Wednesday, November 11, 2015

TEKNIK SPIN

Di kalangan rakyat Asia, teknik spin ini agak popular. Selain dari kosnya yang lebih murah dari segi peralatan dan mudah dikuasai, bermain bowling teknik spin sesuai ini digunakan di pusat-pusat bowling di Asia yang kebanyakkanya tidak menjaga lane dengan sempurna. Oleh itu, menggunakan teknik hook menjadi susah, lantaran lane yang tidak terjaga menyebabkan hook yang dibuat kurang menjadi (tiada grip pada lane) atau sering tersasar.

Teknik spin agak mudah dikawal kerana pergerakkan bola yang agak lurus. Bola melalui beberapa “board“/papan sahaja sebelum sampai ke poket tengah dan memberikan peluang yang lebih untuk pemain bowling melontar ke sasaran mereka.

Namun, untuk mendapat “strike” yang konsisten bagi spin agak sukar berbanding “hook” kerana pergerakkan tangan yang lebih dilakukan untuk mendapatkan spin ini. Dalam kondisi lane yang baik dan berminyak, peluang “spinner” untuk menewaskan pemain hook agak sukar. Akan tetapi di peringkat Asia, nampak ramai spinner (terutama dari Taiwan dan Singapura) yang mampu memberi saingan dengan teknik spin yang amat baik sekali.

Cara Main Bowling Teknik Spin



Anda boleh gunakan pergerakkan berbeza mengikut keselesaan sendiri. Namun yang penting dalam teknik spin ialah saat perlepasan bola. Amnya dari segi yang lain-lain ia agak sama dengan teknik yang lain tetapi dalam teknik spin beberapa perkara perlu diberi perhatian :

1. Bola dilepaskan dari semua jari dengan serentak (dalam teknik hook, ibu jari anda akan keluar dulu).

2. Kedudukan ibu jari adalah di bawah masa dilepaskan (6 o’clock) dan dua jari lagi di atas (12 o’clock).

3. Spin dihasilkan menerusi pergerakan pergelangan tangan (wrist) yang dibuat sejurus sebelum bola dilepaskan

4. Follow through dilakukan selepas bola dilepaskan dengan semua jari ke atas menunjukkan ke arah sasaran.

5. Tangan berada di hadapan badan/kaki semasa bola dilepaskan (bersebelahan badan/kaki jika hook)
bowling spinner.

Gambar kredit: www.gtabowling.ca

Bola Bowling

Bola bowling untuk teknik spin biasanya agak ringan (10lb – 12lb) dan menggunakan drilling yang biasa (standard) dengan kesemua tiga-tiga jari masuk hampir keseluruhannya. Pastikan lubang tidak terlalu ketat atau longgar buat anda bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan “tape“/pembalut khas yang boleh dibeli dari pusat-pusat bowling jika perlu untuk melindungi jari anda. Jangan “grip” bola dengan kuat dan paksa bola spin dengan laju atau kuat bila melakukan “spin“.

Kunci dalam teknik ini adalah bagaimana bola anda bertindak terhadap pin (pin reaction)…

... dan bukannya berapa kuat atau lajunya spin anda itu. Bermain di lane yang berbeza dan menggunakan pin yang berbeza akan memberikan pin reaction yang berbeza. Oleh itu, spinner perlu bijak membuat adjustment (perubahan pada cara lontaran atau sudut kemasukkan bola ke poket). Menukar bola bowling kepada yang lebih berat/ringan atau permukaan bola yang berbeza juga antara cara yang sering digunakan oleh spinner bila kesukaran mendapatkan “strike“.

Namun untuk mereka yang baru mula belajar menggunakan teknik spin ini, cuba berikan tumpuan pada mendapatkan spin yang terbaik. Lekatkan penanda (sticker) pada bola dan cuba pelbagai teknik spin yang sesuai dan lihat bagaimana ia bertindak pada pin. Minta bantuan pakar (pemain bowling yang berpengetahuan) di pusat bowling anda bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Pastikan juga lontaran anda konsisten pada sasaran dan timing anda sempurna.

All the best dan semoga sukses bermain bowling teknik spin…

http://dululainsekaranglain.com/

Thursday, October 15, 2015

KOD ETIKA BOLING YANG PATUT DIPATUHI

1. Bersedialah untuk membuat balingan hanya apabila anak panah menunjukkan giliran anda untuk melakukannya.

2. Sentiasa membenarkan pemain di lorong kiri atau kanan untuk menyelesaikan penghantaran mereka sebelum anda membuat balingan.

3. Apabila dua pemain mendapatkan giliran balingan, pemain di sebelah kanan mempunyai hak memulakan.

4. Jangan membawa barang-barang seperti minuman, makanan atau merokok di atas lorong (lanes).

5. Sentiasa kekalkan pendekatan (approach) anda.

6. Jangan menyeberang atau melintas lorong pemain sebelah anda. Gunakan laluan yang betul untuk mengambil bola atau sebagainya.

7. Jangan melintasi garisan Foul ketika penghantaran bola.

8. Selepas membuat balingan atau apabila dalam keadaan menunggu atau tidak bermain, sentiasa kekal dalam kawasan yang bukan pelancaran.

9. Bersorak dibolehkan tetapi tidak terlalu berlebihan atau mengganggu.

10. Kasut hendaklan dipakai dengan sarung kaki / stokin sepanjang masa bermain.

11. Mengekang kanak-kanak daripada pergi ke kawasan pelancaran untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

12. Penyokong tidak dibenarkan berada di kawasan bermain. Sila duduk di tempat yang disediakan di bahagian atau bersebelahan tempat bermain.

13. Tiada makanan dan minuman yang dibawa dari luar yang dibenarkan.

14. Pemain, penyokong atau penonton tidak boleh merokok.

15. Jangan memakai kasut boling untuk ke tandas.

Thursday, August 27, 2015

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Kelab Boling akan menganjurkan pakej lawatan sambil belajar 3 hari 2 malam ke K. Lumpur pada 21 November 2015 hingga 23 November 2015 (Sabtu-Isnin). Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk membawa murid-murid khasnya ahli kelab boling SKBI untuk merehatkan minda di musim cuti sekolah sambil mempelajari perkara baharu serta merintis pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

Lawatan akan bermula pada hari pertama tiba di K. Lumpur sekitar jam 10.00 pagi di taman tema "Theme Park" Berjaya Times Square. Pada sebelah petang para peserta akan bersantai di sekitar Taman Suria KLCC sebelum malamnya diadakan Kejohanan Boling Tenpin SKBI K. Lumpur 2015. Pada hari kedua, peserta akan dibawa melawat Menara Berkembar Petronas dan Jejantas Udara. Pada sebelah petang rombongan akan bertolak ke i-City Shah Alam untuk ke Snowalk dan Trick Art Museum hingga ke malam. Pada hari terakhir semua peserta akan mengembara ke dasar laut di Aquaria KLCC dan bersiar-siar sekitar KL sebelum rombongan dijangka bertolak pulang ke Pulau Pinang pada jam 4 petang.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah :

1. Menara Berkembar Petronas (meninjau hingga ke tingkat 88)
2. Sky Bridge (Jejantas Udara KLCC)
3. Aquaria KLCC
4. Berjaya Times Square
5. Bowling Centre (SKBI KL Tenpin Bowling Tournament 2015)
6. Snowalk i-City Shah Alam
7. Trick Art Museum i-City Shah Alam
8. Tempat-tempat menarik sekitar KL (jika masa terluang)

*Sebarang pertukaran tempat lawatan lain (yang setara) akan diberitahu kemudian dan tertakluk kepada pindaan.
*Harga yang ditawarkan adalah RM250.00 (termasuk makan minum dan tiket masuk ke tempat lawatan).
*Kejohanan Boling adalah tidak termasuk dalam pakej. Pihak urusetia akan mencari sponsor untuk menjayakannya.












Wednesday, August 19, 2015

KEPUTUSAN BEREGU

Alhamdulillah, pasangan Fariszudin dan Muhd. Safwan telah muncul di tempat ketiga dalam acara beregu pada Kejohanan Karnival Boling Tenpin MSSPP 2015 pada hari ini. Ketinggalan sebanyak 15 mata di belakang beregu SK Alma Jaya, pasangan itu telah membawa pulang satu-satunya pingat gangsa tunggal. Syabas diucapkan!

Tuesday, August 18, 2015

KEPUTUSAN INDIVIDU
















LELAKI

BIL
NAMA PEMAIN
KEDUDUKAN
1.
FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDINALAM
Ke-5
2.
MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
Ke-6
3.
MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
Ke-14
4.
MUHAMAD MUJAHID BIN MOHAMAD TERMIZI
Ke-16

PEREMPUAN

BIL
NAMA PEMAIN
KEDUDUKAN
1.
NURUL ALYA SHAZWANI BT. SHAZRIL KHAIRY
Ke-7
2.
ROS AININ SARAH BT. MOHD ROZAIMI
Ke-8
3.
AUNI SUFI BT. ZAMZURI
Ke-13
4.
NURUL HAZWANIE BT. HASMADI
Ke-21

KARNIVAL BOLING 2015


Bermula hari ini hingga Jumaat, seramai 8 orang murid SKBI telah menyertai Karnival Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015. Bertempat di Mega Bowling Centre Perai, skuad sekolah telahpun bertolak ke sana seawal jam 7.00 pagi dengan diiirngi dua orang guru penasihat.

Karnival yang berlangsung selama 4 hari itu menampilkan acara individu dan beregu dengan setiap kategori, pemain dikehendaki bermain sebanyak 4 games seorang secara "cross lanes". Kesemua pemain adalah terdiri daripada kalangan murid-murid berumur 11 tahun dan ke bawah.

SKBI telah menghantar pemain seramai 8 orang yang dipilih melalui saringan dalam latihan minggu lepas. Wakil sekolah yang terpilih ke kejohanan MSSPP itu adalah barisan murid yang mendapat skor tertinggi di samping beberapa orang yang dipilih melalui skill yang dipamerkan semasa saringan. Mereka ialah :

1. FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDINALAM
2. MUHAMAD MUJAHID BIN MOHAMAD TERMIZI
3. MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
4. MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
5. NURUL ALYA SHAZWANI BT. SHAZRIL KHAIRY
6. NURUL HAZWANIE BT. HASMADI
7. ROS AININ SARAH BT. MOHD ROZAIMI
8. AUNI SUFI BT. ZAMZURI

Wednesday, August 12, 2015

LATIHAN BOLING EDISI 5

Seramai 58 murid telah menyertai latihan boling pada kali ini bertempat di Mega Bowling Centre, Megalanes Perai. Tepat jam 3.15 petang latihan yang dikendalikan oleh kelab telah memperlihatkan murid-murid bermain dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi walaupun di kalangan mereka ada yang tidak pernah memegang bola boling.

Dalam pada itu, latihan yang diadakan pada kali kelima ini telah memperlihatkan kehadiran murid di luar jangkaan kerana pada awalnya hanya sekitar 44 orang sahaja yang mengesahkan kehadiran. Bagaimanapun, aktiviti yang dirancang berjalan lancar cuma ketibaan pulang murid-murid agak lewat disebabkan kelewatan oleh pihak bas.

Objektif boling pada kali ini adalah untuk mencari wakil sekolah untuk bertanding di Karnival Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2015 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Nama murid-murid yang terpilih nanti akan dipaparkan dalam sedikit masa nanti. Pemilihan yang dijalankan bukan sekadar skor yang tertinggi, malah murid yang mendapat skor rendah namun skill permainan mereka amat baik turut berpeluang untuk dipilih.

Keputusan latihan berdasarkan dua games yang terbaik :

A : LELAKI

1 FARISZUDIN (5B) 107 131 238
2 MUHD MUJAHID (5N) 101 94 195
3 MIFZAL AIRIL (4D) 105 90 195
4 NIZARMIN 91 68 159
5 SAFWAN 74 79 153
6 AZWAR SAFWAN (4D) 72 78 150
7 SHAHIN 87 58 145
8 DANISH 75 70 145
9 MUHAMMAD 71 73 144
10 MUHD SOHAIL (5M) 70 74 144
11 IRFAN BUDI (4D) 74 70 144
12 JAMILUL (4M) 70 63 133
13 IZZAT (4D) 65 64 129
14 AMER AIZAM (5M) 52 72 124
15 AMMAR (4M) 60 50 110
16 ZAIM 62 43 105
17 ALIF (4M) 52 53 105
18 ARIF 55 48 103
19 FARIS 52 50 102
20 AMIRUL (M) 54 48 102
21 MUHD RIZWAFI 46 56 102
22 ANIQ FARHI 43 58 101
23 HARIZ (4M) 57 42 99
24 UWAIS AL QARANI (5N) 54 44 98
25 EZZAT 41 50 91
26 UWAIS (4M) 41 48 89
27 NABIL 45 41 86
28 MUHD AQIL (5M) 45 40 85
29 SYUHIR 24 40 64
30 AMIRUL (A) 28 33 61


B : PEREMPUAN


1 ALYA SYAZWANI (5B) 90 112 202
2 HAZWANI (5N) 89 94 183
3 SARAH 82 89 171
4 AUNI SUFI (4D) 80 81 161
5 NOR AINA 66 74 140
6 FATIN 68 70 138
7 NURUL SYAZWANI (4D) 69 66 135
8 NUR AINA ATHIRAH (4D) 72 59 131
9 AFIQAH (4M) 85 45 130
10 PUTERI (4N) 35 79 114
11 NUR FATIN SYAZWANI (4M) 66 46 112
12 NUR IZZATI DIANA 42 67 109
13 NURUL ATIQAH NABILAH 45 51 96
14 NUR AISYA 53 40 93
15 SYARIFAH HIDAYAH (4M) 53 35 88
16 NURIN JAZLINA (5N) 47 40 87
17 RABIATUL 57 29 86
18 RASYIDAH (4N) 32 51 83
19 NUR ADLINA (5N) 52 27 79
20 NUR ALYA DALILAH (4M) 35 43 78
21 DHAMEA SUFEEA (4N) 41 36 77
22 IRDINA (5N) 35 42 77
23 NUR AMALINA (4N) 37 35 72
24 NUR HANNAN AMMAR 37 31 68
25 ALEEYA QAISARA (4D) 39 26 65
26 ANIS NAJIHAH (4M) 38 19 57
27 SITI FARA WAHEEDA 26 26 52



Saturday, May 16, 2015

SELAMAT HARI GURU

"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlah"

Friday, May 1, 2015

Tuesday, April 21, 2015

LATIHAN BOLING : EDISI 3

Latihan boling pada petang ini berjalan seperti biasa. Murid-murid telah berkumpul di hadapan sekolah pada jam 2.30 petang dan bertolak ke Mega Bowling Centre 30 minit kemudian.

Pada kali ini hanya 25 orang sahaja yang menyertai latihan. Ini disebabkan oleh pertindihan jadual latihan bagi rumah-rumah sukan sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SKBI yang akan berlangsung pada 23 Mei 2015 nanti. Justeru, hanya peserta dari rumah sukan biru dan hijau sahaja yang dibenarkan untuk bermain boling.


Friday, April 17, 2015

Tips Penyelenggaraan Bola Boling

Ramai di kalangan pemain mengadu bola mereka kehilangan reaksi atau tidak boleh memaksimakan luncuran terbaik ketika bermain selepas hanya 15 atau 20 kali permainan. Kesudahannya pemain akan keluar mendapatkan bola baharu hanya untuk menyelesaikan situasi yang sama berulang tanpa menangani masalah yang sebenar iaitu cara penyelenggaraan.

Seorang pemain tegar James Goulding III, telah memberikan beberapa petua atau tips tentang penjagaan bola agar tahan lebih lama. Beliau yang telah berada dalam industri boling sebagai seorang “bowler” yang kompetitif serta jurulatih malah memiliki 15 tahun pengalaman mengendalikan sebuah  kedai peralatan boling berpendapat bahawa tiada alasan baginya untuk membuang setiap bola yang dimiliki kecuali hanya disebabkan ia pecah. Itupun disebabkan oleh beberapa faktor seperti keadaan suhu yang terlampau sejuk dan sebagainya. Beliau sentiasa menjaga peralatan boling sehingga mampu menjangkau lebih 5 tahun. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan di rumah untuk menyelenggarakan bola boling.

Tips 1
Bersihkan bola dengan serta merta selepas setiap sesi permainan. Ia adalah langkah yang paling efektif untuk memanjangkan hayat koleksi boling anda. Jika anda tidak mempunyai wang untuk produk yang boleh didapati secara komersial seperti “Ebonite” atau kits pembersih bola “Track”, anda boleh mengunakan teknik ini iaitu dapatkan satu botol dan isi sehingga separuh dengan Isopropyl Alkohol (saya menggunakan 91%, tetapi 70% juga sudah memadai). Isi separuh lagi dengan pencuci Simple Green (sangat murah, yang boleh didapati dalam saiz yang besar di mana-mana). Campurkan dua bahan ini bersama-sama dan gunakannya untuk mencuci bola di antara sesi boling. Ia adalah alternatif yang lebih murah untuk jenama produk pembersihan. (*Jika anda sedang berada di lorong, atau semasa kejohanan atau pertandingan liga dan mahu membersihkan peralatan anda, saya sarankan untuk menggunakan USBC iaitu satu produk yang diluluskan  dan boleh didapati secara komersial).

Lebih cepat anda membersihkannya, lebih tahan lama jangka hayat set boling anda. Secara tidak langsung, ia peluang yang lebih baik untuk anda menyingkirkan minyak daripada rongga halus bola sebelum ia menyerap masuk lebih dalam. Ini akan meningkatkan usia bola anda.


Tips 2
Pembersihan dengan mengunakan air panas. Untuk itu, isikan baldi anda atau tab mandi dengan air panas pada anggaran 140 darjah (F). Tambahkan sedikit sabun pencuci (yang disyorkan) seperti yang anda lakukan untuk mencuci peralatan memasak yang dipenuhi minyak yang kotor. Letakkan bola boling ke dalam air. Bola mungkin terapung dan anda perlu memusing-musingkannya perlahan-lahan. Lakukan berulang-ulang kali sehingga dalam jangka masa selama 15-30 minit. Keluarkan bola dari air dan keringkan dengan tuala microfiber. Ulangi teknik tersebut jika diperlukan sehingga tidak ada lagi garisan berminyak pada permukaan bola. Apabila bersih, gunakan tisu gulung untuk menghilangkan kelembapan dari dalam lubang-lubang jari. Kemudian letakkan bola dalam keadaan lubang-lubang jari ke bawah di atas tuala yang kering selama beberapa jam (24-48 jam). Selepas kering bola anda telah sedia untuk digunakan.

Tips 3
Pembersihan dengan mengunakan ketuhar. Ia suatu yang rumit dan memerlukan tindakan atau misi yang sangat berhati-hati daripada anda. Kaedah ini amat tidak disarankan kerana anda harus mempunyai kepakaran tinggi yang telah disahkan. Pada kebiasaannya teknik ini HANYA dilakukan oleh sebuah "kedai pro" dalam ketuhar terkawal yang dicipta khusus untuk mengekstrak minyak dari bola boling. Ramai yang mencuba kaedah ini di rumah dan keputusannya amat mengecewakan. Bila-bila masa anda boleh mengakibatkan bola  berada di atas tahap 140 darjah (F). Anda akan mula menghapuskan dan mengeraskan bahan plastik (plasticizers) yang terdapat pada bola dan ini akan membuatkan bola menjadi rapuh. Apabila ia terjadi, tiada apa yang mampu dilakukan kecuali anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada bola kesayangan anda itu.

Ini adalah sebahagian tips umum untuk penyelenggaraan bola boling. Diharap ianya dapat membantu. Penjagaan dan penyelenggaraan yang tepat, sesebuah bola boling boleh bertahan hingga 500 kali permainan atau lebih dan tidak ada masalah sama sekali !

PENAFIAN KONTRAK : Tips-tips ini adalah sebahagian daripada teknik yang dicadangkan dalam jadual penyelenggaraan bola boling. Sebarang kerosakan atau kemudaratan yang mungkin berlaku sama ada pada bola boling atau pemunya bola itu sendiri adalah di luar tanggungjawab admin/penulis. Oleh itu, para pembaca haruslah mendapatkan dahulu nasihat daripada pakar-pakar yang mahir dalam bidang ini tanpa mengambil bulat-bulat fakta yang diutarakan di sini.

*Untuk info lanjut, sila lawati :
http://hubadub.com/how-to-clean-a-bowling-ball-at-home/










Tuesday, March 3, 2015

LATIHAN BOLING : EDISI 2

Seramai 38 murid SKBI telah menyertai latihan boling kali ke-2 pada petang hari ini. Seawal jam 2.30 semua peserta telahpun berkumpul di hadapan pintu masuk sekolah untuk bertolak ke Mega Bowling Centre, Perai dengan menaiki bas. Latihan pada kali ini turut disertai murid-murid yang bukan ahli kelab.

Pada kali ini, kesemua peserta bermain secara amali dengan format cross lanes. Ada di antara mereka yang bukan ahli kelab telah menunjukkan bakat yang cemerlang dalam permainan. Kebolehan bermain yang amat tinggi ini jarang didapati dan murid tersebut boleh diambil sebagai pelapis boling MSSPP 2016 sekalipun bukan dari kalangan ahli.

Latihan tamat pada jam 6.00. Bas tiba di SKBI pada jam 6.40 petang.

Friday, February 13, 2015

MSSPP : ACARA MASTERS

SKBI hari ini masih belum mampu untuk melakarkan diri sebagai salah sebuah sekolah yang menghantar pesertanya ke MSSM. Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa pada hari ini kita telah menghantar 3 orang sekaligus dalam acara Masters buat julung kalinya. Pada tahun-tahun sebelumnya kita pernah menghantar sebanyak 3 kali dengan penyertaan seorang sahaja.

Dibarisi oleh Nor Haneey Damia, Syaza Safiah dan Muhd. Khairil Hakimie kesemua mereka hanya mampu menduduki tempat ke-5, ke-6 dan ke-7 selepas menamatkan 8 games dalam acara tersebut. Bagaimanapaun, persembahan mereka tidak mengecewakan apabila Syaza Safiah dilihat bangkit dari kedudukan ke-8 All Event untuk mara ke tempat ke-6. Seandainya pada hari pertama lagi konsisten seperti itu dipamerkan, tempat ke-4 sudah pasti milik kita.

Apapun tahniah diucapkan kepada semua di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Apa yang pasti, kita akan cuba lagi di tahun hadapan... : )

Wednesday, February 11, 2015

MSSPP : KEPUTUSAN ALL EVENTS



MSSPP : BERGU

Keputusan :

 A. LELAKI
1 Muhammad Khairil Hakimie bin Shazril Khairy KE-4
Muhammad Ammar bin Mohd Fauzi
2 Wan Ahmad Qayyim bin Wan Yazman KE-8
Muhammad Safwan bin Mohd Fauzi
B. PEREMPUAN
1 Nor Haneey Damia bt. Noor Azman KE-4
Syaza Safiah bt. Mohd Yusof
2 Nur Alya Shazwani bt. Shazril Khairy KE-6
Auni Sufi bt. Zamzuri


*Keseluruhan bergu lelaki - 32
*Keseluruhan bergu perempuan - 24

Monday, February 9, 2015

MSSPP : INDIVIDU

Keputusan :


 A. LELAKI
1. Wan Ahmad Qayyim bin Wan Yazman
KE-6
2. Muhammad Khairil Hakimie bin Shazril Khairy
KE-8
3. Muhammad Ammar bin Mohd Fauzi
KE-10
4. Muhammad Safwan bin Mohd Fauzi
KE-11
B. PEREMPUAN
1. Nor Haneey Damia bt. Noor Azman
NAIB JOHAN
2. Syaza Safiah bt. Mohd Yusof
KE-9
3. Nur Alya Shazwani bt. Shazril Khairy
KE-14
4. Auni Sufi bt. Zamzuri
KE-15

*Keseluruhan peserta lelaki - 64
*Keseluruhan peserta perempuan - 48
*Nor Haneey Damia cipta rekod Individu (P) MSSPP 2015 (High Score -171)

Sunday, February 8, 2015

SELAMAT BERTANDING !!!

Kepada semua atlit SKBI, diucapkan selamat bertanding. Semoga membawa pulang kejayaan cemerlang pada tahun ini. Pihak sekolah mengharapkan sesuatu daripada anda semua iaitu kejayaan.
"Good Luck and High Score"

Sunday, January 18, 2015

Sisipan 2 : Pemarkahan Boling

Matlamat permainan boling adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap “frame”. Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300. Satu permainan boling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin.

Balingan pertama sekiranya berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin adalah dipanggil “Strike”. Markah 300 boleh diperolehi dengan mendapatkan 12 strike iaitu 9 strike pada 9 frame awal dan 3 strike pada frame ke 10. Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki dari balingan pertama adalah dipanggil “Spare”.

Sekiranya selepas balingan kedua, pemain masih gagal menjatuhkan semua pin, frame itu dikira “Open”. Bagi frame ke 10, pemain dibenarkan melakukan balingan ketiga sekiranya berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama.

Sumber : http://jombowling.blogspot.com/2010/06/tentang-permainan-bowling.html

Sunday, January 11, 2015

Sisipan 1 : Sejarah Boling

Terdapat banyak bentuk permainan boling dengan salah satu daripadanya dikenali sebagai boling sembilan pin. Paling terkini ialah boling sepuluh pin atau "tenpin bowling". Bentuk yang paling primitif yang terawal daripada sukan ini bertarikh dan ia merujuk kepada Mesir Purba.

Sejarah dan asal usul sukan ini dijejak sejak 2000 tahun dahulu. Permainan ini berkembang antara legionaries Roman iaitu melibatkan sesuatu objek batu dilambung sehampir mungkin dengan objek batu yang lain. Permainan ini terus menjadi popular di kalangan  askar Rom dan akhirnya berkembang luas ke Itali.
Kaedah-kaedah dan tatacara permainan boling telah dikemaskini dan diseragamkan buat kali pertama di bandar New York City pada 9 September 1895. Hari ini, sukan boling boleh dinikmati lebih 100 juta orang di lebih 100 buah negara di seluruh dunia dan terus berkembang melalui media hiburan seperti permainan video di rumah atau melalui gadjet terkini.














Rujukan : www.wikipedia.org