Tuesday, June 21, 2016

Memanaskan Badan Sebelum Bermain

Adalah sangat penting untuk memanaskan badan (stretching) sebelum mula bermain boling walaupun cuma nak main 1 game. Kalau dah lama tak main lagi la perlu panaskan badan dulu. Ini supaya kita tak cedera semasa main dan selepas main boling. Aku pernah tak stretching sebelum main dan lepas tu mula 1 badan rasa sakit. Pergelangan tangan tak boleh bengkok, kaki rasa sengal je dan belakang badan rasa macam baru lepas pikul lembu adalah antara kesakitan yang aku pernah rasa.
                                   
Berikut disampaikan cara-cara stretching sebelum mula bermain boling:
  • Tundukkan kepala sehingga menyentuh dada kemudian gerakkan ke kiri dan kanan. Boleh rasa tekanan di belakang leher.
  • Pandang depan dan telengkan kepala ke kanan dan kiri. Ulang sebanyak 3 kali bagi setiap sisi.
  • Sentuh belakang leher dengan tangan kanan dan tolek siku tangan kanan menggunakan tangan kiri. Tak perlu tekan terlalu kuat dan ulang semula pada tangan kiri pula.
  • Tegakkan tangan kanan menghala ke depan dan bawa perlahan-lahan ke sebelah kiri, rapatkan ke muka dengan menggunakan tangan kiri. Ulang semula dengan tangan kiri pula.
  • Dalam keadaan badan berdiri tegak, bengkokkan badan ke sebelah kanan dan kemudian ke sebelah kiri.
  • Dalam keadaan badan berdiri tegak, angkat kaki kanan sehingga lutut berada pada paras yang sama dengan perut anda, tahan dengan kedua-dua belah tangan, Ulang pada kaki kiri pula.
  • Dalam keadaan badan berdiri tegak, angkat kaki kanan ke sebelah belakang dan pegang pergelangan kaki menggunakan tangan kanan. Ulang semula pada kaki kiri pula.
  • Hulurkan tangan kanan ke depan dan bengkokkan pergelangan tangan supaya jari menghala ke bawah. Tarik dengan tangan kiri. Ulang semula pada tangan kiri pula.
  • Hulurkan tangan kanan ke depan dan bengkokkan pergelangan tangan supaya jari menghala ke atas, seperti nak tahan seseorang. Tarik dengan tangan kiri. Ulang semula pada tangan kiri pula. 
Sekarang anda dah boleh mulakan permainan boling anda.

KREDIT : http://jombowling.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment