Monday, March 18, 2013

Apa Itu Program YES ?



Definisi
Program Young Potential Bowlers (YES) 2013 anjuran Kelab Boling adalah sebuah projek sukan mega berskala besar di bawah peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012 SK Bertam Indah. Ia adalah suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid dalam sukan boling. Program ini diharap akan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama ia juga dapat membentuk serta menyediakan barisan atlit yang berkemahiran tinggi bukan sahaja dari segi teknik permainan malah dari sudut pengetahuan. Program ini dijalankan mengikut modul yang dikendalikan oleh jurulatih dan dibantu guru-guru yang berkebolehan dalam sukan berkenaan.

Objektif

- Memberi peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat dan potensi diri melalui latihan secara intensif.
- Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran tinggi dalam sukan boling.
- Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
- Melahirkan murid yang berpotensi dalam permainan sukan boling dan dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
- Melatih murid-murid bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal ketika menyertai pertandingan dan berusaha untuk menjadi juara.

 
Keistimewaan

1. Terhad untuk 12 orang terpilih sahaja.

2. Peserta akan dilatih selama 15 kali tanpa sebarang bayaran.
3. Peserta akan bermain 2 jam setiap kali latihan.
4. Peserta akan bermain seorang satu lane setiap kali latihan.

5. Makanan, minuman dan pengangkutan disediakan.
6. Berpeluang untuk mewakili sekolah dalam acara boling MSSPP dan MSSM.
7. Sijil tamat latihan akan diberikan.


Syarat (Jika disahkan terpilih)
1. Memiliki bola boling sendiri.

2. Mendaftar sebagai ahli Kelab Boling pada tahun 2014-2015.
3. Bersedia mewakili sekolah ke sebarang kejohanan boling (jika dipilih).
4. Tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan sebarang kelas, tuisyen dan program pengajian hanya kerana menyertai program YES.
5. Peserta yang tidak berdisiplin akan diberhentikan.
 
 Tarikh Pelaksanaan
BIL
TARIKH
HARI
LATIHAN
1.
9 April 2013
Selasa
Versi 1
2.
11 April 2013
Khamis
Versi 2
3.
16 April 2013
Selasa
Versi 3
4.
18 April 2013
Khamis
Versi 4
5.
24 April 2013
Rabu
Versi 5
6.
30 April 2013
Selasa
Versi 6
7.
7 Mei 2013
Selasa
Versi 7
8.
9 Mei 2013
Khamis
Versi 8
9.
14 Mei 2013
Selasa
Versi 9
10.
12 Jun 2013
Rabu
Versi 10
11.
18 Jun 2013
Selasa
Versi 11
12.
20 Jun 2013
Khamis
Versi 12
13.
26 Jun 2013
Rabu
Versi 13
14.
2 Julai 2013
Selasa
Versi 14
15.
4 Julai 2013
Khamis
Versi 15
*Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.



No comments:

Post a Comment