Thursday, April 1, 2010

MSSPP - Bergu & Master




Nur Najwa Syifaa' menerima pingat gangsa dan sijil pemenang (all event)





Megalanes (1 April 2010) Pasukan Boling SKBI meneruskan langkah pada hari ini dengan bermain secara bergu. Permainan yang berlangsung selama hampir 2 jam itu bagaimanapun tidak menghadiahkan sebarang pingat kepada mereka. Namun begitu, dalam kiraan mata terkumpul individu bagi acara individu dan bergu (all event), Nur Najwa Syifaa' muncul sebagai satu-satunya peserta SKBI yang mendapat pingat gangsa seterusnya layak untuk bermain dalam kategori Master. Seramai 8 orang peserta terbaik dalam kategori ini dipilih untuk bermain sebanyak lapan games setiap seorang. Bagaimanapun, nasib masih belum menyebelahinya kerana beliau hanya sekadar berpuas hati di tempat yang ke-5.

Mengikut peraturan permainan, 4 peserta Master yang mendapat tempat terbaik akan layak untuk mewakili negeri P. Pinang ke Pertandingan Boling Tenpin MSSM yang bakal berlangsung di Melaka.


No comments:

Post a Comment