Wednesday, January 23, 2013

LATIHAN BOLING : EDISI 2

Seramai 34 murid SK Bertam Indah telah menyertai Latihan Boling Edisi Ke-2 pada hari ini. Turut serta dalam latihan ini adalah 8 peserta saringan untuk pemilihan pemain boling tenpin MSSPP 2013. Latihan pada hari ini diiringi 3 guru iaitu Rasyiddin Mohd, Zuraini Ishak dan Mohd Bukhori Zainal Abidin. PK Kokurikulum SKBI iaitu Mior Darul Ridzuan Kamarun Zaman juga hadir memberi sokongan.

Lapan peserta saringan MSSPP telah dilatih oleh Mohd Izham daripada SK Seb. Jaya II dan Aswad daripada SKBI. Dalam pada itu latihan pada kali ini juga diserikan dengan program jaringan bersama murid-murid daripada SK Permatang Binjai. Seramai 16 murid SKPB hadir dengan diringi PK Kokurikulum, Nurzaini Osman. Lima guru SKPB juga turut bermain secara persahabatan bersama dua guru SKBI.

Latihan pada kali ini berjalan agak tidak lancar apabila selama hampir 40 minit permainan terpaksa ditangguhkan akibat berlaku sedikit gangguan pada kesemua lorong permainan boling. Akibat daripada insiden tersebut telah berlaku kelewatan dari segi perjalanan pulang murid-murid ke sekolah apabila mereka hanya tiba di SKBI pada jam hampir 8.00 malam.

No comments:

Post a Comment