Friday, January 15, 2016

Tips Memilih Bola Yang Betul

Jom kita belajar bagaimana cara memilih bola boling yang betul dan sesuai dengan diri kita.

1. Pilih bola boling yang lubangnya muat dengan jari kita.

2. Pilih berat bola boling yang satu persepuluh berat badan kita. Oleh kerana bola boling beratnya diukur menggunakan ukuran paun, maka kita pun perlu tahu berat kita dalam paun. Contohnya,  berat Sara 200 kilogram = 440 pound, jadi 400 bahagi 10 = 40 pound. Oleh itu, berat bola boling maksimum yang Sara boleh gunakan adalah 40. Tapi macam tak masuk akal pula kan? Mana ada bola boling beratnya 40 pound, maksimum pun 16 pound. Bagaimana pula jika berat anda adalah 35kg ? Congak dan kira sendirilah.... : )

3. Pilih bola yang tidak meregangkan jari-jemari anda yang runcing itu. Ia bermaksud apabila dimasukkan jari, tidaklah kita terpaksa buka selebar-lebarnya tapak tangan. Untuk itu, letakkan tangan lurus ke sisi sambil memegang bola boling dan jika tak terasa tangan meregang, maka ia adalah sesuai untuk anda.

Tujuan utama kita adalah untuk mendapatkan kawalan penuh ke atas bola. Jadi jangan gunakan bola yang kita menderita untuk kawalnya, maksudnya yang kita selesa untuk melontarnya sama ada dari segi beratnya dan juga cara memegangnya.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment