Thursday, March 1, 2012

Masih Impian, Bukan Kenyataan... Apapun TAHNIAH !!!


Satu-satunya pemain boling SKBI perempuan yang layak ke acara MASTER, Nur Fatini Atiera hanya dapat menahan sebak apabila kecundang dalam acara itu hari ini. Dengan catatan purata 101.16 mata untuk 6 games (607) beliau berada di tempat ke-7 daripada 8 peserta yang bertanding. Dengan rasminya, impian untuk melihat peserta SKBI beraksi bersama 4 pemain terbaik P. Pinang di peringkat kebangsaan hancur berkecai. Sekalung ucapan tahniah dirakamkan kepada beliau walaupun dalam keadaan serba kekurangan, Fatini masih mampu menunjukkan prestasi yang agak baik.

Terlalu banyak kekurangan yang ada jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain. Peserta lain antaranya dilihat memiliki keistimewaan seperti mempunyai bola sendiri, sokongan moral ibubapa dan guru yang hadir pada hari perlawanan, latihan intensif sepanjang minggu sebelum acara dijalankan, semangat juang yang tinggi dan mesra dengan tempat permainan atau dalam erti kata lain telahpun menjalani latihan di tempat yang sama.


Sempat bergambar bersama COACH USA Mr. Dale Niemela

Apapun, kelab boling harus melakukan refleksi di atas apa yang berlaku kerana peluang pada tahun ini dilihat agak cerah berbanding 2010. Sesuatu perlu difikirkan bagi memperbaiki corak latihan pada masa hadapan. Keterlibatan dan kepedulian ibubapa juga perlu diambil kira dalam menentukan ahli yang berkelayakan. Ia penting untuk memastikan impian kita ke peringkat kebangsaan melalui acara MASTER bukanlah impian yang suka-suka tetapi impian yang "alang-alang bermimpi biarlah menjadi kenyataan".

No comments:

Post a Comment