Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 9, 2013

YES-BOS : Versi 5 & 6

Untuk dua hari berturut-berturut, para peserta program YES dan BOS telah menghadiri sesi latihan pada hari ini dan semalam bertempat di Pusat Boling Megalanes, Perai. Mereka semuanya seramai 20 orang telah bermain agak baik terutamanya peserta YES yang menggunakan teknik balingan "hook".

Dalam pada itu, para peserta BOS pula telah bergaya "sakan" apabila buat pertama kalinya pada versi semalam bermain dengan mengenakan t-shirt rasmi BOS yang berwarna biru oren. Mereka kesemuanya bermain secara teknik "straight ball".

Suasana pusat boling pada hari ini dan semalam agak sesak kerana sesi latihan para pemain negeri seramai 24 orang yang akan bertandang ke Johor pada bulan Jun nanti dalam acara MSSM peringkat kebangsaan turut dijalankan.