Tuesday, January 28, 2014

Pencarian Bakat Boling 2014 : Tahun 6

Bertempat di Arena Boling Megalanes, seramai 38 murid SKBI menyertai edisi akhir Program Pencarian Bakat Boling 2014 untuk tahun 6. Tepat jam 3.50 petang permainan dimulakan dengan kesemua peserta bermain secara single lane. Rata-rata murid yang hadir adalah di kalangan tahun 6 walaupun ada di antaranya peserta tahun 3,4 dan 5.

Program yang dijalankan pada hari ini berjalan lancar. Para pemain kesemuanya dapat bermain sekurang-kurangnya 3 games seorang.

Sebagai makluman, Program Pencarian Bakat Boling 2014 yang dijalankan sebanyak 3 edisi ini adalah untuk mencari bakat baru di kalangan murid yang boleh bermain sebagai pelapis untuk masa hadapan. Sebaik program ini selesai, edisi-edisi latihan yang akan datang hanya dibuka untuk ahli Kelab Boling sahaja di samping para peserta jemputan yang akan beraksi dalam siri-siri program SBT iaitu YES'3.

Wednesday, January 15, 2014

Pencarian Bakat Boling 2014 : Tahun 5

Pencarian Bakat Boling 2014 diteruskan lagi pada hari ini dengan pemilihan murid pusingan kedua. Pada kali ini seramai 33 murid SKBI yang majoritinya tahun 5 telah hadir untuk sesi ujibakat. Bertempat di Megalanes Perai, latihan yang bermula pada jam 3.30 petang telah berlangsung dengan jayanya.

Pada pusingan kedua ini, 3 orang murid tahun 5 telah terpilih untuk menyertai program selanjutnya di bawah projek boling SBT. Bagi melengkapkan jumlah 8 murid tahun 4 dan tahun 5 projek itu, sasaran untuk memenuhi kuota 8 orang itu masih berbaki lagi 2. Untuk itu, pemilihan untuk kali ke-3 nanti, diharapkan lebih ramai murid tahun 5 dan tahun 4 tampil untuk sesi seterusnya.

Pada pemilihan peringkat pertama dahulu, hanya 3 orang murid tahun 4 telah dikenalpasti. Namun, nama-nama murid tersebut masih belum dapat diumumkan.

A. KUTIPAN MATA (LELAKI) - Berdasarkan 2 games terbaik

B. KUTIPAN MATA (PEREMPUAN) - Berdasarkan 2 games terbaik




Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435


Kelab Boling mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW" kepada seluruh warga SKBI khasnya dan umat Islam amnya.

Semoga hari yang berbahagia ini, kita akan dirahmati dengan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Sunday, January 12, 2014

TALENT ID SELECTION 2014

Beberapa orang murid SKBI hari ini telah menyertai "Talent ID Selection 2014" anjuran Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang. Program yang diadakan secara terbuka itu berlangsung di Megalanes Perai dan disertai oleh murid-murid negeri P. Pinang.

Aktiviti yang diadakan saban tahun itu bertujuan untuk mencari bakat baru dalam sukan boling untuk diserapkan ke dalam skuad negeri. Peserta yang lulus dengan tahap kecekapan yang dikehendaki bakal menerima pakej latihan yang dirancang oleh persatuan.

Dua murid SKBI telah berjaya terpilih dan dikehendaki hadir untuk ujian saringan ke-2 pada khamis ini. Mereka ialah Wan Ahmad Qayyim dan Fariszudin. Tahniah diucapkan.

Tuesday, January 7, 2014

Pencarian Bakat Boling 2014 : Tahun 4

Kelab Boling hari ini telah berjaya menganjurkan Latihan Boling Edisi Pertama untuk tahun 2014. Bertempat di Arena Boling Megalanes, Megamall Pinang Perai, seramai 22 orang murid SKBI telah menyertainya. Mereka adalah di kalangan murid-murid tahun 4 yang berani menyahut cabaran untuk beraksi dalam program yang dinamakan Pencarian Bakat Boling 2014.

Program yang dijadikan sebagai pembuka tirai latihan 2014 ini adalah satu usaha untuk mencari bakat baru di kalangan pemain pelapis tahun 4. Mereka yang berjaya akan diserapkan ke dalam sebuah program lanjutan S.B.T. yang bakal diadakan pada bulan Februari nanti. Setakat berita ini ditulis, belum ada lagi nama bagi program berkenaan.

Pemilihan yang dijalankan bukan sekadar melihat kepada skor yang dipungut oleh murid. Dari satu sudut yang lain, kemahiran bermain juga turut diambilkira. Untuk lelaki, Muhammad Ammar Niyaz mendapat skor tertinggi jatuhan pin iaitu sebanyak 95 pin sementara perempuan pula sebanyak 94 pin menerusi Nurul Hazwanie. Kepada yang bakal terpilih, diharapkan dapat memberi komitmen yang baik sepanjang program itu berlangsung.

Sebagai makluman, pada minggu hadapan Pencarian Bakat Boling 2014 diteruskan lagi dengan pemilihan untuk murid tahun 5. Untuk tahun 4, nama-nama murid yang berjaya akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

Berikut adalah keputusan permainan pada hari ini :

A. PESERTA LELAKI

















B. PESERTA PEREMPUAN