 Mumtaz Hayati 6B 123
16 Siti Fatimah 6D 121
17 Nur Ainina 6D 120
18 Nur Afiqah 6M 117
19 Misha Farahana 6D 108
20 Nur Saffiyya 6M 105

Thursday, November 7, 2013

Kejohanan Boling Tahun 6 Mutiara & 6 Delima



6 MUTIARA


BIL NAMA G1 G2 G3 TOTAL
1 Aliff Muhaimin - HIGH SCORE 115 83 89 287
2 Amir Darnish 79 74 90 243
3 Muhd Aiman Haikal 67 84 83 234
4 Muhd Ikram 59 70 63 192
5 Muhd Athif Danial 57 88 46 191
6 Muhd Ammar Haikal 58 55 78 191
7 Muhd Umar Fateh 45 71 73 189
8 Raja Liya Maziyyah 54 56 73 183
9 Nor Awatif 54 65 58 177
10 Nur Afiqah 61 56 56 173
11 Ahmad Fitri Asyraf 41 55 64 160
12 Nur Saffiyya 42 46 59 147
13 Nur Shahirah 62 46 30 138

6 DELIMA

BIL NAMA G1 G2 G3 TOTAL
1 Muhd Luqman Hashim 93 99 109 301
2 Nur Hana  - HIGH SCORE 74 55 112 241
3 Isyraf Imran 66 95 76 237
4 Siti Nur Shuhaidah 63 45 79 187
5 Siti Fatimah 57 64 45 166
6 Nur Ainina 67 53 40 160
7 Muhd Alif Nazhan  67 21 68 156
8 Misha Farahana 54 40 54 148
9 Nor Siti Izyani 13 42 36 91

Tuesday, October 29, 2013

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPP PERINGKAT NEGERI 2013

Pasukan boling perempuan yang dibarisi oleh Nur Aliah Izzati, Nur Syazwani Afifah, Syaza Safiah dan Nor Haneey Damia hari ini melakar kejayaan dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri 2013 apabila meraih pingat perak secara berpasukan. Kejohanan yang disertai oleh 11 sekolah seluruh P. Pinang itu berlangsung pada jam 2.40 petang hingga 5.30 petang. Format pertandingan adalah permainan secara individu sebanyak 4 games seorang. Setiap sekolah menghantar seramai 4 orang untuk satu pasukan. Markah yang dipungut untuk individu juga diambilkira sebagai markah untuk pasukan apabila dijumlahkan kesemuanya.

Untuk skor individu, Nur Aliah Izzati mendapat tempat ke-4 daripada 44 peserta yang bertanding. Dalam pada itu, pasukan lelaki pula hanya berpuashati di kedudukan ke-4 keseluruhan. Mereka yang dibarisi Muhd Ammar, Khairil Hakimie, Muhd Ammar Mukhlis dan Naazhim merupakan murid tahun 3 dan 4 dan bermain kali pertama dalam kejohanan seumpamanya. Walaupun begitu, permainan yang dipamerkan agak baik cuma nasib belum menyebelahi mereka.

Turut hadir memberi sokongan di arena boling adalah Datin Zarina dan beberapa orang waris peserta. Tahniah untuk semua.