Wednesday, March 13, 2013
NEW DEAL 3 : TAHNIAH SKBI
Sekalung ucapan Tahniah dan Syabas dirakamkan buat semua warga SK Bertam Indah di atas Penganugerahan New Deal untuk Kali Ke-3 berturut-turut. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyemarakkan lagi semangat untuk terus menyumbangkan khidmat bakti dan kesetiaan demi kejayaan anak-anak didik yang tercinta. TAHNIAH !!!
Gerak Gempur Juara V6 vs Pencarian Bakat YES
Perai Seramai 40 murid tahun 3 dan 4 telah menjalani latihan boling pada hari ini bertempat di Megalanes. Latihan yang bermula tepat jam 3.50 petang menyaksikan kesemua peserta menunjukkan kemahiran bermain yang agak baik. Latihan ini diadakan adalah untuk mencari dan menyaring seramai 22 murid terbaik yang bakal dipilih untuk menyertai skuad boling SKBI dalam program
Susulan daripada itu, mereka yang terpilih seramai 22 orang itu nanti akan menyertai satu lagi program saringan pada minggu hadapan untuk merebut 12 tempat terbaik. Satu bengkel teknik dan asas permainan boling juga akan diadakan sehari sebelum itu sebagai persediaan untuk menghadapi saringan akhir itu.
Dalam pada itu, program Gerak Gempur Juara MSSPP 2013 juga turut berjalan pada hari ini. Seramai 11 orang atlit telah menyertainya.
Maklumat Penting
Bengkel Teknik & Asas Kemahiran Boling
Selasa 19 Mac 2013
Senarai nama 22 terbaik akan diberitahu.
Saringan Akhir Pemilihan 12 Terbaik Program YES-SBT 2013
Rabu 20 Mac 2013
Gerak Gempur Juara Siri 7

Wednesday, March 6, 2013
Pencarian Bakat YES
Kelab Boling melakar sejarah apabila maju setapak lagi dalam mengendalikan program berskala besar pada tahun ini. Program yang diberi nama "Young Potential Bowlers" atau akronimnya "YES" bakal dilaksanakan seawal April 2013. Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah kesinambungan daripada program asal yang dikenali sebagai Gerak Gempur Juara, namun ia bernaung di bawah peruntukan program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Menurut Pengerusi Kelab Boling, seramai 12 orang murid bakal dipilih untuk menyertai program ini. Mereka akan dilatih selama 4 bulan bermula April ini dan berakhir pada Julai. Sebanyak 15 versi sesi latihan telah dijadualkan dan mereka akan ditempatkan setiap seorang satu lane dan berlatih untuk bermain selama 2 jam bagi setiap versi.
Untuk pemilihan peserta, satu sesi khas akan dijalankan pada Rabu depan bersamaan 13 Mac 2013 bagi memilih 12 pemain terbaik yang menunjukkan tahap permainan yang bagus dan skil yang baik.

Tuesday, March 5, 2013
Gerak Gempur Juara : Siri 5
Perai Seramai 12 orang murid telah menyertai Gerak Gempur Juara Versi MSSPP Siri ke-5 pada hari ini. Bertempat di arena boling Megamal Pinang, Perai, para peserta menunjukkan satu tahap permainan yang agak menarik dan konsisten dalam mengekalkan skor yang diperolehi dari satu game ke game yang lain. Walaupun begitu, masih terdapat atlit yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan dari pihak jurulatih.
Untuk siri kali ini, para pemain diberikan kebebasan untuk menentukan corak permainan berbekalkan tunjuk ajar yang telah mereka perolehi selama berlatih dalam 4 siri sebelum ini. Menurut jurulatih En. Mohd Izham, permainan hari ini dijalankan adalah untuk mencari dan menyenaraipendek 8 pemain terbaik untuk mewakili SKBI ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 yang bakal berlangsung pada April nanti.

Wednesday, February 27, 2013
Gerak Gempur Juara MSSPP : Siri 4
Gerak Gempur Juara (GGJ) 2013 yang telah memasuk Siri 4 pada hari ini berlangsung dengan jayanya di arena boling Megalanes. Program yang membariskan seramai 12 orang atlit itu bakal menyaksikan mereka berentap untuk merebut 8 tempat terbaik bagi menghadapi Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada April nanti. Dalam pada itu, ia juga berjalan serentak dengan latihan boling yang juga memasuki edisi Ke-4. Seramai 40 orang yang kebanyakkannya ahli kelab telah menyertainya.
Pada hari ini, sebanyak 3 sekolah iaitu SK Seberang Jaya II dan SK Pmtg. Binjai selain SK Bertam Indah turut sama menjalankan aktiviti permainan boling di tempat yang sama. Ekoran daripada itu, berlaku sedikit masalah yang menyebabkan beberapa orang ahli bermain boling tanpa memakai kasut.

Saturday, February 16, 2013
Wednesday, February 6, 2013
LATIHAN BOLING : EDISI 3
Seramai 51 murid SKBI telah menyertai Latihan Boling Edisi Ke-3 pada hari ini. Latihan yang dimulakan pada jam 3.30 petang itu turut disertai 8 orang peserta GGJ-MSSPP 2013 yang telahpun masuk Siri Ke-3.
Program GGJ-MSSPP 2013 adalah suatu program pembangunan sukan boling tenpin yang dibangunkan untuk melatih barisan atlit SKBI yang akan bertanding dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada April nanti. Dalam pada itu, ia juga sebuah program yang membantu murid memahami asas-asas permainan sukan boling.
Menurut jurulatih GGJ-MSSPP 2013 En. Mohd Izham dari SK Seberang Jaya II, program yang diadakan ini amat baik untuk melatih murid bermain dan mendedahkan mereka kepada permainan sukan boling secara yang lebih dekat. Ia juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara dua buah sekolah.
Program GGJ-MSSPP 2013 ini akan berlangsung selama 6 kali. Selepas selesai sahaja Kejohanan Boling Tenping MSSPP 2013 satu program lagi akan menyusul iaitu Gerak Gempur Juara - SBT 2013 yang bakal dilaksanakan dalam 20 versi sesi latihan.

Subscribe to:
Posts (Atom)