Jom Klik ! Tengok Aper Jadi ?

Thursday, May 9, 2013

YES-BOS : Versi 5 & 6

Untuk dua hari berturut-berturut, para peserta program YES dan BOS telah menghadiri sesi latihan pada hari ini dan semalam bertempat di Pusat Boling Megalanes, Perai. Mereka semuanya seramai 20 orang telah bermain agak baik terutamanya peserta YES yang menggunakan teknik balingan "hook".

Dalam pada itu, para peserta BOS pula telah bergaya "sakan" apabila buat pertama kalinya pada versi semalam bermain dengan mengenakan t-shirt rasmi BOS yang berwarna biru oren. Mereka kesemuanya bermain secara teknik "straight ball".

Suasana pusat boling pada hari ini dan semalam agak sesak kerana sesi latihan para pemain negeri seramai 24 orang yang akan bertandang ke Johor pada bulan Jun nanti dalam acara MSSM peringkat kebangsaan turut dijalankan.

Monday, April 29, 2013

YES 4



Latihan YES 4 berjalan lancar pada hari ini. Bertempat di Pusat Boling Megalanes, para peserta YES termasuk BOS memulakan balingan latihan selama 2 jam yang bermula tepat 4.00 petang. Latihan yang diadakan pada hari ini sebenarnya diawalkan sehari bagi memberi laluan kepada latihan boling edisi ke-10.

Kedudukan pada hari ini telah berubah. Pihak penganjur telah menetapkan untuk menyamaratakan kedudukan (ranking) tanpa sekatan antara jantina. Berikut adalah keputusannya :

1. Syaza Safiah bt. Mohd. Yusof
2. Naazhim b. Roslan
3. Muhammad Hariz b. Tajola’aurus
4. Mior Muhammad Idham b. Mior Darul Ridzuan
5. Auna Najihah bt. Muhamad Zahir
6. Muhammad Khairil Hakimie b. Shazril Khairy
7. Auni Sufi bt. Zamzuri
8. Muhammad Ammar b. Fauzi
9. Nor Haneey Damia bt. Noor Azman
10. Muhammad Ammar Mukhlis b. Zamzuri
11. Syahmi Azfar b. AnishamWan
12. Ahmad Qayyim b. Wan Yazman