Saturday, August 31, 2013

Thursday, August 29, 2013

YES Versi 14 & Akhir

Latihan YES (Young Potential Bowlers) SKBI 2013 secara rasminya telah tamat dengan berakhirnya latihan pada hari Selasa yang lalu. Program yang berlangsung selama 15 versi itu telah disertai seramai 20 orang murid dari tahun 2 hingga tahun 5. Sepanjang aktiviti berjalan para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan pemain iaitu pemain yang bermain secara teknik "hook" dan pemain yang bermain secara teknik "straight".

Secara umumnya, kesemua pemain telah mendapat teknik dan skill yang telah diajar. Namun begitu, latihan berterusan juga diperlukan untuk menambahbaik tahap permainan di masa akan datang.

Berikut adalah score terbaik yang dicatat oleh setiap pemain untuk 2 hari latihan berlangsung :

A. Peserta YES (Hook)

1. 138 M. Khairil Hakimi 4M
2. 130 M. Ammar 4D
3. 116 Ammar Mukhlis 3M
4. 109 Auni Sufi 2D
5. 98 Nur Haneey Damia 4B
6. 95 Naazhim 4B
7. 94 M. Hariz 4N
8. 88 Mior M. Idham 4M
9. 87 Syaza Safiah 4B
10. 84 Auna Najiha 4B
11. 81 Wan Ahmad Qayyim 4M
12. 54 Syahmi Azfar 4M

B. Peserta BOS (Straight)

1. 132 Nur Syazwani Afifah 5B
2. 123 N. Aliah Izzati 5D
3. 110 M. Annas Ikhsan 4B
4. 109 M. Aiman 5B
5. 108 M. Zulhanif 5B
6. 88 Raimy Daniel 5N
7. 68 Irdina 5M

** Para peserta bergambar kenangan sebelum bertolak ke Megalanes di hari terakhir latihan YES 2013.
** YES'14 : 26/8/2013
** YES'15 : 27/9/2013

Tuesday, August 20, 2013

YES VERSI 12 & 13

PERAI 20 April 20313 Setelah hampir sebulan setengah umat Islam berpuasa dan berhari raya, Kelab Boling SKBI hari ini dan semalam telah menganjurkan Latihan Boling YES Versi Ke-12 dan Versi Ke-13. Bertempat di Arena Boling Megalanes, seramai hampir 18 murid telah menyertainya. Latihan yang diadakan itu lebih kepada aktiviti memanaskan badan ekoran para peserta telah bercuti hampir sebulan setengah lantaran berpuasa dan berhari raya. Sementara itu, terdapat beberapa orang pemain yang tidak dapat mengekalkan skil dan teknik yang telah dipelajari. Namun begitu, ada sebilangan yang lain berjaya mengekalkan momentum tersebut.

Program YES ini hanya berbaki lagi 2 versi dan dijadualkan berakhir pada minggu hadapan.