Wednesday, October 12, 2016

TIPS : Pilih Bola Sesuai

Bermain boling dengan lebih konsisten serta dapat meningkatkan jumlah jatuhan pin dan skor dari masa ke masa amat diharapkan oleh seseorang bowler. Untuk mencapai target itu, satu perkara haruslah dititikberatkan iaitu pemilihan bola yang betul yang dapat membantu anda bermain dengan baik. Secara tidak langsung ia boleh membuatkan kita lebih seronok bermain boling bersama rakan-rakan di samping memperbaiki tahap permainan. 

Untuk itu, adalah lebih baik dapatkan bola sendiri yang sesuai dengan diri anda bukannya sekadar menggunakan "house ball". Ia bukan mudah dan pelaburannya juga bukannya murah. Dapatkan nasihat daripada otai-otai boling yang ada atau anda sendiri bertanya kepada kedai yang menjual bola boling.

Umum mengetahui bahawa pengeluar-pengeluar bola boling terkemuka seperti Storm, Hammer, eBonit, Roto Grip dan Brunswick telah membuat pelaburan yang banyak dalam sukan ini iaitu sering melakukan R&D dalam membangun dan merekabentuk bola boling yang berprestasi tinggi dengan penekanan pada garisan seimbangan (well balanced lines) pada bola bowling serta keupayaan tindak balas bola (ball reaction capabilities). Di peringkat yang lebih 'advance', anda akan dapati bahawa pemilihan bola yang sesuai dalam pertandingan akan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan anda nanti. Namun, bagi peringkat permulaan, cukup kita lihat antara faktor-faktor asas yang harus dipertimbangkan ketika memilih bola boling untuk kegunaan sendiri.

Selalunya pemain akan melihat 3 perkara UTAMA iaitu :-

  1. Berat dan harga bola

  2. CoverStock

  3. Potensi Hook Bola
* Bersambung...

Thursday, September 1, 2016

UPSR 2016

SELAMAT MENEMPUH UPSR 2016 kepada semua putera dan putera SKBI. Semoga anda sekelian telah bersedia dan bakal beroleh keputusan yang cemerlang. Ameen

Tuesday, July 19, 2016

PANDUAN DI KAUNTER BOLING

Tanya jika ada lane kosong yang boleh digunakan. Sekiranya semua lane sedang digunakan. Isi nama pada senarai menunggu. Tunggu sehingga nama tersebut dipanggil. Kalau banyak sangat nama sebelum nama anda, pergilah makan – makan dulu.

Apabila sampai giliran anda, pergi ke kaunter dan tanya dulu harga untuk 1 game. Ini untuk memudahkan pengiraan kos nanti.

Cara pengiraan kos adalah seperti berikut: Bilangan pemain X Jumlah permainan (game) X Harga untuk 1 game + Bilangan kasut bowling yang diperlukan (jika ada) + Bilangan stokin yang perlu dibeli (jika ada). Contoh: 3 orang bermain 3 game = 9 game

Bayar jumlah yang ditetapkan dan ambil resit. Tanya nombor lorong / lane atau rujuk kepada nombor lane pada resit. Permintaan kepada lane yang spesifik juga boleh dilakukan sekiranya ada kekosongan.

Stokin boleh dibeli di kaunter sekiranya pemain tidak membawa stoking sendiri.

Pilih kasut yang sesuai di kaunter kasut. Mula dengan saiz 8, dan pilih kasut yang sesuai dengan kaki anda, tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

KREDIT : http://jombowling.blogspot.my

Wednesday, July 13, 2016

PERALATAN BOLING

Bola bowling 

Berat dari 8 pound hingga ke 16 pound (Di Malaysia terdapat juga bola bersaiz 7 pound). Terdapat tiga lubang untuk meletakkan jari. 3 jari yang digunakan ialah ibu jari, jari tengah dan jari manis.

Pin 
Terdiri dari 10 pin yang berbentuk seperti botol. Diatur supaya berbentuk segitiga dengan pin number 1 terletak di hujung bawah dan pin nombor terletak dibahagian atas sebelah kanan.

Lorong (Lane)
Panjang 60 kaki dengan bentuk anak panah terdapat di atas lorong tersebut bagi memudahkan pemain untuk menentukan arah balingan mereka.

Kasut & Stokin
Stokin apa pun boleh, janji pakai. Terdapat kasut khas untuk pemain boling bagi memudahkan pembalingan dan memelihara kawasan balingan dan lorong bowling. Kasut khas ini juga perlu dipakai oleh setiap pemain. KREDIT : http://jombowling.blogspot.my