Wednesday, March 20, 2013

YES : Tahniah Kepada Yang Berjaya !!!

Kelab Boling SKBI merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua murid yang berjaya dalam menduduki kelompok 12 terbaik pemilihan skuad YES pada hari ini. Diharapkan kesemua murid yang terpilih ini akan memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi dalam program itu nanti. Bukan mudah bagi pihak pengurusan untuk memilih dan menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak.

Apapun, pesanan kepada mereka yang terpilih agar bijak menguruskan masa dan diri terutama dalam membahagikan waktu untuk pelajaran kerana sekali melangkah masuk ke program ini, masa bukan lagi penghalang kepada anda untuk mencipta pelbagai alasan.

No comments:

Post a Comment