Thursday, October 15, 2015

KOD ETIKA BOLING YANG PATUT DIPATUHI

1. Bersedialah untuk membuat balingan hanya apabila anak panah menunjukkan giliran anda untuk melakukannya.

2. Sentiasa membenarkan pemain di lorong kiri atau kanan untuk menyelesaikan penghantaran mereka sebelum anda membuat balingan.

3. Apabila dua pemain mendapatkan giliran balingan, pemain di sebelah kanan mempunyai hak memulakan.

4. Jangan membawa barang-barang seperti minuman, makanan atau merokok di atas lorong (lanes).

5. Sentiasa kekalkan pendekatan (approach) anda.

6. Jangan menyeberang atau melintas lorong pemain sebelah anda. Gunakan laluan yang betul untuk mengambil bola atau sebagainya.

7. Jangan melintasi garisan Foul ketika penghantaran bola.

8. Selepas membuat balingan atau apabila dalam keadaan menunggu atau tidak bermain, sentiasa kekal dalam kawasan yang bukan pelancaran.

9. Bersorak dibolehkan tetapi tidak terlalu berlebihan atau mengganggu.

10. Kasut hendaklan dipakai dengan sarung kaki / stokin sepanjang masa bermain.

11. Mengekang kanak-kanak daripada pergi ke kawasan pelancaran untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

12. Penyokong tidak dibenarkan berada di kawasan bermain. Sila duduk di tempat yang disediakan di bahagian atau bersebelahan tempat bermain.

13. Tiada makanan dan minuman yang dibawa dari luar yang dibenarkan.

14. Pemain, penyokong atau penonton tidak boleh merokok.

15. Jangan memakai kasut boling untuk ke tandas.