Sunday, November 7, 2010

SEKITAR LAWATAN DI TERENGGANU DAN KELANTAN




Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.00 pagi rombongan Kelab Boling selamat tiba di Masjid Terapung, Teluk Ibai. Suasana pagi ini amat cerah dengan kerdipan jutaan bintang bercahaya di angkasa. Jam 9.00 pagi, kami terus ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man. Terdapat sebanyak 13 rombongan dari seluruh negara pada hari ini dan kami merupakan rombongan paling awal tiba di pusat pelancongan tersebut.



Sebanyak 21 monumen menarik seluruh dunia telah kami lawati. Antaranya Taj Mahal yang terletak di negara India, Masjidil Haram (Mekah), Kubah As-Sakhrah (Palestin), Masjid Biru (Turki) dan lain-lain. Di TTI juga, kami telah menyaksikan 4 tayangan yang kebanyakkan merupakan dokumentari tentang sejarah dan asal usul monumen yang dibina.

Sepanjang hari pertama lawatan di Terengganu ini keadaan cuaca amat baik.

Gambar-gambar lawatan akan diupload sedikit demi sedikit... harap bersabar.. :)
































MENAIKI RIVER CRUISE DI TAMAN TAMADUN ISLAM
















PLANETARIUM KUALA TERENGGANU












Gambar-gambar di Kelantan masih dalam proses utk dikemaskinikan. Harap maklum.

Thursday, November 4, 2010

LATIHAN BOLING : EDISI 19



Khamis 4 Nov 2010 Kelab Boling secara rasminya pada hari ini, telah selesai menjalankan aktiviti terakhirnya iaitu Latihan Boling Edisi Ke-19. Jutaan terima kasih dan penghargaan dirakamkan terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah yang selama ini banyak membantu dan memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi sepanjang latihan diadakan bermula pada bulan Januari hinggalah ke hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga kerja Kelab Boling khususnya guru-guru penasihat yang tidak pernah mengenal erti penat dalam menyelenggara semua aktiviti kelab sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.



Terima kasih juga kepada semua AJK Kelab Boling Tahun 2010 dan ahli-ahlinya yang tidak jemu menyokong serta menyertai latihan demi latihan yang diadakan. Sokongan yang anda berikan amat bermakna. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

Wednesday, November 3, 2010

NOTIS : JADUAL PERJALANAN DAN LAWATAN KE TERENGGANU DAN KELANTAN



Kepada ahli Kelab Boling SKBI yang akan mengikuti lawatan "Kembara Ilmu", waktu bertolak ke negeri Terengganu telah diawalkan sedikit iaitu pada jam 5.00 petang hari Jumaat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pihak urusetia telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini antaranya menghubungi pihak IPK Polis Terengganu dan IPK Polis Kelantan bagi mengetahui keadaan semasa yang berlaku di dua negeri berkenaan pada masa ini. Menurut Inspektor Azman (IPK Kelantan) keadaan di sana masih terkawal dan selamat untuk dikunjungi. Banjir hanya berlaku di beberapa tempat di kawasan kampung dan tidak melibatkan tempat-tempat lawatan yang telah dirancang. Namun begitu lawatan ke Ranjau Panjang terpaksa dibatalkan.

Di Terengganu juga terkawal terutamanya di beberapa tempat seperti Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Kuala Ibai, Planetarium dan lain-lain. Laluan di Jertih yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan juga tidak terjejas walaupun berlaku banjir di daerah Besut yang dilaporkan telahpun mulai surut .

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi Urusetia Lawatan iaitu En. Rasyiddin (012-5635647) ataupun Pn. Nurzaini (016-4782144).

JADUAL PERJALANAN DAN LAWATAN

TARIKH : 5 NOVEMBER 2010 - JUMAAT

4.30 ptg : Berkumpul di SKBI
5.00 ptg : Bertolak ke negeri Terengganu Darul Iman
8.00 mlm : Makan malam

TARIKH : 6 NOVEMBER 2010 - SABTU

4.00 pg : Dijangka tiba di Kuala Terengganu
5.00 pg : Khidmat diri, solat Subuh dan sarapan pagi
9.00 pg : Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal (Lawatan ke 21 monumen menarik seluruh dunia (4 tayangan slide), Menaiki keretapi & river cruise sekitar Pulau Wan Man, Muzium dan Perkampungan Losong (Pusat perusahaan keropok lekor), Pasar Payang, Istana Maziah & Bukit Puteri, Perusahaan Batik / Tembaga, Pantai Batu Burok, Makan tengahari
3.00 ptg : Masjid Terapung, Kuala Ibai (Solat jamak qasar dan makan tengahari), Noor Arfa Batik, Planetarium Terengganu
8.00 mlm Bertolak ke Kota Bharu, Kelantan, Makan malam di Wakaf Che Yeh & check-in penginapan di Norbatik, Pantai Cahaya Bulan

TARIKH : 7 NOVEMBER 2010 - AHAD

7.00 pg : Sarapan pagi dan check-out
9.00 pg : Pasar Besar Siti Khadijah, Pasar Buloh Kubu, Muzium Negeri, Muzium Perang, Muzium Diraja Kota Bharu, Nordin Batik, Makan tengahari, Masjid Muhammadi (Solat jamak qasar)
4.00 ptg : Bertolak pulang ke Pulau Pinang
7.00 mlm : Makan malam
10.00 mlm : Dijangka tiba di SKBI

** Tertakluk kepada pindaan dan perubahan