Tuesday, June 18, 2013

YES 10

Bertempat di Arena Boling Megalanes hari ini, seramai 12 orang murid YES telah menjalani latihan untuk kali kesepuluh. Tepat jam 4 latihan dimulakan dengan format skill and score. Latihan kali ini adalah yang terakhir bersama jurulatih boling program YES, En. Mohd Izham. Untuk versi ke-11 hingga versi ke-15, kesemua peserta akan berlatih di bawah pemantauan guru-guru Kelab Boling SKBI.

Dalam pada itu, seramai 7 orang murid BOS juga turut berlatih di lane yang sama. Mereka juga berlatih mengikut format YES. Rata-rata pemain pada hari ini menunjukkan tahap permainan yang agak baik. Namun begitu, masih terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan menyebabkan beberapa peluang untuk mengambil pin spare disia-siakan.

Berikut adalah score terbaik setiap pemain dalam satu game :

Peserta YES (Bermain teknik HOOK)

155 : Muhd. Khairil Hakimie (4M)
127 : Muhd. Ammar (4D)
94 : Ammar Mukhlis (3M)
91 : Auni Sufi (2D)
90 : Muhd Hariz (4N)
82 : Naazhim (4B)
82 : Auna Najiha (4B)
78 : Wan Ahmad Qayyim (4M)
74 : Mior Muhd. Idham (4M)
73 : Syaza Safiah (4B)
67 : Haneey Damia (4B)
60 : Syahmi Azfar (4M)

Peserta BOS (Bermain teknik STRAIGHT BALL)

128 : Muhd. Aiman (5B)
114 : Muhd. Zulhanif (5B)
110 : Nur Syazwani (5B)
109 : Nur Aliah Izzati (5D)
96 : Raimy Daniel (5N)
91 : Muhd. Annas Ikhsan (4B)
86 : Nur Alia Sara (5B)
84 : Irdina (5M)




***Ni video YES 10 (18 Jun 2013)


Wednesday, June 12, 2013

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 9, 2013

YES-BOS : Versi 5 & 6

Untuk dua hari berturut-berturut, para peserta program YES dan BOS telah menghadiri sesi latihan pada hari ini dan semalam bertempat di Pusat Boling Megalanes, Perai. Mereka semuanya seramai 20 orang telah bermain agak baik terutamanya peserta YES yang menggunakan teknik balingan "hook".

Dalam pada itu, para peserta BOS pula telah bergaya "sakan" apabila buat pertama kalinya pada versi semalam bermain dengan mengenakan t-shirt rasmi BOS yang berwarna biru oren. Mereka kesemuanya bermain secara teknik "straight ball".

Suasana pusat boling pada hari ini dan semalam agak sesak kerana sesi latihan para pemain negeri seramai 24 orang yang akan bertandang ke Johor pada bulan Jun nanti dalam acara MSSM peringkat kebangsaan turut dijalankan.