Thursday, April 20, 2017

ROLL-OFF MSSM 2017

Alhamdulillah.. sejurus selesai Acara Roll-Off lewat pagi tadi, SKBI telah mengesahkan dua pemain bolingnya menempatkan diri ke MSSM. Melalui Muhd. Mifzal Airil dan Auni Sufi, SKBI telah melakar sejarah buat julung kalinya menghantar peserta untuk mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Kedua-dua peserta tersebut telah mendapat tempat pertama setelah berhempas pulas menandingi 4 lagi pemain dalam kategori masing-masing. Muhd. Mifzal Airil mendapat skor keseluruhan 1127 dalam 8 games manakala Auni Sufi pula mendapat skor 962. Dalam pada itu, seorang lagi pemain, Nuraisyah Sarah hanya mendapat tempat ke-3.

Keputusan Roll-Off
1. Muhd. Mifzal Airil - Pertama (1/5)
2. Auni Sufi - Pertama (1/5)
3. Nuraisyah Sarah - Ke-3 (3/5)

Kedudukan Dalam 4 Peserta P. Pinang MSSM
1. Muhd. Mifzal Airil - Rank Ke-3
2. Auni Sufi - Rank Ke-3

Dalam acara Roll-Off ini hanya 2 orang pemain (daripada 5 orang) yang mendapat skor tertinggi akan dipilih untuk ke MSSM. Dua pemain terbaik Roll-Off ini akan bergabung semula dengan dua lagi pemain terbaik terdahulu iaitu Johan dan Naib Johan dalam acara Masters dan All Event yang lalu bagi membentuk team Pulau Pinang dalam setiap kategori masing-masing.

Pihak jurulatih khasnya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua para pemain boling SKBI yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang untuk tahun ini. Anda semua adalah yang terbaik untuk SKBI. Menang atau kalah adalah perkara kedua!

Syabas dan tahniah !











Wednesday, April 19, 2017

Roll-Off - FinalTraining

Hari ini bertempat di Megalanes Bowling, pasukan Boling Tenpin MSSPP SKBI telah menghadiri latihan sebagai persediaan ke MSSM esok. Didoakan agar skuad boling SKBI itu mampu membuat kejutan setelah sekian lama mengidam tempat untuk ke MSSM Insya Allah.








Sunday, April 16, 2017

Roll-Off Training

Team Tenpin Boling SKBI hari ini telah mengadakan latihan intensif sebagai langkah persediaan untuk memasuki acara Roll-Off pada khamis nanti. Latihan yang dijalankan di Pan Bowling, Center Square Sungai Petani ini telah disertai semua peserta iaitu Muhd. Mifzal Airil, Auni Sufi dan Nuraisyah Sarah.

Turut hadir dua guru boling iaitu Muallim Rasyiddin dan Teacher Nurul Hazwani. Diharapkan sesuatu dapat diperolehi nanti pada 20/4/2017 memandangkan inilah kali pertama SKBI menghantar seramai 3 orang ke acara Roll-Off tersebut.

Friday, April 14, 2017

MASTERS MSSPP 2017

Skuad Boling hari ini telah melakar sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam penubuhan sukan boling sejak 12 tahun yang lalu, menempatkan 3 pemainnya ke acara Roll-Off. Melalui gandingan peserta perempuan Auni Sufi dan Nuraisyah Sarah juga pemain lelaki Muhd. Mifzal Airil, SKBI mampu tersenyum untuk melihat mereka beraksi lagi dalam acara tersebut nanti.

Dalam acara Masters, Auni Sufi telah mendapat tempat ke-3 dan Nurasiyah Sarah mendapat tempat ke-4, manakala Muhd. Mifzal Airil pula mendapat tempat ke-6. Untuk layak ke acara Roll-Off, markah peserta dalam acara Masters akan dicampur dengan markah All Event (individu & bergu). Hanya 7 peserta tertinggi sahaja yang layak untuk menyertai Roll-Off. Dalam pada itu, peserta yang mendapat Johan dan Naib Johan terus layak terpilih untuk ke MSSM sementara peserta yang mendapat tempat ke-3, 4, 5, 6 dan ke-7 harus berentap semula untuk merebut dua lagi tempat ke MSSM.

Keputusan Masters
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4
3. Muhd. Mifzal Airil - Ke-6

Keputusan Masters + All Event
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4
3. Muhd. Mifzal Airil - Ke-7

Acara Roll-Off dijadulkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu pada 20/4/2017 (Khamis). Diharapkan para peserta SKBI bersedia dari segi mental dan fizikal. Insha Allah kejayaan akan mengiringi kalian.







Wednesday, April 12, 2017

ALL EVENT

Berikut adalah keputusan All Event :

Kategori Lelaki 12TKB
1. Muhd Mifzal Airil - Ke-8
2. Azwar Safwan - Ke-14

Kategori Perempuan 12TKB
1. Auni Sufi - Ke-3
2. Nuraisyah Sarah - Ke-4

Secara keseluruhan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-8 layak untuk meneruskan permainan ke Acara Masters pada 20/4/2017. Kesemua peserta SKBI layak kecuali Azwar Safwan yang menduduki tangga ke-14. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!

*All Event adalah penentuan untuk sama ada peserta layak untuk bermain dalam acara Masters atau sebaliknya. Dalam peraturan Boling Tenpin MSSPP tahun ini, hanya lapan peserta terbaik sahaja layak untuk menyertainya. Formula pemilihan adalah berdasarkan markah yang dicampur seseorang pemain semasa dia bermain dalam acara individu dan beregu. 

Keputusan : Beregu

Hari ini Skuad Boling Tenpin mengutip satu lagi pingat gangsa menerusi Acara Beregu Perempuan Bawah 12 Tahun. Gandingan Nuraisyah Sarah dan Auni Sufi dilihat agak goyah pada awal permainan namun kembali bersemangat pada pertengahannya. Dengan gangsa yang dimenangi, gandingan peserta perempuan ini dilihat mampu menyanyingi pemain-pemain lain yang lebih berkaliber memandangkan mereka berdua hanya bermain dengan teknik "straight ball".

Dalam pada itu, peserta lelaki iaitu Muhd. Mifzal Airil dan Azwar Safwan hanya berada di kedudukan ke-9. Gandingan mereka berdua dilihat tidak menyerlah namun permainan mereka sangat baik. Bagi kebanyakan kategori, ramai peserta yang bermain secara "hook" dan rata-ratanya telah mempunyai "coach" masing-masing berbanding peserta SKBI.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!

Keputusan Acara Beregu

A. Lelaki - Ke-9
B. Perempuan - Ke-3




Monday, April 10, 2017

Keputusan : INDIVIDU

Dalam acara individu, Skuad Boling Tenpin hari ini hanya menghadiahkan satu pingat gangsa melalui Nuraisyah Sarah. Dengan menduduki tempat ke-3, Nuraisyah turut menerima sijil pencapaian bersama 7 lagi peserta yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-8. Syabas diucapkan.



Keputusan Acara Individu

Kategori (L)
1. Muhd. Mifzal Airil - Ke-9
2. Azwar Safwan - Ke-10

Kategori (P)
1. Nuraisyah Sarah - Ke-3
2. Auni Sufi - Ke-11




MSSPP 2017

Skuad Boling Tenpin SKBI hari ini telah menurunkan empat orang pemainnya untuk beraksi dalam acara individu 12TKB di Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri P. Pinang 2017. Bertempat di Megalanes Perai, skuad ini diringi oleh Muallim Rasyiddin dan Teacher Nurul Hazwani.

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pihak jurulatih  hanya menghantar empat orang pemain sahaja untuk mewakili SKBI. Diharapkan empat pemain ini dapat beraksi dengan baik dan membawa kejayaan serta mengharumkan nama sekolah dalam kesemua acara yang bakal dipertandingkan.

Peserta Lelaki
1. Muhd. Mifzal Airil
2. Azwar Safwan

Peserta Perempuan 
1. Nuraisyah Sarah
2. Auni Sufi

Thursday, April 6, 2017

LATIHAN EDISI 1

Seramai 44 murid SKBI hari ini menjalani latihan boling di Megalanes Pasific. Latihan yang dijadualkan mulanya pada awal Februari terpaksa ditunda beberapa kali bagi memberi laluan kepada aktiviti koko sekolah seperti latihan rumah sukan dan persediaan hari kejohanan sukan.

Latihan yang berlangsung selama hampir 2 jam lebih itu telah disertai ramai para pemain boling dari tahun 5 dan tahun 6. Turut hadir seorang pemain darjah 3. Format latihan hari ini adalah secara cross lane dan semua peserta bermain secara straight ball.

Beberapa murid MSSPP tahun lepas juga hadir seperti Muhd. Mifzal Airil dan Muhd. Izzat. Namun pemain perempuan iaitu Auni Sufi tidak hadir kerana terlibat dengan komitmen program sekolah yang lain di peringkat daerah.

Wednesday, March 15, 2017

Teknik "SPIN" (2)

Teknik Spin kebiasaannya menggunakan bola boling yang agak ringan (10lb – 12lb) dan menggunakan drilling yang biasa (standard) dengan kesemua tiga-tiga jari masuk hampir keseluruhan. Pastikan lubang tidak terlalu ketat atau longgar buat anda bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan “tape“ (pembalut khas) jika perlu untuk melindungi jari anda. Jangan “grip” bola dengan kuat dan paksa bola spin dengan laju atau kuat bila melakukan “spin“.

Kunci dalam teknik ini adalah bagaimana bola anda bertindak terhadap pin (pin reaction) dan bukannya berapa kuat atau lajunya spin anda itu. Bermain di lane yang berbeza dan menggunakan pin yang berbeza akan memberikan pin reaction yang berbeza. Oleh itu, spinner perlu bijak membuat adjustment (perubahan pada cara lontaran atau sudut kemasukkan bola ke pocket). Menukar bola boling kepada yang lebih berat atau ringan atau permukaan bola yang berbeza juga antara cara yang sering digunakan oleh spinner bila kesukaran untuk mendapatkan “strike“.

Namun untuk mereka yang baru mula belajar menggunakan teknik spin ini, cuba berikan tumpuan pada mendapatkan spin yang terbaik. Lekatkan penanda (sticker) pada bola dan cuba pelbagai teknik spin yang sesuai dan lihat bagaimana ia bertindak pada pin. Minta bantuan pakar (pemain boling yang berpengetahuan) di pusat boling anda bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Pastikan juga lontaran anda konsisten pada sasaran dan timing anda sempurna.

Friday, March 10, 2017

Teknik "SPIN" (1)

Di kalangan rakyat Asia, teknik spin ini agak popular. Selain dari kosnya yang lebih murah dari segi peralatan dan mudah dikuasai, bermain boling teknik spin sesuai digunakan di pusat-pusat boling Asia yang rata-rata tidak menjaga lane dengan sempurna (sekadar pandangan sesetengah orang). Oleh itu, menggunakan teknik hook menjadi susah, lantaran lane yang tidak terjaga menyebabkan hook yang dibuat kurang menjadi (tiada grip pada lane) atau sering tersasar.

Teknik spin agak mudah dikawal kerana pergerakan bola yang agak lurus. Bola melalui beberapa “board“ (papan) sahaja sebelum sampai ke pocket tengah dan memberikan peluang yang lebih untuk pemain boling melontar ke sasaran mereka.

Namun, untuk mendapat “strike” yang konsisten bagi spin agak sukar berbanding “hook” kerana pergerakkan tangan yang lebih dilakukan untuk mendapatkan spin ini. Dalam kondisi lane yang baik dan berminyak, peluang “spinner” untuk menewaskan pemain hook agak sukar. Akan tetapi di peringkat Asia, ramai spinner (terutama dari Taiwan dan Singapura) yang mampu memberikan saingan dengan teknik spin yang amat baik sekali.


Teknik Spin

- Bola dilepaskan dari semua jari dengan serentak (dalam teknik hook, ibu jari anda akan keluar dulu).
- Kedudukan ibu jari adalah di bawah masa dilepaskan (6 o’clock) dan dua jari lagi di atas (12 o’clock).
- Spin dihasilkan menerusi pergerakan pergelangan tangan (wrist) yang dibuat sejurus sebelum bola dilepaskan.
- Follow through dilakukan selepas bola dilepaskan dengan semua jari ke atas menunjukkan ke arah sasaran.
- Tangan berada di hadapan badan/kaki semasa bola dilepaskan (bersebelahan badan/kaki jika hook).
*Paling penting : saat pelepasan bola.




Kredit untuk : https://dululainsekaranglain.com

Thursday, February 23, 2017

Apa Yang Anda Perlu Buat Ketika Berboling?


1. Menjerit kerana gembira atau sekadar untuk memberi peransang kepada rakan anda yang telah berjaya menjatuhkan keseluruhan pin (strike) ataupun hanya "spare" adalah dibenarkan. Namun perlu diingatkan supaya perbuatan itu dilakukan dengan penuh adab dan tatasusila iaitu cukup untuk didengar orang di tepi atau di belakang kita. Jangan pula anda menjerit hingga boleh menganggu konsentrasi pemain lain atau bak kata orang "bagai nak rak dibuatnya".

2. Memakai kasut boling semasa berada di atas lanes adalah dimestikan sama ada kepunyaan sendiri ataupun disewa di pusat boling. Pemakaian kasut selain dari kasut boling hanya akan merosakkan board. 

3. Hendaklah duduk ataupun berdiri bagi mereka yang bermain di belakang mesin pulang bola bila orang sebelah bersedia untuk membuat balingan. Jangan berada di sebelahnya kerana ia boleh menghadkan pandangannya atau merosakkan "mood" dia untuk membuat balingan.

4. Sebaiknya dahulukan pemain yang berada di lorong kiri membuat balingan awal. Ini kerana kadang-kadang terdapat di kalangan "bowlers" yang tersasar badannya ke bahagian kanan apabila selesai membuat balingan. Oleh itu, eloklah dibiarkan dia membuat balingan dahulu agar tidak bertembung.

5. Jangan bermain secara "slow bowling" iaitu melengah-lengahkan permainan atau sengaja melepak atau duduk-duduk santai di hadapan lane. Ia boleh menganggu orang sebelah bermain.

6. Jangan melakukan perbuatan seperti memekik atau mengata orang tak tentu pasal. Bermain boling adalah bertujuan untuk beriadah dan melepaskan tekanan ketika bekerja ataupun untuk bergembira bukannya untuk menambahkan rasa marah dalam diri.

7. Simpan semula bola boling yang anda pakai khasnya bagi pemain yang menggunakan "house ball". Tak rugi pun kita berbuat demikian sekalipun kita telah bayar untuk permainan itu. Selain memudahkan pekerja pusat boling untuk melakukan tugas lain ia boleh mengajar kita tentang disiplin iaitu memulangkan semula barang yang kita gunakan ke tempat asalnya. Mudah kan?

Sunday, January 22, 2017

Bowling adalah Mental Game

Boling adalah satu permainan yang mudah untuk bermain jika anda tahu bagaimana untuk bermain dengan betul. Oleh itu, pembelajaran teknik boling dari orang yang tepat adalah penting jika anda mahu berjaya dalam sukan ini. Seorang pemain baru hendaklah sentiasa untuk mengambil jurulatih yang betul atau mendapatkan nasihat daripada bekas pemain negeri sebagai contoh. Mereka perlu belajar dan mendengar dengan teliti ketika latihan dan bekerja keras untuk memperbaiki mana-mana kelemahan. Sebaik sahaja anda telah menguasai pembelajaran itu, tidak ada cara yang anda tidak boleh berjaya dalam mengutip skor yang baik melainkan tahap permainan anda akan diuji pada fasa utama tentang sukan ini iaitu boling adalah permainan mental!

Seperti mana-mana sukan lain, memperoleh pengetahuan adalah sebahagian asas yang anda tidak boleh abaikan. Jika anda mahu menjadi bowler yang baik, anda hanya perlu tahu asas seperti bagaimana untuk membuat balingan bola dengan betul, bagaimana untuk mendapatkan hak masa dan sebagainya. Sebaik sahaja anda telah melakukan itu, yakinlah bahawa anda boleh bersaing dengan yang terbaik.

Tetapi untuk mengalahkan yang terbaik, anda mesti berupaya untuk mengawal diri anda terlebih dahulu. Anda mesti berupaya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dan mengulangi dengan sempurna apa yang baik yang telah anda lakukan pada lontaran anda sebelumnya. Ingat! boling adalah sukan bukan kenalan. Anda tidak boleh menghentikan lawan anda daripada bermain. Anda juga tidak boleh menangani mereka seperti dalam bola sepak atau anda tidak boleh menggunakan pendekatan taktikal seperti dalam badminton untuk memaksa mereka membuat kesilapan. Malah, anda tidak boleh berbuat apa-apa jika lawan anda bermain dengan baik atau mogok selepas membuat lontaran. Anda tentu boleh menonton dan menikmati persembahan dan cuba untuk memadankan atau memintas skor mereka. Untuk berbuat demikian, anda haruslah memenangi mental mereka.

Oleh itu, pemain perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Keadaan fizikal sendiri boleh menjejaskan permainan mental anda dan ia harus ditangani segera. Dalam pada itu, anda tidak perlu sangat untuk berfikir tentang sakit belakang anda atau ibu jari yang sedikit luka, bukan? kerana yang perlu hanyalah untuk mendapatkan segala-galanya dalam permainan daripada menumpukan perhatian kepada sakit anda. Namun, jika anda benar-benar sakit atau tidak sihat, adalah elok untuk anda berehat beberapa ketika bagi memulihkan tahap kondisi anda pada masa akan datang.

"Miss" dalam menjatuhkan pin atau pin yang tertinggal dalam balingan kedua yang menyebabkan tidak "spare" juga boleh menjadi penyebab kepada perubahan daya mental dan fizikal. Masalah yang sama juga boleh berlaku sekiranya anda tersalah masa pergerakan anda atau apabila anda terlebih kuasa dalam lontaran anda. Jadi, menumpukan perhatian adalah faktor penting dalam mengawal emosi!

Salah satu aspek utama dalam permainan mental adalah untuk menjadi yakin pada diri sendiri dan lontaran anda. Anda perlu mempunyai sedikit keangkuhan dalam permainan anda, tetapi tidak terlalu banyak yang membolehkan diri anda untuk leka. Anda tidak boleh berfikir tentang hilang sasaran anda atau tidak pasti mengenai sudut yang anda pilih. Anda mesti yakin bahawa anda melakukan perkara yang betul dan membiarkan bola meninggalkan jari anda secara semula jadi.

Dalam boling tenpin, anda mestilah bijak dalam melakukan matematik sebelum anda melangkah ke lorong. Dapatkan semua pengiraan anda dengan betul dan memilih bola yang anda fikir sesuai untuk keadaan lorong. Bayangkan rutin dalam fikiran anda dan kemudian menyediakan diri anda untuk membaling bola.

Sebaik sahaja anda berada di lorong, anda mesti sudah menjadi pasti apa yang harus dilakukan dan melaksanakannya seperti yang dirancang. Jangan sesekali mempunyai pemikiran kedua apabila anda sudah di atas lorong. Jangan juga sesekali cuba untuk mengawal kelajuan atau putaran bola tetapi biarkan ia meninggalkan jari anda dengan lancar. Jika anda boleh berbuat demikian, yakinlah bahawa anda tidak akan terlepas sasaran. Malah, seseorang bowler adalah akan hampir mustahil untuk terlepas sasaran apabila dia telah berada dalam zon itu.

Sebagai contoh, pemain hebat seperti Walter Ray Jr dan Norm Duke mempunyai kebolehan mental yang luar biasa. Fokus mereka dalam memberikan tumpuan kepada sasaran adalah benar-benar cemerlang. Dunia pernah melihat Walter Ray membuang 24 lontaran yang sama berturut-turut mengakibatkan satu permainan sempurna dan permainan 260+. Ia bukan tentang skor yang menarik tetapi pelaksanaan dan penumpuan mereka yang kita kongsikan. Lelaki itu adalah sama seperti mesin photostat yang baik yang mampu menyimpan dan menghasilkan semula salinan sempurna yang sama dengan lontaran yang baik sebelumnya. Tidak salah jika dikatakan mereka adalah apa yang memisahkan yang terbaik dari yang lain.



Thursday, January 19, 2017

Cara Kira Skor


Untuk setiap STRIKE, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk dua balingan seterusnya.

Contoh:

Frame 1 – 10 (Strike) markah = 10 + ? + ?
Frame 2 (1) – 8
Frame 2 (2) – 1 

SKOR = 8 + 1 = 9

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 + frame 2 (1) dan (2) adalah 9 = 19

Untuk setiap SPARE, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk satu balingan (sahaja) seterusnya.



Contoh:

Frame 1 (1) – 8
Frame 1 (2)  – 2 (Spare) markah = 10 + ?
Frame 2 (1) – 7
Frame 2 (2) – 2 

SKOR = 7 + 2 = 9

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 + frame 2 (1) adalah 7 = 17

Pada papan mata, strike akan digantikan dengan huruf X dan spare dengan lambang /

Contoh pengiraan markah








Frame 1: 9 + 1 + 10 = 20
Frame 2: 10 + 8 + 2 = 20
Frame 3: 8 + 2 + 7 = 17
Frame 4: 7 + 1 = 8
Frame 5: 10 + 10 + 7 = 27
Frame 6: 10 + 7 + 3 = 20
Frame 7: 7 + 3 + 10 = 20
Frame 8: 10 + 10 + 10 = 30
Frame 9: 10 + 10 + 9 = 29
Frame 10:10 + 9 + 1 = 20
Jumlah markah = 211