Wednesday, October 4, 2017

LATIHAN AKHIR TAHUN 6

Telah berlangsung pada petang tadi. Keputusan adalah seperti berikut :



Wednesday, September 27, 2017

LATIHAN BOLING TAHUN 6

Seramai 38 murid tahun 6 termasuk seorang murid darjah 3 menyertai latihan boling pada petang tadi. Bertempat di Megalanes Perai, latihan itu telahpun berlangsung pada jam 3.40 petang dan tamat dua jam selepas itu. Para peserta telah bermain sebanyak 3 games secara single lane. Berikut adalah kutipan mata tertinggi untuk 2 games yang diperoleh setiap murid.


Friday, August 11, 2017

KUTIPAN PINGAT MSSM 2017


Penyampaian Pingat Gangsa

Alhamdulillah... selesai sudah majlis penganugerahan pingat gangsa kepada 4 orang atlit lelaki bawah 12 tahun. Serentak dengan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2017, anugerah pingat ini hanya berlangsung untuk tiga acara sahaja kerana pingat-pingat lain telahpun dianugerahkan pada majlis-majlis penyampaian sebelum ini.

Bukan kemegahan untuk didabik-dadakan atau "dikenali orang" sebagai hebat dan kuat, namun rasa kesyukuran yang penuh iltizam dan pengharapan yang sangat didambakan. Buat pertama kali dalam sejarah boling tenpin MSSM, nama murid SK Bertam Indah iaitu Muhd. Mifzal Airil Bin Ahmad diabadikan (VIDEO) dalam gemuruh jiwa dan sorakan para atlit MSSM seramai 384 dari seluruh Malaysia. Satu perasaan yang sangat puas dan terharu yang tidak boleh digambarkan telah diterjemahkan dalam nada kesyukuran yang berpanjangan. Akhirnya SK Bertam Indah mampu untuk menempatkan diri sebaris dengan atlit-atlit negeri juga kebangsaan dalam arena sukan berprestij ini.

Tahniah diucapkan! Kepada Auni Sufi, perjalanan anda masih jauh. Apa yang dicapai setakat ini juga rakan anda Muhd. Mifzal Airil hanyalah satu permulaan. Menang atau kalah adalah adat pertandingan. Apa yang penting anda juga telah mempamerkan permainan yang sangat baik, cuma belum masanya lagi nama anda diabadikan sebagai pemenang.

2017 telah menghadiahkan segalanya untuk kita. Penat lelah melatih dan mengasuh sejak 4 tahun lalu telah membuahkan kejayaan yang cemerlang. Terima kasih semua atas sokongan padu yang berpanjangan. Mudah-mudahan kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus berusaha ke arah kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Thank You semua!!! Rasa syukur hanya untuk Allah Yang Memberi Segalanya.




MSSM - Acara Berpasukan

Pasukan Boling Lelaki Bawah 12 Tahun hari ini telah muncul antara pemenang pingat MSSM dengan mendapat pingat gangsa. Dibarisi oleh Muhammad Hafiz Darwisy Bin Azhlan, Nyak Ahmad Lukman Bin Nyak Mazlan, Muhammad Mifzal Airil Bin Ahmad dan Syed Amsyar Ghazi B Syed Shaiful Ezam, pasukan ini telah memberikan persembahan yang sangat baik hingga mampu berada di tempat ke-3 daripada 16 pasukan atlit kebangsaan. Walaupun hanya kurang 11 mata daripada naib johan, ia tetap membanggakan Pulau Pinang. Tahniah diucapkan!


Wednesday, August 9, 2017

MSSM - Acara Bergu

Menjelang hari berikutnya untuk Acara Beregu Lelaki Bawah 12 Tahun Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2017, atlit ke-3 Pulau Pinang hari ini turun ke gelanggang dengan penuh azam dan semangat yang tinggi. Berbekalkan impian yang jitu, Muhd Mifzal Airil (P15) dan pasangannya Syed Amsyar Ghazi (P16) telah melakukan permainan yang sangat baik. Walaupun tidak mendapat sebarang pingat pada hari ini, tahap permainan mereka sangat dipuji.

Untuk rekod, Muhd. Mifzal Airil telahpun melakukan jatuhan pin tertinggi sebagai rekod peribadinya iaitu sebanyak 184 pin pada game ke-3 dalam kejohanan ini. Ia adalah skor yang tertinggi menyaingi rekod 3 lagi pemain bawah 12 tahun Pulau Pinang dalam acara individu dan beregu. Tahniah diucapkan. Pasangan beregu ini menduduki tempat ke 17 daripada 32 pasangan lain.



Monday, August 7, 2017

MSSM - Acara Individu

Acara Individu Bawah 12 Tahun Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2017 hari ini telah membariskan atlit SKBI iaitu Muhd Mifzal Airil dan Auni Sufi. Tepat jam 4.50 petang, Muhd. Mifzal Airil telah bermain sebanyak 4 games bersama 64 orang lagi atlit boling kebangsaan. Manakala Auni Sufi pula telah bermain pada jam 12.00 tengahari dalam blok pertama.

Muhd. Mifzal Airil dan Auni Sufi juga pemain lain bawah 12 tahun pada hari ini tidak mendapat sebarang pingat. Untuk rekod, Muhd. Mifzal Airil menduduki tempat ke-30 (Lelaki B12) sementara Auni Sufi pula menduduki tempat ke-55 (Perempuan B12) daripada 64 orang pemain.




Monday, July 31, 2017

SELAMAT BERANGKAT PUTRA-PUTRIKU

Hari yang dinanti telahpun tiba. Debaran kian laju menyentap jiwa dan fikiran. Apapun TAHNIAH diucapkan kepada Muhd. Mifzal Airil dan Auni Sufi yang akan berangkat ke Alor Setar esok bagi menggalas tanggungjawab sebagai atlit negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2017. Diiringkan doa dan harapan agar kalian berdua tenang dan bersemangat dalam menyertai acara yang sangat gilang gemilang ini.

Bagi pihak pengurusan boling tenpin SKBI, ini adalah rekod terbaik dan pencapaian tertinggi boling tenpin sejak tahun 2005. Mungkin bertepatan dengan tahun Kelab Boling ditubuhkan kira-kira 12 tahun yang lalu, kalian adalah yang terpilih untuk dinamakan sebagai atlit boling SKBI merangkap atlit Pulau Pinang sejajar dengan tahun kalian dilahirkan. TAHNIAH !!! Selamat Berangkat. Semoga membawa kejayaan yang gemilang di akhir nanti.

Thursday, April 20, 2017

ROLL-OFF MSSM 2017

Alhamdulillah.. sejurus selesai Acara Roll-Off lewat pagi tadi, SKBI telah mengesahkan dua pemain bolingnya menempatkan diri ke MSSM. Melalui Muhd. Mifzal Airil dan Auni Sufi, SKBI telah melakar sejarah buat julung kalinya menghantar peserta untuk mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Kedua-dua peserta tersebut telah mendapat tempat pertama setelah berhempas pulas menandingi 4 lagi pemain dalam kategori masing-masing. Muhd. Mifzal Airil mendapat skor keseluruhan 1127 dalam 8 games manakala Auni Sufi pula mendapat skor 962. Dalam pada itu, seorang lagi pemain, Nuraisyah Sarah hanya mendapat tempat ke-3.

Keputusan Roll-Off
1. Muhd. Mifzal Airil - Pertama (1/5)
2. Auni Sufi - Pertama (1/5)
3. Nuraisyah Sarah - Ke-3 (3/5)

Kedudukan Dalam 4 Peserta P. Pinang MSSM
1. Muhd. Mifzal Airil - Rank Ke-3
2. Auni Sufi - Rank Ke-3

Dalam acara Roll-Off ini hanya 2 orang pemain (daripada 5 orang) yang mendapat skor tertinggi akan dipilih untuk ke MSSM. Dua pemain terbaik Roll-Off ini akan bergabung semula dengan dua lagi pemain terbaik terdahulu iaitu Johan dan Naib Johan dalam acara Masters dan All Event yang lalu bagi membentuk team Pulau Pinang dalam setiap kategori masing-masing.

Pihak jurulatih khasnya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua para pemain boling SKBI yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang untuk tahun ini. Anda semua adalah yang terbaik untuk SKBI. Menang atau kalah adalah perkara kedua!

Syabas dan tahniah !











Wednesday, April 19, 2017

Roll-Off - FinalTraining

Hari ini bertempat di Megalanes Bowling, pasukan Boling Tenpin MSSPP SKBI telah menghadiri latihan sebagai persediaan ke MSSM esok. Didoakan agar skuad boling SKBI itu mampu membuat kejutan setelah sekian lama mengidam tempat untuk ke MSSM Insya Allah.








Sunday, April 16, 2017

Roll-Off Training

Team Tenpin Boling SKBI hari ini telah mengadakan latihan intensif sebagai langkah persediaan untuk memasuki acara Roll-Off pada khamis nanti. Latihan yang dijalankan di Pan Bowling, Center Square Sungai Petani ini telah disertai semua peserta iaitu Muhd. Mifzal Airil, Auni Sufi dan Nuraisyah Sarah.

Turut hadir dua guru boling iaitu Muallim Rasyiddin dan Teacher Nurul Hazwani. Diharapkan sesuatu dapat diperolehi nanti pada 20/4/2017 memandangkan inilah kali pertama SKBI menghantar seramai 3 orang ke acara Roll-Off tersebut.

Friday, April 14, 2017

MASTERS MSSPP 2017

Skuad Boling hari ini telah melakar sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam penubuhan sukan boling sejak 12 tahun yang lalu, menempatkan 3 pemainnya ke acara Roll-Off. Melalui gandingan peserta perempuan Auni Sufi dan Nuraisyah Sarah juga pemain lelaki Muhd. Mifzal Airil, SKBI mampu tersenyum untuk melihat mereka beraksi lagi dalam acara tersebut nanti.

Dalam acara Masters, Auni Sufi telah mendapat tempat ke-3 dan Nurasiyah Sarah mendapat tempat ke-4, manakala Muhd. Mifzal Airil pula mendapat tempat ke-6. Untuk layak ke acara Roll-Off, markah peserta dalam acara Masters akan dicampur dengan markah All Event (individu & bergu). Hanya 7 peserta tertinggi sahaja yang layak untuk menyertai Roll-Off. Dalam pada itu, peserta yang mendapat Johan dan Naib Johan terus layak terpilih untuk ke MSSM sementara peserta yang mendapat tempat ke-3, 4, 5, 6 dan ke-7 harus berentap semula untuk merebut dua lagi tempat ke MSSM.

Keputusan Masters
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4
3. Muhd. Mifzal Airil - Ke-6

Keputusan Masters + All Event
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4
3. Muhd. Mifzal Airil - Ke-7

Acara Roll-Off dijadulkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu pada 20/4/2017 (Khamis). Diharapkan para peserta SKBI bersedia dari segi mental dan fizikal. Insha Allah kejayaan akan mengiringi kalian.







Wednesday, April 12, 2017

ALL EVENT

Berikut adalah keputusan All Event :

Kategori Lelaki 12TKB
1. Muhd Mifzal Airil - Ke-8
2. Azwar Safwan - Ke-14

Kategori Perempuan 12TKB
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4

Secara keseluruhan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-8 layak untuk meneruskan permainan ke Acara Masters pada 20/4/2017. Kesemua peserta SKBI layak kecuali Azwar Safwan yang menduduki tangga ke-14. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!

*All Event adalah penentuan untuk sama ada peserta layak untuk bermain dalam acara Masters atau sebaliknya. Dalam peraturan Boling Tenpin MSSPP tahun ini, hanya lapan peserta terbaik sahaja layak untuk menyertainya. Formula pemilihan adalah berdasarkan markah yang dicampur seseorang pemain semasa dia bermain dalam acara individu dan beregu. 

Keputusan : Beregu

Hari ini Skuad Boling Tenpin mengutip satu lagi pingat gangsa menerusi Acara Beregu Perempuan Bawah 12 Tahun. Gandingan Nuraisyah Sarah dan Auni Sufi dilihat agak goyah pada awal permainan namun kembali bersemangat pada pertengahannya. Dengan gangsa yang dimenangi, gandingan peserta perempuan ini dilihat mampu menyanyingi pemain-pemain lain yang lebih berkaliber memandangkan mereka berdua hanya bermain dengan teknik "straight ball".

Dalam pada itu, peserta lelaki iaitu Muhd. Mifzal Airil dan Azwar Safwan hanya berada di kedudukan ke-9. Gandingan mereka berdua dilihat tidak menyerlah namun permainan mereka sangat baik. Bagi kebanyakan kategori, ramai peserta yang bermain secara "hook" dan rata-ratanya telah mempunyai "coach" masing-masing berbanding peserta SKBI.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!

Keputusan Acara Beregu

A. Lelaki - Ke-9
B. Perempuan - Ke-3




Monday, April 10, 2017

Keputusan : INDIVIDU

Dalam acara individu, Skuad Boling Tenpin hari ini hanya menghadiahkan satu pingat gangsa melalui Nuraisyah Sarah. Dengan menduduki tempat ke-3, Nuraisyah turut menerima sijil pencapaian bersama 7 lagi peserta yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-8. Syabas diucapkan.



Keputusan Acara Individu

Kategori (L)
1. Muhd. Mifzal Airil - Ke-9
2. Azwar Safwan - Ke-10

Kategori (P)
1. Nuraisyah Sarah - Ke-3
2. Auni Sufi - Ke-11