Saturday, November 19, 2011

TAHNIAH !!! SKBI Terbaik UPSR P. Pinang 2011

Tahniah dan syabas diucapkan kepada SK Bertam Indah termasuk semua warga guru, staf dan murid kerana berjaya muncul sebagai sekolah terbaik UPSR Parlimen Kepala Batas kali ke-7 berturut-turut. Walaupun baru beroperasi pada tahun 2003, SKBI dapat menandingi sekolah-sekolah di sekitarnya untuk dinobatkan sebagai sekolah terbaik bermula 2005 apabila 35 anak sulungnya berjaya memperoleh 5A.

Apa yang lebih menarik, sekali lagi sejarah dilakar apabila seramai 90 orang muridnya memperoleh 5A pada tahun ini. Kejayaan ini sekaligus menempatkan SKBI sebagai Sekolah Terbaik Pencapaian UPSR 2011 Peringkat Negeri P. Pinang.

**Pada 2010, SKBI muncul Sekolah Terbaik Kategori (SK) dan Tempat Ke-3 Terbaik Keseluruhan Peringkat Negeri P. Pinang. (89A)


Sebahagian daripada 90 orang murid 5A yang menerima anugerah pada Majlis Graduasi SKBI 2011

Ketua murid Muhd. Firdaus Asyraf bin Mazlan menerima plak daripada TNB
.

No comments:

Post a Comment