Tuesday, November 12, 2013

Keputusan : KEJOHANAN BOLING TENPIN TAHUN ENAM 2013

Seramai 43 orang murid tahun 6 SKBI menyertai Kejohanan Boling Tenpin Tahun Enam 2013 hari ini. Mereka terdiri daripada peserta boling yang telah menyertai kejohanan pada peringkat kelas masing-masing sebelum ini dan mendapat skor yang tinggi.

Kejohanan yang bermula pada jam 3.30 petang itu telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kesemua pemenang daripada tempat pertama hingga tempat ke-8 telah menerima kalungan pingat daripada PK Kokurikulum SK Seri Penanti iaitu En. Mohd Izaham dan juga Pengurus Megalanes Perai, Pn. Julia.

TAHNIAH kepada semua pemenang !




*Gambar-gambar pemenang masih dalam proses. 

No comments:

Post a Comment