Tuesday, October 29, 2013

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPP PERINGKAT NEGERI 2013

Pasukan boling perempuan yang dibarisi oleh Nur Aliah Izzati, Nur Syazwani Afifah, Syaza Safiah dan Nor Haneey Damia hari ini melakar kejayaan dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri 2013 apabila meraih pingat perak secara berpasukan. Kejohanan yang disertai oleh 11 sekolah seluruh P. Pinang itu berlangsung pada jam 2.40 petang hingga 5.30 petang. Format pertandingan adalah permainan secara individu sebanyak 4 games seorang. Setiap sekolah menghantar seramai 4 orang untuk satu pasukan. Markah yang dipungut untuk individu juga diambilkira sebagai markah untuk pasukan apabila dijumlahkan kesemuanya.

Untuk skor individu, Nur Aliah Izzati mendapat tempat ke-4 daripada 44 peserta yang bertanding. Dalam pada itu, pasukan lelaki pula hanya berpuashati di kedudukan ke-4 keseluruhan. Mereka yang dibarisi Muhd Ammar, Khairil Hakimie, Muhd Ammar Mukhlis dan Naazhim merupakan murid tahun 3 dan 4 dan bermain kali pertama dalam kejohanan seumpamanya. Walaupun begitu, permainan yang dipamerkan agak baik cuma nasib belum menyebelahi mereka.

Turut hadir memberi sokongan di arena boling adalah Datin Zarina dan beberapa orang waris peserta. Tahniah untuk semua.





Sunday, October 27, 2013

Kejohanan Boling Tenpin Pra-MSSPP SKBI 2013

Bertempat di Megalanes hari ini, seramai 8 orang peserta boling program YES-BOS telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Pra-MSSPP SKBI 2013. Kejohanan yang dimulakan pada jam 11.30 pagi ini dijalankan secara format Masters. Ia bertujuan untuk memberi murid pendedahan dan
pengalaman serta lebih kepada acara "memanaskan badan" sebagai persediaan beraksi dalam Kejohanan Pembangunan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada selasa nanti.

Turut serta dalam program hari ini adalah empat orang waris murid, tiga orang guru SKBI dan seorang jurulatih YES-BOS. Program agak meriah dengan gandingan waris dan guru yang bermain secara "friendly" dan masing-masing berjaya menunjukkan bakat bermain yang amat baik.

Berikut adalah keputusan kejohanan yang telah diadakan.

Kategori Lelaki


Kategori Perempuan































Saturday, October 26, 2013

NOTIS : KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLING TENPIN MSSPP 2013

Jadual Kejohanan

Tarikh : 29 Oktober 2013
Hari : Selasa (Untuk Sekolah Rendah)
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Penyertaan : Bawah 11 Tahun (Peserta sekolah terpilih seluruh P. Pinang)
Tempat : Megalanes, Megamal Pinang, Perai
Masa Bertolak : 10.30 pagi (dari sekolah)
Pakaian :
* Lelaki : Baju Oren YES Baru
* Perempuan : T-shirt PJ Sekolah
Seluar : Hitam Slack
Tudung (Perempuan) : Hitam

*Pengangkutan, makanan dan minuman disediakan oleh sekolah.
*Sila bawa bersama sebotol air mineral/masak semasa kejohanan.
*Sila pakai t-shirt YES/PJ semasa hari Selasa nanti (tanpa memakai uniform sekolah).
*Para waris dialu-alukan untuk datang ke arena pertandingan.

Senarai peserta SKBI :

Lelaki

1. MUHD AMMAR MUKHLIS BIN ZAMZURI - Tahun 3
2. KHAIRIL HAKIMIE B. SHAZRIL KHAIRIY - Tahun 4
3. MUHD AMMAR BIN MOHD FAUZI - Tahun 4
4. NAAZHIM BIN ROSLAN - Tahun 4

Perempuan

1. NUR SYAZWANI AFIFAH BT. KAMSAN - Tahun 5
2. SYAZA SAFIAH BT. MOHD YUSOF - Tahun 4
3. NUR ALIAH IZZATI BT MOHAMAD HAFIZ - Tahun 5
4. NOR HANEEY DAMIA BT. NOOR AZMAN - Tahun 4



Friday, October 25, 2013

Latihan Khas Boling Pra-MSSPP

Bertempat di Arena Boling Megamal Pinang, seramai 7 ahli YES-BOS menjalani latihan khas sebagai persediaan untuk Kejohanan Pembangunan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri P. Pinang 2013 selasa ini. Latihan hari ini dijalankan tepat jam 4.00 petang. Para peserta melakukan latihan balingan secara "spare" iaitu pin 7 dan pin 10 menjadi sasaran. Untuk jam kedua terakhir mereka bermain secara biasa. Rata-rata pemain dapat mengumpulkan score melebihi 100 pin setiap games.



Thursday, October 3, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL

Kejohanan Boling Tenpin Tahun Enam 2013 : 6 Nilam

2 OKT 2013 Seramai 16 murid kelas 6 Nilam hari ini berentap untuk muncul di kalangan 12 pemain terbaik dalam Kejohanan Boling Tahun 6 Kategori 6 Nilam. Menduduki tempat pertama, Muhd. Danial satu-satunya wakil kelas yang melepasi skor 200 ke atas. Dengan pungutan mata sebanyak 211, Muhd. Danial juga merupakan peserta yang memegang skor tertinggi untuk kategori kelasnya.

Dalam pada itu, seramai 20 orang murid kelas lain turut menyertai kejohanan pada petang ini.


Berikut adalah keputusan penuh Kelas 6 Nilam :




1. 211 Muhd. Danial HIGH SCORE
2. 168 Muhd. Ikhwan Alif
3. 158 Muhd Aidid
4. 151 Aqil Azizi
5. 149 Muhd. Aqil Iman
6. 147 Mizal
7. 126 Muqrish Ammar
8. 125 Ayuni Hanis
9. 119 Aliff Syafiq
10. 115 Jabil Wafiq
11. 115 Isyraf Hadif
12. 110 Aminurasyid
13. 109 Muhd. Firman
14. 104 Haikal Hakim
15. 102 Syammim
16. 67 Alif Aizat



Tuesday, October 1, 2013

YES'2 : Stage'5

Bertempat di Megalanes, seramai 10 orang peserta sahaja iaitu 6 dari kalangan YES dan 4 dari BOS hadir pada sesi hari ini. Punca ketidakhadiran sebahagian dari mereka adalah disebabkan oleh maklumat yang tidak sampai di samping cuaca serta faktor persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun pada minggu hadapan. Walaubagaimanpun, latihan tetap dijalankan dengan setiap peserta ditempatkan seorang satu lane.

Dalam pada itu, Kelab Boling telah menghantar seramai 12 orang ahli ke Kejohanan Boling Antara Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2013 (Kategori Bwh 12 Tahun) pada 28 September 2013. Dalam temasya tersebut, gandingan trio berkumpulan iaitu Muhd. Khairiel Hakimi, Muhd. Ammar Fauzi dan Wan Ahmad Qayyim menduduki tempat ke-4 keseluruhan. Tahniah diucapkan.