Wednesday, April 30, 2014

GERAK GEMPUR MSSPP SIRI KHAS 2014

Tepat jam 4.00 petang telah berlangsung latihan Gerak Gempur MSSPP di Arena Boling Megalanes Perai. Seramai 11 orang murid telah menghadirinya. Siri latihan khas ini merupakan yang terakhir diadakan sebelum para peserta dipilih untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Boling Tenpin MSSPP 2014 yang bakal diadakan pada musim cuti sekolah nanti.

Alhamdulillah, pada hari ini kesemua peserta telah bermain dengan baik. Skor yang dicatat amat memberangsangkan terutama rekod baru yang dicipta oleh Muhd. Ammar Fauzi sebanyak 161 jatuhan pin. Untuk siri kali ini, Muhd. Ammar Mukhlis tidak juga hadir kerana telah mewakili SKBI ke Kejohanan Memanah SBT Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di K. Lumpur.

Berikut adalah catatan skor yang dipungut pada hari ini :

Monday, April 21, 2014

LATIHAN BOLING : EDISI 8

Permainan boling hari ini berjalan lancar sebaik skuad SKBI tiba di Pusat Boling Megalanes. Hari ini merupakan hari terakhir latihan mesra bersama guru pelatih IPTB iaitu cikgu Faiz dan cikgu Afif. Mereka adalah guru praktikum yang telah bermukim di SKBI selama 3 bulan. Banyak sumbangan dan jasa mereka terhadap sekolah. Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada Kelab Boling.

Turut hadir pada hari ini ialah jurulatih En. Rasyiddin dan En. Aswad. Rata-rata para atlit dapat bermain sebanyak 2 hingga 3 permainan seorang. Tepat jam 6.oo petang, skuad SKBI bertolak pulang ke sekolah.



Wednesday, April 16, 2014

GERAK GEMPUR MSSPP : Siri 2

Gerak Gempur MSSPP Siri Kedua pada hari ini berlangsung tepat jam 3.45 petang. Bertempat di Arena Boling Megalanes seramai 8 orang murid telah hadir untuk sesi latihan kali ini. Rata-rata pemain dapat menghabiskan sekurang-kurangnya 5 permainan seorang.

Skor yang dipungut untuk hari ini secara keseluruhannya tidaklah memberangsangkan. Namun begitu, terdapat juga pemain yang mencatat skor di atas paras 140 ke atas untuk satu permainan.

Pemilihan pemain MSSPP yang dijadualkan sebaik selesai latihan pada kali ini tidak dapat diadakan memandangkan terdapat dua orang lagi pemain yang tidak hadir. Penentuan akan dilakukan pada Isnin nanti semasa latihan boling bersama kelab. Semua pemain Gerak Gempur MSSPP diwajibkan hadir.

Keputusan hari ini adalah seperti berikut :


Monday, April 7, 2014

TAHNIAH SKBI UTK BAI'AH KALI KE-4 !

Pihak Kelab Boling menerusi barisan guru penasihat, panel jurulatih dan semua ahli ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Guru Besar SKBI, Hjh. Halimatun Sa'adiah bt. Said di atas Pengiktirafan dan Penganugerahan Bai'ah (New Deals) untuk kali ke-4 bagi sesi persekolahan 2013. Semoga pemberian ini dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja dalam membangunkan sekolah dan mendidik anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. TAHNIAH cikgu!

Latihan Boling : Edisi 7

Latihan Boling Edisi Ke-7 hari ini berjalan dengan lancar di Megalanes Perai. Seramai 44 murid dari kalangan ahli dan bukan ahli telahpun menghadirinya. Permainan pada hari ini dapat dimulakan awal dan murid-murid, rata-ratanya  dapat bermain sebanyak 3 permainan atau lebih.





Thursday, April 3, 2014

GERAK GEMPUR MSSPP : Siri 1

Kelab Boling SKBI hari ini telah menganjurkan program latihan bersepadu boling bertempat di Arena Boling Megalanes Perai. Program yang dijalankan di bawah peruntukan unit kokurikulum sekolah ini bertujuan untuk melatih beberapa orang atlit yang berkebolehan untuk dipilih bermain dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri pada Mei nanti. Seramai 10 orang murid dari kalangan mereka yang boleh bermain telahpun menunjukkan skil masing-masing.

Program ini dirancang sebanyak 2 kali dan pemain yang terpilih untuk ke MSSPP nanti hanyalah seramai 8 orang. Pemilihan hanya akan dilakukan setelah selesai sesi kedua nanti yang bakal diadakan pada 15 April 2014 depan.