Tuesday, August 18, 2015

KARNIVAL BOLING 2015


Bermula hari ini hingga Jumaat, seramai 8 orang murid SKBI telah menyertai Karnival Kejohanan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015. Bertempat di Mega Bowling Centre Perai, skuad sekolah telahpun bertolak ke sana seawal jam 7.00 pagi dengan diiirngi dua orang guru penasihat.

Karnival yang berlangsung selama 4 hari itu menampilkan acara individu dan beregu dengan setiap kategori, pemain dikehendaki bermain sebanyak 4 games seorang secara "cross lanes". Kesemua pemain adalah terdiri daripada kalangan murid-murid berumur 11 tahun dan ke bawah.

SKBI telah menghantar pemain seramai 8 orang yang dipilih melalui saringan dalam latihan minggu lepas. Wakil sekolah yang terpilih ke kejohanan MSSPP itu adalah barisan murid yang mendapat skor tertinggi di samping beberapa orang yang dipilih melalui skill yang dipamerkan semasa saringan. Mereka ialah :

1. FARISZUDIN BIN NOORAKHIRLUDINALAM
2. MUHAMAD MUJAHID BIN MOHAMAD TERMIZI
3. MUHAMMAD MIFZAL AIRIL BIN AHMAD
4. MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FAUZI
5. NURUL ALYA SHAZWANI BT. SHAZRIL KHAIRY
6. NURUL HAZWANIE BT. HASMADI
7. ROS AININ SARAH BT. MOHD ROZAIMI
8. AUNI SUFI BT. ZAMZURI

No comments:

Post a Comment