Wednesday, March 20, 2013

Gerak Gempur Juara (Akhir)

Program Gempur Juara MSSPP Musim 2013 telah berakhir pada hari ini. Seramai 11 orang murid SKBI telah menyertainya. Walaupun begitu, hanya 8 orang terbaik sahaja bakal diambil untuk meneruskan cabaran SKBI dalam Kejohanan Boling Tenpin 2013 selepas cuti persekolahan nanti. Dalam pada itu, pihak pengurusan boling merancang untuk mengadakan satu lagi latihan khas dalam cuti ini bagi memberi peluang kepada atlit untuk berlatih kali terakhir.

Selain prorgram GGJ-MSSPP ini juga, Latihan Boling Edisi ke-7 dan Program YES-SBT turut berjalan di tempat yang sama.

No comments:

Post a Comment