Thursday, November 28, 2013

KUALA LUMPUR 2013

LAWATAN Kelab Boling SKBI ke Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam. Seawal jam 2 pagi hari Isnin 25/11/2013, bas yang memuatkan seramai 39 murid dan 5 orang guru telah meluncur laju membelah lebuhraya sebelum tiba jam 10.00 pagi di Theme Park, Berjaya Times Square.

Kelab Boling yang menjadikan KL sebagai destinasi pilihan pada kali ini adalah trip yang ke-3 selepas Kuala Terengganu pada 2010 dan Langkawi pada 2011. Insya Allah pada masa hadapan, Legoland yang mendiami selatan tanah air bakal menerima kunjungan seterusnya.

Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat semua murid yang terlibat dalam lawatan ke KL ini, para guru yang membantu juga para waris sekelian. Semoga lawatan ini akan memberikan pengalaman yang berguna kepada kita semua pada masa akan datang.

semua!

No comments:

Post a Comment