Friday, March 28, 2014

TAHNIAH PULAU PINANG !

Pasukan kontijen boling tenpin negeri Pulau Pinang melakar sejarah hari ini apabila berjaya membawa pulang 4 pingat emas dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2014. Kejohanan kelolaan MSS Kuala Lumpur yang berlangsung di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Mac 2014 itu telah menemukan atlit-atlit bawah 15 tahun dan 18 tahun.

Secara keseluruhannya, pasukan negeri Selangor telah muncul sebagai negeri paling banyak mengumpul pingat iaitu 8 pingat emas dan beberapa pingat perak dan gangsa. Ia diikuti oleh negeri Pulau Pinang di tempat kedua dan negeri Sarawak di tempat ketiga. Penentuan untuk anugerah kontijen terbaik tidak dilakukan lagi kerana acara bawah 12 tahun hanya akan dijalankan pada bulan September depan di Megalanes Perai, Pulau Pinang.


Pulau Pinang mengondol emas dalam acara individu perempuan bawah 18, bergu perempuan bawah 18, all events perempuan bawah 18 dan acara masters perempuan bawah 18. Kesemua emas yang disumbangkan adalah menerusi Anis Shazlin dan gandingan bersama Amirah Auni dalam acara bergu. Untuk pingat gangsa pula menerusi acara all events perempuan bawah 18 oleh Amirah Auni dan acara berpasukan lelaki bawah 18 yang diwakili Muhd. Hazim, Wan Zuhairi, Danish dan Kelvin Tan.

Untuk edisi kali ini, Pulau Pinang juga berjaya membawa pulang anugerah pemain boling terbaik perempuan bawah 18 yang dinobatkan kepada Anis Shazlin kerana berjaya mengumpul 4 pingat emas. Tahniah diucapkan!

*Untuk maklumat lanjut berkaitan keputusan, gambar-gambar kontijen negeri-negeri dan sebagainya, sila layari :
www.mssmbolingtenpin.blogspot.com

Tuesday, March 18, 2014

LATIHAN BOLING : EDISI 6

Walaupun SKBI "sesak" dan padat dengan pelbagai program sepanjang minggu ini antaranya program jaringan dan jalinan dengan pihak luar, lawatan penanda arasan, program "Gosok Gigi" bersama Mukmin, Karnival BSN, peperiksaan Sekolah KAFA dan sebagainya, pihak kelab masih boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa. Meskipun ramai di kalangan ahli-ahli kelab yang tidak dapat hadir kerana komitmen terhadap program tersebut jumlah kekosongan tempat yang berlaku telahpun ditampung beberapa murid yang bukan dari kalangan ahli sebagai individu jemputan.

Hasilnya, seramai 31 orang telah menyertai latihan boling pada kali ini dengan diiringi 5 orang guru iaitu En. Rasyiddin, En. Aswad, En. Afif, Pn. Zuraini dan En. Izham. Alhamdulillah, aktiviti yang diadakan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Berikut adalah keputusan skor pada kali ini berdasarkan rekod untuk 2 games yang terbaik :



Tuesday, March 4, 2014