Monday, May 10, 2010

KEJOHANAN TENPIN BOLING SKBI TAHUN 4 & 5 2010



Kelab Boling akan menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Tahun 4 & 5 SKBI 2010 pada 20 Mei 2010 ini. Kejohanan ini bertujuan untuk mencari bakat baru dan pelapis bagi menyertai Program Pembangunan Sukan Boling (PPSB) yang akan diadakan pada bulan Jun hingga Oktober nanti. PPSB yang julung kali diadakan ini merupakan satu inisiatif kelab untuk menyediakan ahli berkemahiran bagi menghadapi Kejohanan Tenpin Boling MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2011.

Kepada ahli Kelab Boling Tahun 4 dan 5 yang berminat, bolehlah mengambil borang pendaftaran daripada guru kelab. Bagaimanapun pihak penganjur akan meneliti terlebih dahulu rekod permainan ahli sebelum ini dalam latihan-latihan yang diadakan bagi menentukan sama ada layak atau tidak untuk menyertai kejohanan tersebut. Hanya 30 orang peserta akan dipilih daripada murid tahun 5 dan 20 orang peserta daripada murid tahun 4.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 (termasuk makan dan minum). Hadiah berbentuk medal akan diberikan kepada 5 peserta terbaik bagi setiap kategori iaitu Kategori Tahun 4 Lelaki, Kategori Tahun 4 Perempuan, Kategori Tahun 5 Lelaki dan Kategori Tahun 5 Perempuan.

No comments:

Post a Comment