Tuesday, January 18, 2011

Kejohanan Tenping Boling MSSPP 2011




18 Januari 2011 Kejohanan Tenpin Boling MSSPP 2011 Peringkat Daerah Seberang Perai akan diadakan di Megalanes, Megamal Pinang bermula dari 21 Feb hingga 24 Feb 2011. Kejohanan selama 4 hari itu akan menampilkan peserta terbaik untuk mewakili Daerah ke Peringkat Negeri yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac 2011.

Sehubungan itu, Pihak Pengurusan Kelab Boling hari ini memutuskan untuk memilih 6 orang pemain terbaik SKBI daripada setiap kategori lelaki dan perempuan untuk mewakili sekolah ke Peringkat Daerah nanti. Setiap peserta yang terpilih akan disaring dalam satu program yang dinamakan "Gerak Gempur Juara". Di akhir program, hanya 4 peserta terbaik sahaja daripada setiap kategori akan layak menjadi wakil sekolah ke kejohanan tersebut.



Menurut Ketua Guru Penasihat Kelab Boling, Pn. Aniza bt. Mohammed, pemilihan peserta untuk program ini adalah berdasarkan kepada siapa yang terbaik di kalangan ahli kelab sekalipun ahli tersebut masih berada di tahun empat pada sesi persekolahan 2011. Tambahnya lagi, kelayakan untuk dipilih juga dinilai daripada rekod pemain sepanjang bulan Januari. Namun begitu, ahli yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada sesi latihan tahun 2010 yang lalu juga akan diberi peluang untuk menyertai program Gerak Gempur Juara ini.

No comments:

Post a Comment