Memandangkan sukan boling adalah kegemaran warga kota masa kini, admin akan kongsikan cara yang mudah yang boleh diikuti bagi membolehkan anda melakukan strike. Cara baling bola boling terbahagi kepada dua iaitu cara spin atau cara hook dan cara baling bola boling secara straight.
Amaran keras :Permukaan lorong boling (lanes) dan sekitarnya adalah agak licin. Anda dikehendaki berhati-hati semasa membuat balingan dan disarankan agar tidak memakai cincin. Jika tidak akan jadilah seperti di bawah ini.
Jika ikut kaedah yang betul pasti akan strike. Cara sebenar bukan main baling sahaja tapi ada langkah-langkah yang perlu dikuti dan yang paling pasti, bola boling hendaklah dipegang dengan betul supaya bola tersebut jatuh di lorong yang ditetapkan bukan di belakang. Ini memang banyak terjadi kepada pemain baru.
Di bawah disertakan gambaran agar anda lebih jelas.
Ini adalah garisan yang perlu anda ikuti. Ikut panduan bermain dengan melihat anak panah di atas lorong (target arrow) bukannya pin.
Struktur badan atau beberapa gerakan atau langkah dan hayunan yang perlu dilakukan sebelum anda melepaskan bola boling di atas lorong.
Terdapat banyak lagi teknik dan cara yang kupasannya agak panjang tentang bagaimana untuk bermain secara baik agar mudah untuk memperoleh strike. Sila rujuk pada laman-laman blog yang banyak memperincikan tentang sukan boling ini atau tunggu saja pada entri yang akan datang. Itupun kalau admin rajin dan terserempak dengan bahan-bahan yang ada dalam laman-laman perkongsian yang boleh dimuatkan di sini.
Bersemangat untuk membeli bola boling pertama anda adalah
sesuatu yang mengujakan. Namun sebelum melakukannya, anda perlu
mempertimbangkan beberapa tips asas untuk akhirnya anda membeli salah satu bola
yang sesuai mengikut keperluan anda. Bola boling terdiri daripada pelbagai
jenis material contohnya plastic, polyester, urethane dan sebagainya.
Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan boling
atau boleh disebut sebagai pemain baru, ada disyorkan untuk memilih bola boling
jenis plastic. Pilihlah yang agak mahal (jika mampu) agar ia boleh bertahan
untuk masa yang lama. Akan tetapi, kebanyakan pemain baru lebih suka kepada bola dari jenis polyester kerana tindak balasnya yang berbeza dan boleh ditangani
sesuai dengan gerakan dan putaran. Ok, setelah anda menetapkan jenis bola yang anda
perlukan anda juga perlu mempertimbangkan faktor lain iaitu berat bola boling
itu sendiri.
Apabila melihat lawan anda bermain dengan baik dan terus
menerus melakukan strike demi strike atau paling kurang pun tidak dibazirkan
pin dengan sentuhan “spare”nya, anda juga akan berangan-angan untuk jadi
seperti dia. Betul tak? Mengapa mereka mampu? Jawapannya adalah kerana mereka
menggunakan bola yang sesuai dengan berat badan mereka. Ada satu petua yang
disarankan, anda perlu memilih bola yang beratnya paling maksimum. Biasanya
pemain akan dan hanya memerlukan bola yang sedikit kurang beratnya daripada
yang difikirkan oleh pembuat petua itu.
Jom kita belajar bagaimana cara memilih bola boling yang betul dan sesuai dengan diri kita.
1. Pilih bola boling yang lubangnya muat dengan jari kita.
2. Pilih berat bola boling yang satu persepuluh berat badan kita. Oleh kerana bola boling beratnya diukur menggunakan ukuran paun, maka kita pun perlu tahu berat kita dalam paun. Contohnya, berat Sara 200 kilogram = 440 pound, jadi 400 bahagi 10 = 40 pound. Oleh itu, berat bola boling maksimum yang Sara boleh gunakan adalah 40. Tapi macam tak masuk akal pula kan? Mana ada bola boling beratnya 40 pound, maksimum pun 16 pound. Bagaimana pula jika berat anda adalah 35kg ? Congak dan kira sendirilah.... : )
3. Pilih bola yang tidak meregangkan jari-jemari anda yang runcing itu. Ia bermaksud apabila dimasukkan jari, tidaklah kita terpaksa buka selebar-lebarnya tapak tangan. Untuk itu, letakkan tangan lurus ke sisi sambil memegang bola boling dan jika tak terasa tangan meregang, maka ia adalah sesuai untuk anda.
Tujuan utama kita adalah untuk mendapatkan kawalan penuh ke atas bola. Jadi jangan gunakan bola yang kita menderita untuk kawalnya, maksudnya yang kita selesa untuk melontarnya sama ada dari segi beratnya dan juga cara memegangnya.
Bowling adalah jenis olahraga atau permainan yang dimainkan dengan menggelindingkan bola khusus menggunakan satu tangan. Bola boling akan digelindingkan ke pin yang berjumlah sepuluh buah yang telah disusun menjadi bentuk segitiga jika dilihat dari atas.
Jika semua pin dijatuhkan dalam sekali gelinding (lemparan) maka itu disebut strike. Jika pin tidak dijatuhkan sekaligus maka diberikan satu kesempatan lagi untuk menjatuhkan pin yang tersisa. Bilamana pada lemparan kedua tidak ada lagi pin tersisa disebut spare. Jika setelah dua kali masih ada pin yang tersisa maka disebut open frame (missed) yang kesemuanya itu akan menentukan perhitungan angka yang didapat dalam setiap game. Pin akan kembali disusun seperti semula untuk frame selanjutnya.
Cara perhitungan angka untuk olahraga ini adalah:
Setiap permainan mempunyai 10 frame
Setiap frame mempunyai 2 kotak yang melambangkan dua kali kesempatan lemparan
Khusus pada frame ke 10 ada 3 kotak yang artinya bisa mempunyai kesempatan 3 kali lemparan
Skor tertinggi dalam setiap permainannya adalah 300 yang disebut perfect game
Setiap frame strike akan mendapatkan tambahan angka dari 2 lemparan selanjutnya, sedangkan untuk spare mendapat tambahan angka dari 1 lemparan selanjutnya.
Di kalangan rakyat Asia, teknik spin ini agak popular. Selain dari kosnya yang lebih murah dari segi peralatan dan mudah dikuasai, bermain bowling teknik spin sesuai ini digunakan di pusat-pusat bowling di Asia yang kebanyakkanya tidak menjaga lane dengan sempurna. Oleh itu, menggunakan teknik hook menjadi susah, lantaran lane yang tidak terjaga menyebabkan hook yang dibuat kurang menjadi (tiada grip pada lane) atau sering tersasar.
Teknik spin agak mudah dikawal kerana pergerakkan bola yang agak lurus. Bola melalui beberapa “board“/papan sahaja sebelum sampai ke poket tengah dan memberikan peluang yang lebih untuk pemain bowling melontar ke sasaran mereka.
Namun, untuk mendapat “strike” yang konsisten bagi spin agak sukar berbanding “hook” kerana pergerakkan tangan yang lebih dilakukan untuk mendapatkan spin ini. Dalam kondisi lane yang baik dan berminyak, peluang “spinner” untuk menewaskan pemain hook agak sukar. Akan tetapi di peringkat Asia, nampak ramai spinner (terutama dari Taiwan dan Singapura) yang mampu memberi saingan dengan teknik spin yang amat baik sekali.
Cara Main Bowling Teknik Spin
Anda boleh gunakan pergerakkan berbeza mengikut keselesaan sendiri. Namun yang penting dalam teknik spin ialah saat perlepasan bola. Amnya dari segi yang lain-lain ia agak sama dengan teknik yang lain tetapi dalam teknik spin beberapa perkara perlu diberi perhatian :
1. Bola dilepaskan dari semua jari dengan serentak (dalam teknik hook, ibu jari anda akan keluar dulu).
2. Kedudukan ibu jari adalah di bawah masa dilepaskan (6 o’clock) dan dua jari lagi di atas (12 o’clock).
3. Spin dihasilkan menerusi pergerakan pergelangan tangan (wrist) yang dibuat sejurus sebelum bola dilepaskan
4. Follow through dilakukan selepas bola dilepaskan dengan semua jari ke atas menunjukkan ke arah sasaran.
5. Tangan berada di hadapan badan/kaki semasa bola dilepaskan (bersebelahan badan/kaki jika hook)
bowling spinner.
Gambar kredit: www.gtabowling.ca
Bola Bowling
Bola bowling untuk teknik spin biasanya agak ringan (10lb – 12lb) dan menggunakan drilling yang biasa (standard) dengan kesemua tiga-tiga jari masuk hampir keseluruhannya. Pastikan lubang tidak terlalu ketat atau longgar buat anda bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan “tape“/pembalut khas yang boleh dibeli dari pusat-pusat bowling jika perlu untuk melindungi jari anda. Jangan “grip” bola dengan kuat dan paksa bola spin dengan laju atau kuat bila melakukan “spin“.
Kunci dalam teknik ini adalah bagaimana bola anda bertindak terhadap pin (pin reaction)…
... dan bukannya berapa kuat atau lajunya spin anda itu. Bermain di lane yang berbeza dan menggunakan pin yang berbeza akan memberikan pin reaction yang berbeza. Oleh itu, spinner perlu bijak membuat adjustment (perubahan pada cara lontaran atau sudut kemasukkan bola ke poket). Menukar bola bowling kepada yang lebih berat/ringan atau permukaan bola yang berbeza juga antara cara yang sering digunakan oleh spinner bila kesukaran mendapatkan “strike“.
Namun untuk mereka yang baru mula belajar menggunakan teknik spin ini, cuba berikan tumpuan pada mendapatkan spin yang terbaik. Lekatkan penanda (sticker) pada bola dan cuba pelbagai teknik spin yang sesuai dan lihat bagaimana ia bertindak pada pin. Minta bantuan pakar (pemain bowling yang berpengetahuan) di pusat bowling anda bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Pastikan juga lontaran anda konsisten pada sasaran dan timing anda sempurna.
All the best dan semoga sukses bermain bowling teknik spin…