Tuesday, February 22, 2011

MSSPP : HARI 2


Selasa 22 Februari 2011 Pemain Boling Perempuan SKBI hari ini mengungguli perlawanan dalam acara bergu berbanding lelaki apabila menghadiahkan pingat gangsa menerusi pasangan Nur Fatini Atiera dan Nur Wardina Ameera (gambar). Berbekal kutipan mata sebanyak 811 gandingan itu berjaya mengenepikan musuh tradisi daripada SK Sg. Dua yang mengumpul kurang 2 mata di belakang mereka. Walau bagaimanapun pasukan bergu yang diwakili oleh Nur Syamimi dan Nur Hanie Qistina hanya berpuashati di tempat ke-7 daripada 19 pasukan yang bertanding apabila mara dengan 772 mata.

Bagi pasangan regu Muhd. Iman Najmi dan Nazirul Munir, mereka tampil di kedudukan ke-7 apabila berjaya memperoleh sebanyak 863 mata. Gandingan Muhd. Syazriel Nazeem dan Ahmad Izzat pula muncul di tempat ke-9 dengan jatuhan pin sebanyak 788. Dalam acara bergu lelaki ini sebanyak 23 pasukan telah mengambil bahagian.


Nur Fatini Atiera berada di tempat ke-10 dalam pungutan mata "All Events"

Dalam pada itu, Nur Fatini Atiera terlepas peluang untuk beraksi dalam acara Master ekoran kecundang di tempat ke-10 daripada 38 pemain secara keseluruhan bagi kategori perempuan 12 TKB. Pemilihan peserta Master hanya dibuat berdasarkan rekod "All Events" yang dikumpul setiap pemain menerusi acara individu dan bergu. Hanya 8 peserta terbaik sahaja akan dipilih ke acara itu yang bakal berlangsung di Sunshine Bowling Centre, P. Pinang pada 3 Mac 2011 nanti.


PK Kanan Kokurikulum, En Sohizan Bakar sedang memberi semangat dan tip-tip permainan kepada wakil boling SKBI pada hari pertama

No comments:

Post a Comment