Friday, April 2, 2010

MSSPP - Berpasukan


Megalanes (2 April 2010) Pasukan Boling SKBI terus mengorak langkah pada hari ketiga dalam acara berpasukan. Menerusi kategori perempuan bawah 12 tahun, pasukan SKBI berjaya menduduki tempat ke-3 seterusnya membawa pulang pingat gangsa. Mereka diwakili oleh (dari kiri) Wan Nurhusna Khaleeda, Nur Najwa Syifaa', Nurhanini dan Nur Amani Husna. Bagaimanapun bagi kategori lelaki, kemenangan masih belum berpihak kepada mereka.

Pertandingan pada hari ini turut dihadiri oleh PK HEM Pn. Syarifah Khalid dan PK Kokurikulum En. Sohizan b. Bakar yang hadir memberi sokongan moral.














*Johan makan-makan disandang oleh : ......? :)

No comments:

Post a Comment