Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433

Jadikan Nabi Muhammad sebagai sumber ikutan
Oleh : MOHD. AYOP ABD RAZID

ESOK umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, iaitu hari mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun, tujuan Maulidur Rasul bukanlah untuk mengingati keputeranaan baginda semata-mata tetapi perkara paling penting ialah ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW mestilah dizahirkan dalam bentuk mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi yang mulia itu. Nabi Muhammad SAW adalah insan kamil yang memiliki akhlak dan peribadi bersumberkan wahyu.

Pada diri baginda terpancar akhlak terpuji yang menjadi sumber ikutan umat (uswatun hasanah). Sejak kecil lagi baginda telah ditarbiyah (dididik), dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Masyarakat jahiliyah Mekah yang menyembah berhala serta mengamalkan budaya hidup yang tidak berakhlak turut mengurniakan gelaran 'Al-Amin' kepada baginda.

Baginda diutus sebagai Rasul untuk membawa rahmat kepada sekalian alam (rahmatan lil-alamin) seperti maksud firman Allah: "Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya:107). Misinya adalah membina masyarakat rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi' (cahaya ketuhanan).

Baginda juga diutus ke alam ini untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia (makarimu'l akhlaq). Akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai al-Quran sebagaimana kata isterinya, Aisyah r.a. bahawa akhlak Nabi adalah umpama al-Quran yang bergerak (Kana Khuluquhul Quran). Justeru, selaku umat Islam, kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah SAW.



Terdapat banyak sifat dan akhlak mulia Nabi yang boleh dipelajari, dihayati dan diamalkan. Antara sifat-sifat kekuatan diri baginda yang patut dijadikan ikutan ialah tawaduk, pemalu, siddiq, amanah, fatanah, tabah, sabar, syukur, pemaaf, bertakwa, beristiqamah, ikhlas, khusyuk, zuhud, qanaa dan lemah lembut. Nabi juga memiliki al-hikmah (kebijaksanaan) dan Al-Iffah (pengawasan diri).

Nabi juga menjadi contoh ikutan dalam beribadah. Dalam beribadah dan beramal sholeh, baginda mengajar tentang al-ihsan seperti mana maksud hadis baginda: "beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika tidak dapat merasai demikian hadirkan hatimu seolah-olah kamu diperhatikan-Nya". 'Al-ihsan' merangkumi segala bentuk kebaikan yang dibuat oleh manusia semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Antara contoh amalan ibadah Nabi yang perlu diikuti ialah bersolat wajib secara berjemaah di masjid, memperbanyakkan solat sunat di rumah, beristiqamah solat tahajjud, gemar melakukan iktikaf, banyak berpuasa sunat, sentiasa berzikir, berdoa dan bertaubat, kuat berjihad, istiqamah dalam beramal, banyak membaca al-Quran, melazimkan siwak (bersugi), berjanggut, berserban dan berjubah.

Para pendakwah (da'i) patut mencontohi kesabaran yang tinggi serta keteguhan jiwa yang dimiliki baginda ketika menyampaikan risalah Allah kepada manusia. Baginda sentiasa berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang maaruf. Rasulullah suka membalas kejahatan dengan kebaikan. Antara sifat-sifat baginda ketika bergaul dan berhubung dengan masyarakat ialah mengasihi anak-anak yatim, mengasihi kanak-kanak, mengasihi orang miskin dan menghormati orang tua.

Baginda juga sentiasa membimbing dan mengasihi yang muda, berkelakuan baik terhadap haiwan, membalas pemberian orang, sentiasa memberi salam dan menziarahi orang sakit. Rasulullah juga mengajarkan aspek tasamauh atau bertoleransi. Nabi bergaul secara maaruf dengan pelbagai kaum dan penganut agama lain. Rasulullah pernah mengizinkan delegasi Kristian dari Najran yang datang ke Madinah melakukan ibadat mereka di satu sudut Masjid Madinah.

Baginda berpesan kepada para sahabatnya jangan merosakkan hubungan dengan orang bukan Islam kecuali mereka menentang Islam atau merobek maruah umat Islam. Untuk membina masrakat Islam yang kukuh, Rasulullah sangat menekankan aspek ukhwah Islamiah atau persaudaraan Islam tanpa mengira warna kulit atau taraf sosial.

Umat Islam diajar tidak menyakiti saudaranya sama ada melalui tangan atau lidahnya. Orang Muslim juga diharamkan menumpahkan darah saudara Muslimnya serta diharamkan menceroboh harta benda dan kehormatannya.

Nabi juga mengajar umat Islam membantu meringankan kesusahan saudara Muslimnya dan membantu golongan miskin. Nabi menegah umat Islam mendedahkan aib atau keburukan saudara Muslimnya supaya keburukannya ditutup Allah di dunia dan di akhirat kelak.

Nabi Muhammad SAW merupakan pendidik yang cukup unggul dalam membangun peribadi insan. Antara sifat-sifat Rasulullah sebagai pendidik yang boleh dijadikan contoh ialah murabbi, mualim dan muaddib. Nabi menjadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyah serta bersifat sabar dan menggunakan pelbagai kaedah dalam mendidik.

Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga Rasulullah sentiasa bergaul secara maaruf dengan isteri dan ahli keluarganya. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta bersifat berlemah lembut terhadap isteri-isterinya. Baginda tidak pernah memukul dan menghina isteri-isterinya, sebaliknya bersifat sabar dengan kerenah isteri serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan.

Dari segi kepemimpinan, Rasulullah adalah seorang pemimpin agung yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Kepemimpinan baginda sangat menekankan aspek integriti seperti amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur. Baginda memiliki kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan berprinsip tetapi dalam masa yang sama baginda bersifat pemaaf dan pemurah.

Selain itu, baginda sentiasa mengamalkan syura, menegakkan keadilan, mengutamakan umat serta sanggup menanggung kesusahan bersama pengikut. Sebagai pemimpin umat, baginda tidak mengharapkan penghormatan dan pujian melainkan mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Kesimpulan, di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti maksud firman Allah SWT: "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta pula menyebut dan banyak mengingati Allah" (Al Ahzab:21)

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Thursday, February 2, 2012

GGJ Siri 2

Seramai 9 orang murid SKBI telah mengikuti program pencarian juara dalam Gerak Gempur Juara (GGJ) Siri 2. Program yang dijalankan untuk kali ke-2 ini turut dihadiri oleh PK Kokurikulum SKBI, En. Mior Darul Ridzuan b. Kamarun Zaman (berdiri kiri).

Dalam GGJ kali ini peserta didedahkan dengan beberapa teknik balingan dalam permainan sukan boling. Diharap para pemain dapat mengumpul sebanyak mata yang boleh bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi Kejohanan Boling MSSPP yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Pengurus Pasukan En. Aswad Ahmad, seramai 10 orang peserta disaring dalam GGJ 2012 ini, namun hanya 8 orang pemain sahaja yang layak untuk mewakili sekolah ke kejohanan itu nanti. Bagi pemain, mereka hanya berpeluang sekali lagi untuk berlatih dalam GGJ ke-3 yang akan diadakan pada 9 Feb 2012 nanti.

Tuesday, January 31, 2012

Latihan Boling Edisi 2

Bertempat di Megalane Bowling Center, seramai 44 orang murid SKBI menjalani latihan boling yang memasuki edisi ke-2 pada hari ini. Turut sama bersama mereka 10 orang murid GGJ yang berlatih bagi merebut tempat ke Kejohanan Tenpin Boling MSSPP 2012. Dalam latihan pada hari ini, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan seperti yang dinyatakan.

Bagi peserta GGJ yang layak, mereka akan dibawa ke latihan GGJ Ke-2 yang akan diadakan pada hari Khamis nanti.

Saturday, January 21, 2012

Gerak Gempur Juara

Sepanjang Januari dan Februari 2012 ini, Kelab Boling akan menganjurkan Gerak Gempur Juara GGJ'12 yang dijangka diadakan sebaik selesai sesi pemilihan pemain dalam Latihan Boling Edisi 1 dan Ke-2. Program yang telah diperkenalkan sejak musim lalu akan disertai oleh semua peserta Program Pembangunan Boling MSSPP yang lepas. Namun begitu, pihak kelab juga akan mempelawa beberapa orang murid SKBI yang agak berkebolehan dan telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan tahun lalu untuk menyertainya.

Program ini diharap dapat membekalkan atlit berkualiti untuk menghadapi Sukan Tahunan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2012 di Megalanes, Megamal Pinang dan Bowling Center, Kompleks Bukit Jambul selama 5 hari.

** GGJ Pertama akan diadakan serentak dengan Latihan Boling Edisi Ke-2 pada 31 Jan 2012.

Tuesday, January 17, 2012

LATIHAN BOLING : EDISI 1


MEGAMALL PERAI 17 Jan Seramai 43 orang murid SKBI telah menyertai Latihan Boling Edisi Pertama. Bertempat di Megalanes Bowling Center latihan sulong bagi tahun 2012 ini dimulakan tepat pada jam 3.10 petang dan berakhir 2 jam berikutnya.

Latihan ini bertujuan mencari bakat baru untuk diserapkan ke skuad boling SKBI bagi mewakili sekolah ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2012 selain sebagai aktiviti tahunan kelab. Peserta yang layak akan dilatih dalam Program Jejak Juara yang bakal berlangsung selepas cuti Tahun Baru Cina.

KEPUTUSAN PENUH

1 . 201 . NUR FATINI ATIERA BT. MARZIZI 6N
2 . 188 . MUHAMMAD RASYIQI BIN ROSLAN 6Z
3 . 174 . ALIFF DANIAL BIN BADRUL AKMAL HISHAM
4 . 169 . MUHAMMAD SYAFIQ BIN HALIMI 6Z
5 . 165 . FAZIERA IZZETY BT. ABDUL RAZAK 6M
6 . 151 . NUR HANNANI BT. ABDUL WAHAB 6Z
7 . 146 . MUHAMMAD DANIAL HAFIZI BIN HALID 5M
7 . 146 . MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN HELMI 5N
9 . 144 . NUR AUFA AKMAL BT. SHABUDIN 6B
10 . 135 . ADAM BIN ROZMAN 5D

11 . 132 . ALIFF MUHAIMIN BIN MOHD NOOR AZLAN 5D
12 . 127 . ALYA FAIQA RAIHAN BT. MOHD FISAL 5B
13 . 124 . AHMAD MUSA BIN AHMAD RIZAM 5M
14 . 119 . MUHAMMAD IKHWAN ALIF BIN ISHAK 5D
15 . 117 . MUHAMMAD DANIAL BIN SHAMSUL ANUAR 5N
16 . 116 . NUR AINA FAATHIRAH BT. MOHD IDROS 6M
17 . 114 . AMIRAH ADRIANA BT. MUHAMAD KHAIRY 6M
18 . 113 . IZZUL AIMAN BIN UISHAK
18 . 113 . NUR ALEA WAFA BT. SUHAIMI 6Z
20 . 111 . IQKMAL HAKIM BIN KHALID 5N
21 . 106 . NUR HANA BT. MOHD HIDZAM 5M
21 . 106 . MUHAMMAD AIMAN HAIKAL BIN ZAFRI 5M
23 . 105 . AHMAD SYAHMI BIN RAMLI
24 . 97 . JABIL WAFIQ BIN BURHANUDDIN 5N
25 . 96 . SITI AMINAH BT. BAHARI 5M
26 . 91 . MUHD. ZULHANIF BIN ZAIRUDIN 4B
26 . 91 . MUHD. SYAKIR BIN TAJOLA'AURUS 5M
28 . 90 . ALI ISKANDAR BIN PADZIL 5B
29 . 85 . HANIS NADZIRAH BT. MOHD HELMI 4M
30 . 83 . MUHD AIMAN BIN ABDULL SHUKOR 4M
31 . 79 . MUHD. AIMAN BIN ABDUL WAHAB 5Z
32 . 78 . BALQIS BATRISHIA BT. FADZERIN IDZUAN 6D
33 . 76 . MUHD. FAIZ SYAHMI BIN ZAINI 4B
33 . 76 . MUHD. RAZIMAN BIN MOHD MAHATHIR
35 . 75 . NOR SITI IZYANI BT. SAHIMI 5M
36 . 69 . MUHD. IQBAL AMIN BIN. ALI 5B
37 . 66 . SITI KHUMAIRA BT. ADNAN 4D
38 . 63 . NURUL SHAHIDA BT. HJ. AZMI 6M
39 . 62 . NUR NUHA AMANI BT. AZMAR 4B
40 . 61 . MUHD. FARHAN BIN MOHD FITRI
41 . 59 . NUR IZZATI BT. MOHD SAGHIR 5D
41 . 59 . NUR SYAHIRAH BT. ALIAS 5M
43 . 31 . NURUL IZZAH AMANINA BT. IBRAHIM 4B

Tuesday, January 10, 2012

Pelantikan AJK 2012


10 Jan 2012
Kelab Boling hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012. Bertempat di ruang lega SKBI, majlis dihadiri oleh ahli-ahli kelab daripada tahun 4, 5 dan 6. Seramai 15 orang ahli (yang hadir) terpilih untuk menganggotai 15 jawatan dalam kelab itu.

Pelantikan AJK 2012 telah dikendalikan oleh Pn. Zuraini dan En. Rasyiddin. Turut hadir ialah Pen. Kanan Kokurikulum, En. Mior Darul Ridzuan.

SENARAI NAMA AJK KELAB BOLING 2012

Pengerusi
Nur Fatini Atiera bt. Marzizi (6N)

Naib Pengerusi
Muhamad Danial b. Shamsul Anuar (5N)

Setiausaha
Ahmad Syahmi b. Ramli (6M)

Pen. Setiausaha
Alya Faiqa Raihan bt. Mohd Fisal (5B)

Bendahari
Fadhlin Musfirah bt. Mazlan (6M)

Pen. Bendahari
Aliff Muhaimin b. Mohd Noor Azlan (5D)

AJK Tahun 6
Balqis Batrishia (6D)
Nur Alea Wafa bt. Suhaimi (6Z)
Nur Aina Faathirah bt. Mohd Idros (6M)

AJK Tahun 5
Muhamad Aiman Haikal b. Zafri (5M)
Muhammad Ikhwan Alif b. Ishak (5D)
Nurul Izzah bt. Mohd Nizar (5B)

AJK Tahun 4

Muhammad Faiz Syahmi b. Zaini (4B)
Khairunnisa Iwana bt. Zulkarnain (4M)
Nurul Izzzah Amanina bt. Ibrahim (4B)