Dengan pengetahuan yang baik tentang bowling dan latihan mencukupi, semua orang boleh bermain dengan konsistent dan menghasilkan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game.

Perkara pertama yang harus diingat oleh pemain bowling adalah jarak antara pin dengan garisan yang dibenarkan (
foul line) adalah sejauh 60 kaki
(Lihat Diagram di atas). Itu jarak yang amat jauh. Oleh itu, apabila membaling
bola boling sebaiknya
janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau
target
anda. Untuk lebih konsistent cuba cari
target yang lebih dekat untuk anda. Lihat sekeliling
lane dan
gunakan panduan yang ada sebagai
guideline anda.

Sekarang lihat pula dengan teliti
lane bowling (rujuk gambar di atas). Perhatikan
arrow (anak panah) dan papan-papan kecil yang diatur (
board) pada
lane tersebut.
Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling. Pemain boling tangan kanan akan mengira
board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan.
Arrow di susun selang 5 boards. Arrow pertama dari kanan adalah pada
board ke lima.
Boards dan
arrows ini
digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari
foul line. Sesetengah pemain boling menggunakan
arrow sebagai
target, manakala yang lain pula menggunakan
board. Gabungan kedua-duanya juga boleh dipakai bagi memantapkan lagi lontaran.
Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow
tersebut selepas ini. Tak perlu sasar atau pandang sejauh 60 kaki ke
arah pin. Baling sahaja ke sasaran yang lebih dekat dengan anda. Contohnya: Jika bola jatuh ke arrow pertama atau board ke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau board
ke lima bagi balingan seterusnya. Jika lain-lain pergerakkan anda
adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.

Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane. Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows. Biasanya terdapat 5 atau 7 dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows. Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.
Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain boling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows. Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola boling tersasar dari lontaran yang sebelumnya. Disunting dari blog : http://dululainsekaranglain.com