Wednesday, May 21, 2014

MSSPP Hari Ke-2 : Layak Untuk Masters

Pasangan Nur Aliah Izzati dan Syaza Safiah hari ini telah mendapat tempat ke-3 dalam acara bergu di Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014. Memulakan hayunan pertama dengan baik gandingan tersebut telah memungut skor sebanyak 952 mata dalam acara yang disertai 24 bergu dari sekolah-sekolah lain. Pasangan regu Nor Haneey Damia dan Nur Alya Shazwani pula hanya mendapat tempat ke-6 dengan jatuhan pin sebanyak 843 mata.

Dalam pada itu, Nur Alya Izzati juga mendapat pingat ke-4 dalam All Event. Dengan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 1029 mata, Nur Alya Izzati layak bermain untuk acara masters yang dijadualkan berlangsung pada esok hari. Dalam acara tersebut hanya 8 peserta terbaik keseluruhan akan berentap untuk layak terpilih sebagai 4 pemain terbaik yang akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan 2014.

Untuk rekod, ini adalah kali ke-3 peserta SKBI layak ke acara Masters sejak 2010. Pada tahun tersebut Nur Najwa Shifaa' bt. Mahamud (6M) mendapat tempat ke-3 namun selepas acara berakhir, dia hanya mendapat tempat ke-5 dan terpaksa melupakan impian untuk menyertai skuad kebangsaan MSSPP P. Pinang. Begitu juga dengan Nur Fatinie Atiera bt Marzizi (6N) pada tahun 2012 (6N). Kedua-dua mereka terkandas dalam acara Masters.




Tuesday, May 20, 2014

MSSPP Hari Pertama : Sekadar 2 Pingat

Pasukan boling perempuan SKBI hari ini telah menyumbang 2 pingat dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri 2014. Menerusi acara individu Nur Aliah Izzati yang mendapat tempat ke-4 dan Syaza Safiah yang mendapat tempat ke-8 telah muncul sebagai pemain yang membawa pulang pingat untuk sekolah dalam acara yang disertai oleh 49 orang murid perempuan bawah 12 tahun.

Dalam pada itu, pemain lelaki yang diharapkan dapat menyumbang beberapa pingat tidak membawa pulang apa-apa meskipun semasa latihan yang dijalankan selama ini, corak permainan mereka lebih baik berbanding pemain perempuan. Rata-rata pemain lelaki tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam pertandingan kali ini. Untuk perbandingan kesemua skor yang dipungut oleh pemain perempuan jauh mengatasi skor yang dipungut pemain lelaki.

Diharapkan pada esok hari, pemain lelaki dapat membawa pulang pingat dalam acara bergu.



Sunday, May 18, 2014

Makluman : Kejohanan Boling Tenpin MSSPP & SBT

Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri 2014

A. Nama peserta 
1. Muhd. Khairil Hakimie bin Shazriel Khairy
2. Muhd. Ammar bin Mohd Fauzi
3. Naazhim bin Roslan
4. Muhd. Ammar Mukhlis bin Zamzuri
5. Nur Aliah Izzati bt. Mohamad Hafiz
6. Syaza Safiah bt. Mohd Yusof
7. Nor Haneey Damia bt. Noorazman
8. Nur Alya Shazwani bt. Shazriel Khairy


B. Tarikh dan Tempat
1. Tarikh :
- 20/52014 (Selasa) - Acara Individu (lelaki dan perempuan)
- 21/52014 (Rabu) - Acara Bergu (lelaki dan perempuan)
- 22/52014 (Khamis) - Acara Masters (lelaki dan perempuan)

2. Tempat : Megamal Pinang, Perai.

C. Jadual
1. Masa bertolak  8.00 pagi (bertolak dari SKBI)
2. Masa pulang - 4.00 petang (tertakluk kepada perubahan).

D. Pakaian
1. T-shirt Oren Boling (Lelaki) *Perempuan spt yg dibincangkan bersama.
2. Seluar slack hitam.
3. Peserta perempuan bertudung hitam.

E. Nota
1. Latihan akhir akan diadakan pada Isnin 19/5/2014 bersama ahli Kelab Boling sekolah.
2. Sila bersarapan dahulu di rumah dan bawa bersama air minirel.
3. Barangan peribadi (berharga) adalah tanggungjawab peserta.
4. Semua peserta akan bermain sebanyak 2 acara iaitu individu (hari pertama) dan bergu (hari kedua).
5. Peserta yang mendapat skor tertinggi pada acara individu dan bergu akan berpeluang untuk bermain dalam acara Masters (jika mendapat skor tertinggi lagi layak untuk mewakili P. Pinang ke MSSM Peringkat Kebangsaan).
6. Hanya peserta yang mendapat skor tertinggi bagi acara individu dan bergu sahaja layak untuk hadir pada hari ke-3.
7. Sila pastikan kelengkapan sukan (jika ada) spt. bola, kasut dll. dalam keadaan baik.

Kejohanan Boling Tenpin SBT Peringkat Kebangsaan 2014

A. Nama peserta 
1. Muhd. Khairil Hakimie bin Shazriel Khairy
2. Muhd. Ammar bin Mohd Fauzi
3. Naazhim bin Roslan
4. Muhd. Ammar Mukhlis bin Zamzuri

B. Tarikh dan Tempat
1. Tarikh : 23 hingga 25 Mei 2014
2. Tempat : Batu Pahat, Johor.


C. Jadual
1. 23 Mei 2014 / 8.00 pagi - bertolak dari SKBI dengan bas.
2. 25 Mei 2014 / 4.00 petang - bertolak pulang (tertakluk kepada perubahan).

D. Pakaian
*akan diberitahu kemudian.



Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014


"Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"



Monday, May 5, 2014

Makluman Kejohanan Boling Tenpin SBT

Kejohanan Boling Tenpin Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan 2014 bakal berlangsung di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Bermula pada 23 hingga 25 Mei 2014 nanti, kejohanan yang turut diadakan bersama acara lain seperti pertandingan bola baling, olahraga dan beberapa acara dewan akan bergabung di bawah satu program mega yang dinamakan sebagai Perkampungan Ilmu 2014.

Difahamkan, para peserta SKBI dalam kesemua acara akan bergerak pada pagi 23 Mei 2014 dengan menaiki sebuah bas. Untuk acara boling, SKBI akan menghantar 4 peserta lelaki sahaja tanpa menurunkan peserta perempuan. Mereka kesemuanya adalah pemain boling MSSPP sekolah. Diharapkan skuad boling SKBI akan membawa pulang pingat dalam kejohanan itu nanti.

Thursday, May 1, 2014

Selamat Hari Pekerja


SENARAI PESERTA MSSPP 2014

Senarai nama murid-murid yang akan mewakili SKBI ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2014 :

1. Muhd. Ammar - 5D
2. Muhd. Khairil Hakimi - 5M
3. Naazhim - 5B
4. Muhd. Ammar Mukhlis - 4M

1. Nur Aliah Izzati - 6D
2. Nur Haneey Damia - 5B
3. Syaza Safiah - 5B
4. Nur Alya Shazwani - 4B

*Sila semak pautan di bawah untuk maklumat pertandingan.

SURAT SIARAN KEJOHANAN
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN