Wednesday, April 7, 2021
Monday, March 15, 2021
VIDEO PERTANDINGAN KUIZ MSSPP
Semua peserta SKBI boleh layari video berikut untuk layak menyertai Kuiz Penilaian Sukan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021. Kuiz tersebut akan berlangsung tidak lama lagi.
Friday, February 22, 2019
MSSM 2019
Berlangsung dari 18 hingga 22 Februari 2019, skuad Penang telah mengharungi kejohanan pada kali ini dengan jayanya. Alhamdulillah...
Wednesday, August 29, 2018
KENALI BOLA BOLING
Kesemua bola boling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan iaitu 16lb. Terdapat pelbagai jenis jenama di pasaran dan kebanyakannya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di Malaysia adalah :-
i) Storm
ii) Columbia
iii) Brunswick
iv) Ebonite
v) Track
vi) AMF
vii) Dyno Thane
viii) Morich
Jenis-jenis bola yang terdapat di pasaran juga biasanya diklasifikasikan lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola tersebut.
i) Plastik/Polyester – Bola ini diperbuat dari polyester dan kebiasaanya di Malaysia ia dipanggil sebagai Bola Plastik. Mula diperkenalkan sejak tahun 1960’an, bola jenis ini mempunyai kos yang efektif jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan tahan lebih lama. Ia tahan lama kerana permukaannya yang lebih keras dan kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan ia kurang tergelincir (skid) dan akan meluncur lebih lurus.
Bola jenis ini amat sesuai bagi mereka yang baru menceburi sukan boling kerana harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester juga digunakan oleh pemain ‘hook’ sebagai bola spare kerana sifatnya yang kurang melencong (hook).
ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih baik, pembuat bola boling pada penghujung 1970’an telah mencuba untuk menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari polyester maka ia akan lebih tergelincir (skid) dan akan lebih hook.
Permukaan bola ini boleh dilicinkan (sanded) dan dikilatkan (polished) untuk menambah atau mengurangkan kesan hook. Bola urethane lebih disukai oleh mereka yang baru belajar main hook. Ia sesuai untuk digunakan di lorong yang kurang berminyak (light-oiled lane).
iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola boling mula menambah resin particle kepada bola urethane. Resin ini membuat bola ini lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih tergelincir dalam minyak jika dibandingkan dengan bola urethane. Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak ke atas pin jika dibanding dengan bola-bola jenis lain yang datang sebelumnya. Oleh itu, resin reactive ini lebih disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam kesemua jenis keadaan lorong.
iv) Particle – Oleh kerana bola urethane mendapat sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola. Penambahan partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan lorong yang berminyak sahaja.

Tuesday, July 10, 2018
PERALATAN BOLING
Bola boling
Berat dari 8 pound hingga ke 16 pound. Terdapat tiga lubang untuk meletakkan jari. 3 jari yang digunakan ialah ibu jari, jari tengah dan jari manis.
Pin
Terdiri dari 10 pin yang berbentuk seperti botol. Diatur supaya berbentuk segitiga dengan pin nombor 1 terletak di hujung bawah dan pin nombor 10 terletak di bahagian atas sebelah kanan.
Lorong (Lane)
Panjang 60 kaki dengan bentuk anak panah terdapat di atas lorong tersebut bagi memudahkan pemain untuk menentukan arah balingan mereka.
Kasut & Stokin
Kasut dan stokin yang sesuai dan selesa harus digunakan oleh pemain. Namun begitu, terdapat kasut khas untuk pemain boling bagi memudahkan pembalingan dan memelihara kawasan balingan dan lorong boling. Kasut khas ini juga perlu dipakai oleh setiap pemain.

Tuesday, July 3, 2018
TIPS MEMBELI BOLA BOLING PERTAMA
Memiliki bola boling sendiri banyak kelebihannya. Antaranya pemain tidak perlu berebut untuk mendapatkan "house ball" yang sesuai di tempat boling, lubang bagi bola sendiri ditebuk mengikut saiz jari dan lebar tapak tangan kita, bola sendiri bersih dan dijaga rapi dan lain-lain. Berikut beberapa cadangan yang boleh diikuti bagi mereka yang ingin membeli bola sendiri :
Berat
Kesesuaian bola bergantung kepada berat badan dan kekuatan seseorang pemain. Bola tidak boleh terlalu berat atau terlalu ringan. Bola terlalu berat boleh mengakibatkan pemain cepat letih. Terlalu ringan pula menyebabkan bola menjadi laju dan tidak cukup tenaga untuk menjatuhkan pin. Secara tipikal, berat boleh hendaklah 10% daripada berat badan pemain. Bagi yang tidak memiliki kudrat tangan yang minimum, mereka boleh mengambil bola yang lebih ringan namun perlu diselaraskan dengan tenaga dan momentum semasa bermain. Berat bola dikira dalam paun (lb) dan bukannya kilo (kg).
Stail
Terdapat banyak cara ataupun stail seseorang yang ditampilkan dalam permainan boling. Ada orang yang bermain secara straight dan ada juga yang bermain secara spinner. Terdapat juga mereka yang bermain secara hook dan ia banyak dilihat dalam kebanyakan kejohanan yang dianjurkan di pelbagai peringkat. Bermain secara hook memerlukan bola dengan RG Diff yang agak tinggi. Diff yang tinggi bermaksud bola tu akan lebih "hooking". Bagi yang baru berjinak-jinak untuk bermain hook, mereka boleh mendapatkan bola yang bersifat "low performance".
Bagi pemain straight pula, mereka boleh menggunakan bola plastik (plastic ball). Bola ini sangat bagus untuk melakukan balingan spare kerana ia akan meluncur secara lurus. Mendapatkan strike menjadi keutamaan oleh pemain dalam setiap balingan kerana mata yang diberikan namun spare adalah penentu dalam kemenangan sesebuah pertandingan.
Kewangan
Faktor ketiga ini dianggap penting dalam menentukan bola yang bakal dimiliki bergantung kepada tahap kewangan seseorang dan minat. Sekiranya pemain sekadar bermain untuk tujuan beriadah atau "suka-suki" di samping bergembira, cukuplah baginya berpuashati dengan sebiji bola plastik. Tapi andai dia bermain untuk memasuki pertandingan yang bakal dianjurkan atau memang minatnya yang tinggi dalam sukan tersebut, belanjalah lebih sedikit untuk mengeluarkan sebiji bola yang agak istimewa sesuai dengan jenama dan bajet.
Bola hook agak mahal kerana ia mempunyai "isi" di dalamnya berbanding bola plastik. Bagi mereka yang mempunyai lebihan wang, ambillah dua biji bola dengan salah satunya bola hook. Bola hook digunakan untuk melakukan strike sementara bola plastik ditugaskan untuk menghabisi "spare".

Wednesday, June 13, 2018
Cara Baling Bola Boling dengan Betul!
Jom kita saksikan dan pelajari cara membuat balingan yang betul berpandukan video ini. Terima kasih kepada pemilik video tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)