Wednesday, March 13, 2013

Gerak Gempur Juara V6 vs Pencarian Bakat YES

Perai Seramai 40 murid tahun 3 dan 4 telah menjalani latihan boling pada hari ini bertempat di Megalanes. Latihan yang bermula tepat jam 3.50 petang menyaksikan kesemua peserta menunjukkan kemahiran bermain yang agak baik. Latihan ini diadakan adalah untuk mencari dan menyaring seramai 22 murid terbaik yang bakal dipilih untuk menyertai skuad boling SKBI dalam program YES-SBT 2013.

Susulan daripada itu, mereka yang terpilih seramai 22 orang itu nanti akan menyertai satu lagi program saringan pada minggu hadapan untuk merebut 12 tempat terbaik. Satu bengkel teknik dan asas permainan boling juga akan diadakan sehari sebelum itu sebagai persediaan untuk menghadapi saringan akhir itu.

Dalam pada itu, program Gerak Gempur Juara MSSPP 2013 juga turut berjalan pada hari ini. Seramai 11 orang atlit telah menyertainya.

Maklumat Penting

Bengkel Teknik & Asas Kemahiran Boling
Selasa 19 Mac 2013
Senarai nama 22 terbaik akan diberitahu.

Saringan Akhir Pemilihan 12 Terbaik Program YES-SBT 2013
Rabu 20 Mac 2013

Gerak Gempur Juara Siri 7
Rabu 20 Mac 2013




No comments:

Post a Comment