Friday, February 13, 2015

MSSPP : ACARA MASTERS

SKBI hari ini masih belum mampu untuk melakarkan diri sebagai salah sebuah sekolah yang menghantar pesertanya ke MSSM. Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa pada hari ini kita telah menghantar 3 orang sekaligus dalam acara Masters buat julung kalinya. Pada tahun-tahun sebelumnya kita pernah menghantar sebanyak 3 kali dengan penyertaan seorang sahaja.

Dibarisi oleh Nor Haneey Damia, Syaza Safiah dan Muhd. Khairil Hakimie kesemua mereka hanya mampu menduduki tempat ke-5, ke-6 dan ke-7 selepas menamatkan 8 games dalam acara tersebut. Bagaimanapaun, persembahan mereka tidak mengecewakan apabila Syaza Safiah dilihat bangkit dari kedudukan ke-8 All Event untuk mara ke tempat ke-6. Seandainya pada hari pertama lagi konsisten seperti itu dipamerkan, tempat ke-4 sudah pasti milik kita.

Apapun tahniah diucapkan kepada semua di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Apa yang pasti, kita akan cuba lagi di tahun hadapan... : )

No comments:

Post a Comment