Wednesday, January 9, 2013

LATIHAN BOLING : EDISI 1


Seawal hari ini iaitu 9 Januari 2013, Kelab Boling SK Bertam Indah melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan program latihan boling bagi membuka tirai 2013. Program hari ini adalah yang terawal dijalankan oleh Kelab Boling mendahului kelab-kelab lain mahupun persatuan ataupun sukan dan permainan SK Bertam Indah.

Latihan Boling Edisi Pertama ini telah disertai murid-murid tahun 5 dan 6. Tujuan diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserap ke dalam Skuad Boling MSSPP-SKBI 2013. Latihan pada kali ini telah diiringi oleh semua guru penasihat Kelab Boling dan 2 orang jurulatih latih yang bakal melatih skuad boling SKBI pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment