Perai Seramai 12 orang murid telah menyertai Gerak Gempur Juara Versi MSSPP Siri ke-5 pada hari ini. Bertempat di arena boling Megamal Pinang, Perai, para peserta menunjukkan satu tahap permainan yang agak menarik dan konsisten dalam mengekalkan skor yang diperolehi dari satu game ke game yang lain. Walaupun begitu, masih terdapat atlit yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan dari pihak jurulatih.
Untuk siri kali ini, para pemain diberikan kebebasan untuk menentukan corak permainan berbekalkan tunjuk ajar yang telah mereka perolehi selama berlatih dalam 4 siri sebelum ini. Menurut jurulatih En. Mohd Izham, permainan hari ini dijalankan adalah untuk mencari dan menyenaraipendek 8 pemain terbaik untuk mewakili SKBI ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 yang bakal berlangsung pada April nanti.
Tuesday, March 5, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Gerak Gempur Juara MSSPP : Siri 4
Gerak Gempur Juara (GGJ) 2013 yang telah memasuk Siri 4 pada hari ini berlangsung dengan jayanya di arena boling Megalanes. Program yang membariskan seramai 12 orang atlit itu bakal menyaksikan mereka berentap untuk merebut 8 tempat terbaik bagi menghadapi Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada April nanti. Dalam pada itu, ia juga berjalan serentak dengan latihan boling yang juga memasuki edisi Ke-4. Seramai 40 orang yang kebanyakkannya ahli kelab telah menyertainya.
Pada hari ini, sebanyak 3 sekolah iaitu SK Seberang Jaya II dan SK Pmtg. Binjai selain SK Bertam Indah turut sama menjalankan aktiviti permainan boling di tempat yang sama. Ekoran daripada itu, berlaku sedikit masalah yang menyebabkan beberapa orang ahli bermain boling tanpa memakai kasut.

Saturday, February 16, 2013
Wednesday, February 6, 2013
LATIHAN BOLING : EDISI 3
Seramai 51 murid SKBI telah menyertai Latihan Boling Edisi Ke-3 pada hari ini. Latihan yang dimulakan pada jam 3.30 petang itu turut disertai 8 orang peserta GGJ-MSSPP 2013 yang telahpun masuk Siri Ke-3.
Program GGJ-MSSPP 2013 adalah suatu program pembangunan sukan boling tenpin yang dibangunkan untuk melatih barisan atlit SKBI yang akan bertanding dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSPP 2013 pada April nanti. Dalam pada itu, ia juga sebuah program yang membantu murid memahami asas-asas permainan sukan boling.
Menurut jurulatih GGJ-MSSPP 2013 En. Mohd Izham dari SK Seberang Jaya II, program yang diadakan ini amat baik untuk melatih murid bermain dan mendedahkan mereka kepada permainan sukan boling secara yang lebih dekat. Ia juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara dua buah sekolah.
Program GGJ-MSSPP 2013 ini akan berlangsung selama 6 kali. Selepas selesai sahaja Kejohanan Boling Tenping MSSPP 2013 satu program lagi akan menyusul iaitu Gerak Gempur Juara - SBT 2013 yang bakal dilaksanakan dalam 20 versi sesi latihan.

Thursday, January 24, 2013
Wednesday, January 23, 2013
LATIHAN BOLING : EDISI 2
Seramai 34 murid SK Bertam Indah telah menyertai Latihan Boling Edisi Ke-2 pada hari ini. Turut serta dalam latihan ini adalah 8 peserta saringan untuk pemilihan pemain boling tenpin MSSPP 2013. Latihan pada hari ini diiringi 3 guru iaitu Rasyiddin Mohd, Zuraini Ishak dan Mohd Bukhori Zainal Abidin. PK Kokurikulum SKBI iaitu Mior Darul Ridzuan Kamarun Zaman juga hadir memberi sokongan.
Lapan peserta saringan MSSPP telah dilatih oleh Mohd Izham daripada SK Seb. Jaya II dan Aswad daripada SKBI. Dalam pada itu latihan pada kali ini juga diserikan dengan program jaringan bersama murid-murid daripada SK Permatang Binjai. Seramai 16 murid SKPB hadir dengan diringi PK Kokurikulum, Nurzaini Osman. Lima guru SKPB juga turut bermain secara persahabatan bersama dua guru SKBI.
Latihan pada kali ini berjalan agak tidak lancar apabila selama hampir 40 minit permainan terpaksa ditangguhkan akibat berlaku sedikit gangguan pada kesemua lorong permainan boling. Akibat daripada insiden tersebut telah berlaku kelewatan dari segi perjalanan pulang murid-murid ke sekolah apabila mereka hanya tiba di SKBI pada jam hampir 8.00 malam.

Wednesday, January 9, 2013
LATIHAN BOLING : EDISI 1
Latihan Boling Edisi Pertama ini telah disertai murid-murid tahun 5 dan 6. Tujuan diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserap ke dalam Skuad Boling MSSPP-SKBI 2013. Latihan pada kali ini telah diiringi oleh semua guru penasihat Kelab Boling dan 2 orang jurulatih latih yang bakal melatih skuad boling SKBI pada tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)