Thursday, April 20, 2017

ROLL-OFF MSSM 2017

Alhamdulillah.. sejurus selesai Acara Roll-Off lewat pagi tadi, SKBI telah mengesahkan dua pemain bolingnya menempatkan diri ke MSSM. Melalui Muhd. Mifzal Airil dan Auni Sufi, SKBI telah melakar sejarah buat julung kalinya menghantar peserta untuk mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Kedua-dua peserta tersebut telah mendapat tempat pertama setelah berhempas pulas menandingi 4 lagi pemain dalam kategori masing-masing. Muhd. Mifzal Airil mendapat skor keseluruhan 1127 dalam 8 games manakala Auni Sufi pula mendapat skor 962. Dalam pada itu, seorang lagi pemain, Nuraisyah Sarah hanya mendapat tempat ke-3.

Keputusan Roll-Off
1. Muhd. Mifzal Airil - Pertama (1/5)
2. Auni Sufi - Pertama (1/5)
3. Nuraisyah Sarah - Ke-3 (3/5)

Kedudukan Dalam 4 Peserta P. Pinang MSSM
1. Muhd. Mifzal Airil - Rank Ke-3
2. Auni Sufi - Rank Ke-3

Dalam acara Roll-Off ini hanya 2 orang pemain (daripada 5 orang) yang mendapat skor tertinggi akan dipilih untuk ke MSSM. Dua pemain terbaik Roll-Off ini akan bergabung semula dengan dua lagi pemain terbaik terdahulu iaitu Johan dan Naib Johan dalam acara Masters dan All Event yang lalu bagi membentuk team Pulau Pinang dalam setiap kategori masing-masing.

Pihak jurulatih khasnya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua para pemain boling SKBI yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang untuk tahun ini. Anda semua adalah yang terbaik untuk SKBI. Menang atau kalah adalah perkara kedua!

Syabas dan tahniah !











Wednesday, April 19, 2017

Roll-Off - FinalTraining

Hari ini bertempat di Megalanes Bowling, pasukan Boling Tenpin MSSPP SKBI telah menghadiri latihan sebagai persediaan ke MSSM esok. Didoakan agar skuad boling SKBI itu mampu membuat kejutan setelah sekian lama mengidam tempat untuk ke MSSM Insya Allah.








Sunday, April 16, 2017

Roll-Off Training

Team Tenpin Boling SKBI hari ini telah mengadakan latihan intensif sebagai langkah persediaan untuk memasuki acara Roll-Off pada khamis nanti. Latihan yang dijalankan di Pan Bowling, Center Square Sungai Petani ini telah disertai semua peserta iaitu Muhd. Mifzal Airil, Auni Sufi dan Nuraisyah Sarah.

Turut hadir dua guru boling iaitu Muallim Rasyiddin dan Teacher Nurul Hazwani. Diharapkan sesuatu dapat diperolehi nanti pada 20/4/2017 memandangkan inilah kali pertama SKBI menghantar seramai 3 orang ke acara Roll-Off tersebut.

Friday, April 14, 2017

MASTERS MSSPP 2017

Skuad Boling hari ini telah melakar sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam penubuhan sukan boling sejak 12 tahun yang lalu, menempatkan 3 pemainnya ke acara Roll-Off. Melalui gandingan peserta perempuan Auni Sufi dan Nuraisyah Sarah juga pemain lelaki Muhd. Mifzal Airil, SKBI mampu tersenyum untuk melihat mereka beraksi lagi dalam acara tersebut nanti.

Dalam acara Masters, Auni Sufi telah mendapat tempat ke-3 dan Nurasiyah Sarah mendapat tempat ke-4, manakala Muhd. Mifzal Airil pula mendapat tempat ke-6. Untuk layak ke acara Roll-Off, markah peserta dalam acara Masters akan dicampur dengan markah All Event (individu & bergu). Hanya 7 peserta tertinggi sahaja yang layak untuk menyertai Roll-Off. Dalam pada itu, peserta yang mendapat Johan dan Naib Johan terus layak terpilih untuk ke MSSM sementara peserta yang mendapat tempat ke-3, 4, 5, 6 dan ke-7 harus berentap semula untuk merebut dua lagi tempat ke MSSM.

Keputusan Masters
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4
3. Muhd. Mifzal Airil - Ke-6

Keputusan Masters + All Event
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4
3. Muhd. Mifzal Airil - Ke-7

Acara Roll-Off dijadulkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu pada 20/4/2017 (Khamis). Diharapkan para peserta SKBI bersedia dari segi mental dan fizikal. Insha Allah kejayaan akan mengiringi kalian.







Wednesday, April 12, 2017

ALL EVENT

Berikut adalah keputusan All Event :

Kategori Lelaki 12TKB
1. Muhd Mifzal Airil - Ke-8
2. Azwar Safwan - Ke-14

Kategori Perempuan 12TKB
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4

Secara keseluruhan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-8 layak untuk meneruskan permainan ke Acara Masters pada 20/4/2017. Kesemua peserta SKBI layak kecuali Azwar Safwan yang menduduki tangga ke-14. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!

*All Event adalah penentuan untuk sama ada peserta layak untuk bermain dalam acara Masters atau sebaliknya. Dalam peraturan Boling Tenpin MSSPP tahun ini, hanya lapan peserta terbaik sahaja layak untuk menyertainya. Formula pemilihan adalah berdasarkan markah yang dicampur seseorang pemain semasa dia bermain dalam acara individu dan beregu. 

Keputusan : Beregu

Hari ini Skuad Boling Tenpin mengutip satu lagi pingat gangsa menerusi Acara Beregu Perempuan Bawah 12 Tahun. Gandingan Nuraisyah Sarah dan Auni Sufi dilihat agak goyah pada awal permainan namun kembali bersemangat pada pertengahannya. Dengan gangsa yang dimenangi, gandingan peserta perempuan ini dilihat mampu menyanyingi pemain-pemain lain yang lebih berkaliber memandangkan mereka berdua hanya bermain dengan teknik "straight ball".

Dalam pada itu, peserta lelaki iaitu Muhd. Mifzal Airil dan Azwar Safwan hanya berada di kedudukan ke-9. Gandingan mereka berdua dilihat tidak menyerlah namun permainan mereka sangat baik. Bagi kebanyakan kategori, ramai peserta yang bermain secara "hook" dan rata-ratanya telah mempunyai "coach" masing-masing berbanding peserta SKBI.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!

Keputusan Acara Beregu

A. Lelaki - Ke-9
B. Perempuan - Ke-3




Monday, April 10, 2017

Keputusan : INDIVIDU

Dalam acara individu, Skuad Boling Tenpin hari ini hanya menghadiahkan satu pingat gangsa melalui Nuraisyah Sarah. Dengan menduduki tempat ke-3, Nuraisyah turut menerima sijil pencapaian bersama 7 lagi peserta yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-8. Syabas diucapkan.



Keputusan Acara Individu

Kategori (L)
1. Muhd. Mifzal Airil - Ke-9
2. Azwar Safwan - Ke-10

Kategori (P)
1. Nuraisyah Sarah - Ke-3
2. Auni Sufi - Ke-11




MSSPP 2017

Skuad Boling Tenpin SKBI hari ini telah menurunkan empat orang pemainnya untuk beraksi dalam acara individu 12TKB di Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri P. Pinang 2017. Bertempat di Megalanes Perai, skuad ini diringi oleh Muallim Rasyiddin dan Teacher Nurul Hazwani.

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pihak jurulatih  hanya menghantar empat orang pemain sahaja untuk mewakili SKBI. Diharapkan empat pemain ini dapat beraksi dengan baik dan membawa kejayaan serta mengharumkan nama sekolah dalam kesemua acara yang bakal dipertandingkan.

Peserta Lelaki
1. Muhd. Mifzal Airil
2. Azwar Safwan

Peserta Perempuan 
1. Nuraisyah Sarah
2. Auni Sufi

Thursday, April 6, 2017

LATIHAN EDISI 1

Seramai 44 murid SKBI hari ini menjalani latihan boling di Megalanes Pasific. Latihan yang dijadualkan mulanya pada awal Februari terpaksa ditunda beberapa kali bagi memberi laluan kepada aktiviti koko sekolah seperti latihan rumah sukan dan persediaan hari kejohanan sukan.

Latihan yang berlangsung selama hampir 2 jam lebih itu telah disertai ramai para pemain boling dari tahun 5 dan tahun 6. Turut hadir seorang pemain darjah 3. Format latihan hari ini adalah secara cross lane dan semua peserta bermain secara straight ball.

Beberapa murid MSSPP tahun lepas juga hadir seperti Muhd. Mifzal Airil dan Muhd. Izzat. Namun pemain perempuan iaitu Auni Sufi tidak hadir kerana terlibat dengan komitmen program sekolah yang lain di peringkat daerah.