Sunday, March 31, 2013

MSSPP 2013

Esok, pasukan boling SKBI akan beraksi dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 bermula jam 9.00 pagi. Mereka kesemuanya seramai 8 orang iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan. Difahamkan esok adalah hari pertama pasukan boling SKBI akan bertanding dalam kategori individu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Manakala pada hari Khamis nanti akan beradu nasib pula dalam kategori bergu.

Untuk edisi tahun ini, pihak pengurusan boling negeri hanya mempertandingkan 2 acara sahaja dengan menggugurkan acara berkumpulan. Ini disebabkan oleh bajet yang diluluskan pihak atasan. Walaupun begitu, diharapkan skuad SKBI dapat menyumbangkan pingat seterusnya mengharumkan nama sekolah. SKBI Boleh !!!

Jadual Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013

Isnin - 1/4/2013
9.00 - Individu Lelaki B12T
11.30 - Individu Perempuan B12T

Khamis - 4/4/2013
9.00 - Bergu Lelaki B12T
11.30 - Bergu Perempuan B12T

Peserta SKBI Ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013

Alif Muhaimin b. Mohd Noor Azlan (6M)
Mohamad Aiman Haikal b. Zafri (6M)
Muhammad Danial b. Gazman (6D)
Muhammad Na’im b. Mohammed (5M)
Darwisyah Faqihah bt. Mohd Shahbodin (6B)
Nurul Izzah bt. Mohd Nizar (6B)
Nur Hana bt. Mohd Hidzam (6D)
Nur Syazwani Afifah bt. Kamsan (5B)

No comments:

Post a Comment