Thursday, September 1, 2016
UPSR 2016
SELAMAT MENEMPUH UPSR 2016 kepada semua putera dan putera SKBI. Semoga anda sekelian telah bersedia dan bakal beroleh keputusan yang cemerlang. Ameen
Wednesday, August 31, 2016
Tuesday, July 19, 2016
PANDUAN DI KAUNTER BOLING
Tanya jika ada lane kosong yang boleh digunakan. Sekiranya semua lane sedang digunakan. Isi nama pada senarai menunggu. Tunggu sehingga nama tersebut dipanggil. Kalau banyak sangat nama sebelum nama anda, pergilah makan – makan dulu.
Apabila sampai giliran anda, pergi ke kaunter dan tanya dulu harga untuk 1 game. Ini untuk memudahkan pengiraan kos nanti.
Cara pengiraan kos adalah seperti berikut: Bilangan pemain X Jumlah permainan (game) X Harga untuk 1 game + Bilangan kasut bowling yang diperlukan (jika ada) + Bilangan stokin yang perlu dibeli (jika ada). Contoh: 3 orang bermain 3 game = 9 game
Bayar jumlah yang ditetapkan dan ambil resit. Tanya nombor lorong / lane atau rujuk kepada nombor lane pada resit. Permintaan kepada lane yang spesifik juga boleh dilakukan sekiranya ada kekosongan.
Stokin boleh dibeli di kaunter sekiranya pemain tidak membawa stoking sendiri.
Pilih kasut yang sesuai di kaunter kasut. Mula dengan saiz 8, dan pilih kasut yang sesuai dengan kaki anda, tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
KREDIT : http://jombowling.blogspot.my

Wednesday, July 13, 2016
PERALATAN BOLING
Bola bowling
Berat dari 8 pound hingga ke 16 pound (Di Malaysia terdapat juga bola bersaiz 7 pound). Terdapat tiga lubang untuk meletakkan jari. 3 jari yang digunakan ialah ibu jari, jari tengah dan jari manis.
Pin
Terdiri dari 10 pin yang berbentuk seperti botol. Diatur supaya berbentuk segitiga dengan pin number 1 terletak di hujung bawah dan pin nombor terletak dibahagian atas sebelah kanan.
Lorong (Lane)
Panjang 60 kaki dengan bentuk anak panah terdapat di atas lorong tersebut bagi memudahkan pemain untuk menentukan arah balingan mereka.
Kasut & Stokin
Stokin apa pun boleh, janji pakai. Terdapat kasut khas untuk pemain boling bagi memudahkan pembalingan dan memelihara kawasan balingan dan lorong bowling. Kasut khas ini juga perlu dipakai oleh setiap pemain. KREDIT : http://jombowling.blogspot.my

Wednesday, July 6, 2016
Tuesday, June 21, 2016
Memanaskan Badan Sebelum Bermain
Adalah sangat penting untuk memanaskan badan (stretching) sebelum mula bermain boling walaupun cuma nak main 1 game. Kalau dah lama tak main lagi la perlu panaskan badan dulu. Ini supaya kita tak cedera semasa main dan selepas main boling. Aku pernah tak stretching sebelum main dan lepas tu mula 1 badan rasa sakit. Pergelangan tangan tak boleh bengkok, kaki rasa sengal je dan belakang badan rasa macam baru lepas pikul lembu adalah antara kesakitan yang aku pernah rasa.
Berikut disampaikan cara-cara stretching sebelum mula bermain boling:
- Tundukkan kepala sehingga menyentuh dada kemudian gerakkan ke kiri dan kanan. Boleh rasa tekanan di belakang leher.
- Pandang depan dan telengkan kepala ke kanan dan kiri. Ulang sebanyak 3 kali bagi setiap sisi.
- Sentuh belakang leher dengan tangan kanan dan tolek siku tangan kanan menggunakan tangan kiri. Tak perlu tekan terlalu kuat dan ulang semula pada tangan kiri pula.
- Tegakkan tangan kanan menghala ke depan dan bawa perlahan-lahan ke sebelah kiri, rapatkan ke muka dengan menggunakan tangan kiri. Ulang semula dengan tangan kiri pula.
- Dalam keadaan badan berdiri tegak, bengkokkan badan ke sebelah kanan dan kemudian ke sebelah kiri.
- Dalam keadaan badan berdiri tegak, angkat kaki kanan sehingga lutut berada pada paras yang sama dengan perut anda, tahan dengan kedua-dua belah tangan, Ulang pada kaki kiri pula.
- Dalam keadaan badan berdiri tegak, angkat kaki kanan ke sebelah belakang dan pegang pergelangan kaki menggunakan tangan kanan. Ulang semula pada kaki kiri pula.
- Hulurkan tangan kanan ke depan dan bengkokkan pergelangan tangan supaya jari menghala ke bawah. Tarik dengan tangan kiri. Ulang semula pada tangan kiri pula.
- Hulurkan tangan kanan ke depan dan bengkokkan pergelangan tangan supaya jari menghala ke atas, seperti nak tahan seseorang. Tarik dengan tangan kiri. Ulang semula pada tangan kiri pula.
KREDIT : http://jombowling.blogspot.my/
Monday, May 16, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)