Thursday, August 27, 2015

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Kelab Boling akan menganjurkan pakej lawatan sambil belajar 3 hari 2 malam ke K. Lumpur pada 21 November 2015 hingga 23 November 2015 (Sabtu-Isnin). Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk membawa murid-murid khasnya ahli kelab boling SKBI untuk merehatkan minda di musim cuti sekolah sambil mempelajari perkara baharu serta merintis pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

Lawatan akan bermula pada hari pertama tiba di K. Lumpur sekitar jam 10.00 pagi di taman tema "Theme Park" Berjaya Times Square. Pada sebelah petang para peserta akan bersantai di sekitar Taman Suria KLCC sebelum malamnya diadakan Kejohanan Boling Tenpin SKBI K. Lumpur 2015. Pada hari kedua, peserta akan dibawa melawat Menara Berkembar Petronas dan Jejantas Udara. Pada sebelah petang rombongan akan bertolak ke i-City Shah Alam untuk ke Snowalk dan Trick Art Museum hingga ke malam. Pada hari terakhir semua peserta akan mengembara ke dasar laut di Aquaria KLCC dan bersiar-siar sekitar KL sebelum rombongan dijangka bertolak pulang ke Pulau Pinang pada jam 4 petang.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah :

1. Menara Berkembar Petronas (meninjau hingga ke tingkat 88)
2. Sky Bridge (Jejantas Udara KLCC)
3. Aquaria KLCC
4. Berjaya Times Square
5. Bowling Centre (SKBI KL Tenpin Bowling Tournament 2015)
6. Snowalk i-City Shah Alam
7. Trick Art Museum i-City Shah Alam
8. Tempat-tempat menarik sekitar KL (jika masa terluang)

*Sebarang pertukaran tempat lawatan lain (yang setara) akan diberitahu kemudian dan tertakluk kepada pindaan.
*Harga yang ditawarkan adalah RM250.00 (termasuk makan minum dan tiket masuk ke tempat lawatan).
*Kejohanan Boling adalah tidak termasuk dalam pakej. Pihak urusetia akan mencari sponsor untuk menjayakannya.












Wednesday, August 19, 2015

KEPUTUSAN BEREGU

Alhamdulillah, pasangan Fariszudin dan Muhd. Safwan telah muncul di tempat ketiga dalam acara beregu pada Kejohanan Karnival Boling Tenpin MSSPP 2015 pada hari ini. Ketinggalan sebanyak 15 mata di belakang beregu SK Alma Jaya, pasangan itu telah membawa pulang satu-satunya pingat gangsa tunggal. Syabas diucapkan!

Tuesday, August 18, 2015

KEPUTUSAN INDIVIDU
















LELAKI

BIL
NAMA PEMAIN
KEDUDUKAN
1.
FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDINALAM
Ke-5
2.
MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
Ke-6
3.
MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
Ke-14
4.
MUHAMAD MUJAHID BIN MOHAMAD TERMIZI
Ke-16

PEREMPUAN

BIL
NAMA PEMAIN
KEDUDUKAN
1.
NURUL ALYA SHAZWANI BT. SHAZRIL KHAIRY
Ke-7
2.
ROS AININ SARAH BT. MOHD ROZAIMI
Ke-8
3.
AUNI SUFI BT. ZAMZURI
Ke-13
4.
NURUL HAZWANIE BT. HASMADI
Ke-21

KARNIVAL BOLING 2015


Bermula hari ini hingga Jumaat, seramai 8 orang murid SKBI telah menyertai Karnival Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015. Bertempat di Mega Bowling Centre Perai, skuad sekolah telahpun bertolak ke sana seawal jam 7.00 pagi dengan diiirngi dua orang guru penasihat.

Karnival yang berlangsung selama 4 hari itu menampilkan acara individu dan beregu dengan setiap kategori, pemain dikehendaki bermain sebanyak 4 games seorang secara "cross lanes". Kesemua pemain adalah terdiri daripada kalangan murid-murid berumur 11 tahun dan ke bawah.

SKBI telah menghantar pemain seramai 8 orang yang dipilih melalui saringan dalam latihan minggu lepas. Wakil sekolah yang terpilih ke kejohanan MSSPP itu adalah barisan murid yang mendapat skor tertinggi di samping beberapa orang yang dipilih melalui skill yang dipamerkan semasa saringan. Mereka ialah :

1. FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDINALAM
2. MUHAMAD MUJAHID BIN MOHAMAD TERMIZI
3. MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
4. MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
5. NURUL ALYA SHAZWANI BT. SHAZRIL KHAIRY
6. NURUL HAZWANIE BT. HASMADI
7. ROS AININ SARAH BT. MOHD ROZAIMI
8. AUNI SUFI BT. ZAMZURI

Wednesday, August 12, 2015

LATIHAN BOLING EDISI 5

Seramai 58 murid telah menyertai latihan boling pada kali ini bertempat di Mega Bowling Centre, Megalanes Perai. Tepat jam 3.15 petang latihan yang dikendalikan oleh kelab telah memperlihatkan murid-murid bermain dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi walaupun di kalangan mereka ada yang tidak pernah memegang bola boling.

Dalam pada itu, latihan yang diadakan pada kali kelima ini telah memperlihatkan kehadiran murid di luar jangkaan kerana pada awalnya hanya sekitar 44 orang sahaja yang mengesahkan kehadiran. Bagaimanapun, aktiviti yang dirancang berjalan lancar cuma ketibaan pulang murid-murid agak lewat disebabkan kelewatan oleh pihak bas.

Objektif boling pada kali ini adalah untuk mencari wakil sekolah untuk bertanding di Karnival Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2015 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Nama murid-murid yang terpilih nanti akan dipaparkan dalam sedikit masa nanti. Pemilihan yang dijalankan bukan sekadar skor yang tertinggi, malah murid yang mendapat skor rendah namun skill permainan mereka amat baik turut berpeluang untuk dipilih.

Keputusan latihan berdasarkan dua games yang terbaik :

A : LELAKI

1 FARISZUDIN (5B) 107 131 238
2 MUHD MUJAHID (5N) 101 94 195
3 MIFZAL AIRIL (4D) 105 90 195
4 NIZARMIN 91 68 159
5 SAFWAN 74 79 153
6 AZWAR SAFWAN (4D) 72 78 150
7 SHAHIN 87 58 145
8 DANISH 75 70 145
9 MUHAMMAD 71 73 144
10 MUHD SOHAIL (5M) 70 74 144
11 IRFAN BUDI (4D) 74 70 144
12 JAMILUL (4M) 70 63 133
13 IZZAT (4D) 65 64 129
14 AMER AIZAM (5M) 52 72 124
15 AMMAR (4M) 60 50 110
16 ZAIM 62 43 105
17 ALIF (4M) 52 53 105
18 ARIF 55 48 103
19 FARIS 52 50 102
20 AMIRUL (M) 54 48 102
21 MUHD RIZWAFI 46 56 102
22 ANIQ FARHI 43 58 101
23 HARIZ (4M) 57 42 99
24 UWAIS AL QARANI (5N) 54 44 98
25 EZZAT 41 50 91
26 UWAIS (4M) 41 48 89
27 NABIL 45 41 86
28 MUHD AQIL (5M) 45 40 85
29 SYUHIR 24 40 64
30 AMIRUL (A) 28 33 61


B : PEREMPUAN


1 ALYA SYAZWANI (5B) 90 112 202
2 HAZWANI (5N) 89 94 183
3 SARAH 82 89 171
4 AUNI SUFI (4D) 80 81 161
5 NOR AINA 66 74 140
6 FATIN 68 70 138
7 NURUL SYAZWANI (4D) 69 66 135
8 NUR AINA ATHIRAH (4D) 72 59 131
9 AFIQAH (4M) 85 45 130
10 PUTERI (4N) 35 79 114
11 NUR FATIN SYAZWANI (4M) 66 46 112
12 NUR IZZATI DIANA 42 67 109
13 NURUL ATIQAH NABILAH 45 51 96
14 NUR AISYA 53 40 93
15 SYARIFAH HIDAYAH (4M) 53 35 88
16 NURIN JAZLINA (5N) 47 40 87
17 RABIATUL 57 29 86
18 RASYIDAH (4N) 32 51 83
19 NUR ADLINA (5N) 52 27 79
20 NUR ALYA DALILAH (4M) 35 43 78
21 DHAMEA SUFEEA (4N) 41 36 77
22 IRDINA (5N) 35 42 77
23 NUR AMALINA (4N) 37 35 72
24 NUR HANNAN AMMAR 37 31 68
25 ALEEYA QAISARA (4D) 39 26 65
26 ANIS NAJIHAH (4M) 38 19 57
27 SITI FARA WAHEEDA 26 26 52